“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Wednesday, May 12, 2010

Hidup ada naik dan turunnya.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
Bagaimana kesihatan iman kita sekarang?
Masih fasa "roller-coaster"? Atau dah menjunam?
Harapnya sentiasa top laa ye. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Selesai pun credit Upper Limb.
More to come. Jangan mengeluh sahabat! Teruskan berjuang!
Allah knows best.

Selalu je saya nampak artikel2 dan buku2 tentang cara menghadapi kegagalan.
Untuk membantu orang yang dalam kesusahan menghadapi kesusahan dia, tanpa hanyut.
Kalau google pun, berjuta-juta result keluar.

Bagaimana pula dengan menghadapi kejayaan?
Tak banyak perbincangan dan penulisan tentang ni.
Sebab?
Kebanyakan manusia melihat kejayaan ini sebagai satu nikmat semata-mata.
Kejayaan dunia yang kita miliki ni adalah segala-galanya bagi kebanyakan orang.
Tapi adakah mereka sedar sebenarnya nikmat kejayaan juga merupakan satu ujian?
Ya, ujian.Untuk menguji sejauh mana keimanan hambanya.
Jika yang gagal kita kata padanya "Oh, Dia nak uji setakat mana kebergantungan awak pada Dia".
Maka pada yang berjaya perlulah kita katakan "Oh, Dia nak menguji setakat mana kejayaan awak tu awak sandarkan pada Dia".

Ok. Let's first kita define apa itu kejayaan dan apa itu kegagalan.
Kita ambik exam laa sebagai contoh.
Adakah lulus exam tu satu kejayaan?
Kalau macam tu, tak lulus tu, kira dah gagal laa.

Atau kejayaan tu, is bila kita berjaya menerima takdir Dia dengan redha, sama ada lulus atau tak dalam peperiksaan tu?
Jadinya, siapa yang gagal kawal emosi tu, kira gagal lah.

Atau pun kejayaan tu kita ukur dari segi kejayaan kita memanfaatkan apa yang ada pada kita?
Kiranya, siapa yang berjaya mengubah kelulusan atau ketidak-lulusan dia dalam exam tu, to something yang boleh memanfaatkan diri dia n saudaranya, kira dia seorang yang berjaya.
And siapa yang berjaya sorang2, atau gagal sorang2, lepas tu tak bermanfaat pula tu, kira gagal.
Mana satu ye?

Tafsiran tu, terpulang pada kita.
Sebab hanya Dia dan kita yang mampu menilai diri kita sendiri.
Hanya Dia dan kita yang tau apa dalam hati kita. Kan?

Sedar ke kita yang ujian Allah ni, datang dalam macam2 cara?
Sedar ke kita yang nikmat Allah juga datang dalam macam2 cara?
Kita lulus periksa, boleh jadi nikmat sebab Allah nak bagi pahala kita bersyukur n sentiasa istiqamah. Boleh jadi ujian untuk menguji sejauh mana level riak dan ujub kita tu.
Tak lulus pula boleh jadi nikmat sebab Allah nak bagi pahala atas kesabaran kita n usaha yang kita lipat-gandakan lepas tak lulus tu. Boleh jadi ujian untuk menguji sejauh mana tahap kebergantungan kita pada Dia.

Kadang-kadang dengan ujian ni lah manusia jadi hanyut.
Hanyut dengan pujian2 orang yang melambung tinggi.
Awalnya memanglah "Oh, semua ni Allah yang bagi".
Tapi lama2, bila 'musuh kita' tu dah cucuk2 kita, maka keluar laa statement macam ni "Dah aku belajar, memang aku deserve laa nak dapat markah tinggi2 pun".

Tak salah memuji seseorang. Tetapi berpada-pada. Jangan sampai disebabkan pujian kita tu, orang lain jadi riak. Jangan disebabkan pujian kita tu, orang lain mula drift away, akhirnya lemas tak dapat diselamatkan. Bukan ke lagi best kalau kita puji yang lebih layak, dan semestinya layak? Dapat pahala lagi. Kan?

So, macam mana nak terima kejayaan ni? Konfius ni.
Jangan risau. Dalam kitab pegangan kita tu, semua benda ada.
Tak caya? Cuba bukak surah an-Nasr, surah 110.
Macam mana Allah ajar kekasih Dia nak terima kejayaan tu?
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya.

1- Tasbih
2- Tahmid
3- Istighfar

Pelik! Kenapa kena istighfar sekali?
Hm. Mungkin sebab kadang-kadang, sebelum dapat kejayaan tu, kita ter-su'uzhon kat Dia. Atau pun kita ter-riak sekejap. Atau mungkin kita ter-mengeluh ke apa.
Kan2?
Ok. Selain daripada tu, kita tengok pula cara Nabi Sulaiman bersyukur. Kata Nabi Sulaiman,

"Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya." - sila refer terjemahan [27:40]

Nabi Sulaiman takde ar kata "Hebatlah awak ni!" dekat orang yang bawak singgahsana Raja tu kat dia kan. Atau pun takde laa cakap "Hebat jugak aku ni". Taaakkk.

Pernah post tentang ni ditulis di blog ni. Sila refer post kedua - Permulaan Perjalanan
kalau nak laa. Kalau tak nak, suka hati laa.

Tapi tak salahkan kalau kita sentiasa saling ingat mengingati?
Supaya kita tak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

And ada satu enrty yang saya rasa sangat bermanfaat pada kita semua - Menguruskan Kejayaan atau Kegagalan Remaja

Wallahu'alam. Sekian.

"Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan"

Tiada istilah mengeluh dan putus asa dalam perjuangan. Yang ada hanyalah istiqamah, doa dan tawakal.

No comments:

Post a Comment