In the name of Allah,most Gracious,most Compassionate.
Alhamdulillah, masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus bernafas dan meneruskan perjuangan yang masih lagi belum selesai di bumi Poland ni.
Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
InsyaAllah, dalam post kali ni, saya akan gabungkan dua sesi usrah kami yang paling awal; Mengenali al-Quran dan Surah an-Nasr.
Sesi 1 - Mengenali al-Quran
Sesi usrah pertama diadakan di rumah kami, Łucka 20. Kak Yana sampai kat rumah kami seawal jam 9 pagi. Nasib baik semua dah bangun. hehe.
Soalan pertama yang ditanya oleh Kak Yana pada sesi usrah pertama kami, "Agama apa yang menyuruh penganutnya buat kejahatan?"
"Tak ada", jawab kami.
"Habis tu, macam mana awak boleh yakin yang Islam ni agama yang betul, kalau semua agama pun bawa pada kebaikan?"
1 saat. 2 saat. 3 saat berlalu. Senyap.
Ok, sekarang baru saya faham kenapa usrah ni sangat penting. hehe.
InsyaAllah, saya akan post setakat mana pemahaman saya.
Kalau nak bandingkan Islam dengan agama lain untuk jawab soalan tu, that would be comparative religion, which I am definitely not good at. And this will not be a Quran vs. Bible type of post.
1 - Semua pun dah tau, Allah tak turunkan melainkan 2 perkara untuk kita rujuk; al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad (saw). Selagi mana kita berpegang pada kedua perkara ni, kita tak akan sesat selama-lamanya.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. [al-A'raf (7) : 158]
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku". [HR Malik]
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." [al-Maidah (5) : 3]
2- Kesahihan ayat-ayat Quran tak perlu diragui lagi kerana janji Allah adalah untuk memeliharanya dari sebarang bentuk sabotaj.
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." [al-Hijr (15) :9]
3- Skrip asal al-Quran juga masih ada, dan setiap naskhah al-Quran pada hari ini dikeluarkan sama seperti skrip asal, unlike the Bible, where much of the original script is omitted. Kitab Taurat yang menjadi pengangan Yahudi pada masa kini pula bukanlah kitab asal Nabi Musa (a.s), tetapi yang dikarang oleh generasi Israel ratusan tahun selepas zaman Nabi Musa (a.s). (more info: http://www.freewebs.com/pieces_yamakasi/sejarahkitabtaurat.htm).
Skrip asal al-Quran yang dikumpul pada zaman Saidina Uthman (r.a) dijamin kesahihannya kerana Saidina Uthman (r.a) sangat teliti dalam mengumpulnya dan ramai saksi yang mengesahkah tiap-tiap ayat Quran daripada orang-orang yang menghafalnya.
Saidina Uthman apabila ditanya, beliau menjawab bermaksud: “Wahai anak saudaraku, aku tidak mengubah sesuatu dari tempatnya".
4- Rasulullah (saw) merupakan seorang yang ummi, ie. tak tahu baca dan tak tahu menulis. Ini dapat menyangkal pendapat sesetengah orang yang mengatakan bahawa Rasulullah mengambil ayat-ayat daripada Taurat dan Bible lalu Baginda menulis sendiri al-Quran daripadanya. Dalam Quran pun banyak ada cerita tentang perkara-perkara yang mustahil kita tau and mustahil kita boleh fikir dengan akal kita sediri. And then bila kita fikir, zaman Rasulullah (saw) mana ada technology hi-tech yg blh bantu Rasulullah (saw) buat research semua, then dari mana Rasulullah (saw) dapat ilmu utk cakap tentang perkara2 saintifik semua? Ya, tak lain, daripada Allah (swt).
5- Next point worth of consideration is the understanding of the religion itself. Ok, let's take it this way, kalau agama tu senang difahami, senang nak amal, orang pun tertarik, orang pun senang nak taat. Tak ada la cuma profressor, PhD holders je boleh faham kan. Aqidah Islam sangat senang nak faham. Masa zaman Rasulullah, dengan hanya mengajar seorang Arab Badwi 4 ayat daripada al-Kitab, orang tersebut mampu balik semula dan mengislamkan keseluruhan qabilahnya. Apa 4 ayat tu?
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. [al-Ikhlas (112) : 1-4]
Simple. Allah itu Maha Esa; translation: Say : He is Allah , the One!
Allah itu hanya satu, bukan banyak. Allah itu tempat kita meminta. Allah itu tak ada parents, tak ada anak. Siapa2 pun tak sama dengan Allah.
Bandingkan pula dengan ayat ni,
In the beginning was the Word, and the Word was with God, and the Word was God. The same was in the beginning with God. All things were made through him. Without him was not anything made that has been made. In him was life, and the life was the light of men. The light shines in the darkness, and the darkness hasn't overcome it. There came a man, sent from God, whose name was John.
pastu sambungan lagi: But as many as received him, to them he gave the right to become God's children, to those who believe in his name: who were born not of blood, nor of the will of thenor of the will of man, but of God. The Word became flesh, and lived among us. [John : The Word Became Flesh]
Siapa faham? Angka tangan!
1 saat. 2 saat. 3 saat. Senyap.
I thought so. =D
Sekali pandang, macam, 'err..apa ni?'..huhu
Ada perkataan yg jadi tuhan, atau tuhan yang jadi perkataan?
Akhirnya perkataan, atau tuhan tu sendiri menjadi seketul daging, tanpa bapa.
Dan diberi peluang untuk menjadi anak tuhan?
Jika mengikut tafsiran mereka, maksud phrase tu ialah tentang kekuasaan tuhan mencipta bumi dan kewujudan 'word' tersebut sebelum permulaan dunia. Itu yang dimaksudkan dengan 'and the word was god'.
Bila word tu jd 'flesh' word tu adalah Jesus.
Conclusion yg saya dpt induce is:
if word = god
and word -> flesh = Jesus
therefore Jesus = god
but at the same time Jesus = son of god
thus god = son of god?
kita blh nampak betapa complicated nak faham aqidah mereka.
Aqidah ni sepatutnya perkara paling senang sekali. Tak perlu disusah-susahkan. Aqidah Islam sendiri pun jadi susah bila ditambah dengan ilmu falsafah Greek. Sedangkan aqidah Islam sangat senang, cuma dengan 4 ayat, semua org blh faham aqidah Islam.
Kalau aqidah itu sendiri pun susah nak faham, macam mana umat amalkan?
Nak faham aqidah ambil masa bertahun2, nak belajar fekah, lagi la lama.
Habis sementara nak fhm aqidah, habis amal semua tak buat.
See the logic?
Agama yg benar tak kan menyusah-nyusahkan umatnya.
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
[al-Baqarah (2) : 185]
Kenapa Islam? Sebab saya dilahirkan dalam keluarga muslim.
Awak yakin Islam tu agama yang benar? Ya, saya yakin.
Macam mana awak boleh yakin? Sebab saya yakinlah. That's religion. It's all about faith.
Adakah jawapan tersebut cukup untuk memuaskan diri kita sendiri?
Muhasabah diri =)
Sesi 2 - Surah an-Nasr
Sesi usrah kedua ni kami adakan di rumah Kak Yana. Best!
Thanks Kak Yana!
oh ya, sesi usrah kali gak Kak Ayu join. Thanks Kak Ayu!
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. [ an-Nasr (110) : 1-3]
Sebab penurunan ayat ni sangatlah panjang, kerana terdapat banyak versi, tapi yang paling valid is yang mengatakan kemenangan bermaksud pembukaan kota Mekah, kerana selepas berlakunya peristiwa Fathul Mekah, ramai orang memeluk agama Islam, tidak lama sebelum kewafatan Rasulullah (saw).
Dalam surah ini, Allah menyuruh Rasulullah (saw) dan umat Islam supaya bertasbih, bertahmid dan beristighfar apabila mendapat pertolongan Allah dan kemenangan (note that it is pertolongan Allah tiba sebelum tibanya kemenangan, dan pertolongan itu datangnya dari Allah).
Kalau dalam buku anatomy ada clinical application pd hujung topic, setiap surah pn ada gak application, dalam kehidupan.
1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan,
Bila kita berjaya, kita kena ingat, kejayaan tu tiba sebab adanya pertolongan daripada Allah. Bukan lah tujuan Allah bg kejayaan kat kita supaya kita boleh riak. Taaakkkk.. ('tak' bahasa melayu ye)
2. maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya
ayat ini mengajar kita macam mana nak terima kejayaan yg Allah kurniakan kpd kita, iaitu; bertasbih, bertahmid dan beristighfar kepadaNya. Agar hati kita sentiasa 'basah' dan kita tak lupa diri. Sebab Allah berfirman:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [al-Hasyr (59) :19]
3. sesungguhnya Dia amat menerima taubat
Kenapa kita kena bertaubat? Kan memang setiap masa pun kita kena bertaubat. Sebab sama ada kita sedar atau pun tak, kita selalu je buat dosa. Cuma in this case, particularly sebab kadang2, mungkin tanpa kita sedar, terdetik dalam hati kita perasaan syak terhadap takdir Allah. Mungkin perasaan riak tu tiba2 je muncul. Kadang2 tu kita lak tak boleh terima apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. So, kena la bertaubat, sebab Allah itu amat menerima taubat.
Ada banyak lagi cara untuk terima kemenangan, antaranya ialah seperti cara Nabi Yusuf (a.s), dalam surah Yusuf [12 : 100 - 101], dan Nabi Sulaiman (a.s), dalam surah an-Naml [27 : 40], menerima kemenangan mereka.
Ya, kemenangan itu adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kita sebagai hambaNya bersyukur.
Wallahu'alam
Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah) [Ali 'Imran (3) : 64]
No comments:
Post a Comment