“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Wednesday, May 26, 2010

Dent-de-lion @ dandelion~

Assalamualaikum w.b.t
hrm.. meriah blog baklawa ade bunga dandelion terbang2, bersempena dengan musim bunga di bumi Poland ni.. Maksud dent-de-lion ialah "tooth of the lion" sbb daun dia tajam macam gigi singa....Kan dens,dentis tu maksudnye gigi (ingat Latin lg kan?)



Ramai kita yang tak tahu proses kejadian dandelion ni. Dandelion ini permulaanya ialah bunga kuning mekar ala2 bunga matahari tu. Their blooming mark spring season!



A potem (lepas tu), dia kering dan tutup balik dan kembang balik as dandelion yang terbang2.. The changing process may take overnight! Yang whitish flying thingy is actually dandelion seeds that will land and patiently wait for the next spring.. Dlatego (that's why), dandelion is everywhere when it's SPRING!!

Jom tengok al-Quran:~

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Kahf;45)



Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar;21)

Sebenarnya, dekat Malaysia pun terjadi proses yang sama terhadap dandelion Malaysian version..Asbabul perasan kejadian ini kerana bunga dandelion kuning itu keluar terlebih dahulu berbanding bunga dandelion putih.. Itu sajalah kajian setakat ini, wallahualam~

Saturday, May 15, 2010

Sudahkah anda beriman??Buktikan..!! siri 1

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..dalam kesibukan menghadapi peperiksaan yang tak henti kunjung tibanya, Allah masih mengizinkan kami untuk sama-sama berkumpul untuk saling mengingati serta men"renew" iman kami..insyaAllah..semoga kesibukan dunia tidak menjauhkan diri kita daripadaNya..ameen...=)

Surah Al-Kahfi (18:100-110) surah pilihan kali ini..11 ayat sahaja..pendek tapi padat dengan pengajran..ayat yang dah biasa kita dengar, namun yang biasa itulah yang selalu kita lupa..dan yang biasa itulah yang perlu sering diingatkan kembali...insyaAllah..

Kali ini Kak Yana bawa topik usrah yang menarik sekali..."BUILDING MENTAL THROUGH THE SIX PILLARS OF FAITH"..sungguh saya tertarik dengan topik usrah kali ini..benar selama ini kita mengaku kita beriman..kita hafal rukun iman sejak tadika lagi..bila orang tanya siapa Tuhan kamu? kita jawab Allah...apa panduan kamu? kita kata Al-Quran..percaya tak kamu pada apa yang ditetapkan Allah pada kamu?..kita jawab "ya, saya percaya"...tapi sungguh ke apa yang kita katakan??adakah kita sudah mengaplikasikan rukun iman kita dalam kehidupan seharian kita...??atau rukun iman itu hanya sekadar ayat buku teks yang kita mampu ingat sebab dah diulang2 baca sepanjang 11 tahun kita belajar di sekolah..??hehe..ok2..persoalan2 tadi adalah intro untuk apa yang bakal saya kongsi sebentar lagi..dan juga siri2 akan datang..insyaAllah...semoga saya istiqamah untuk meng"up-date" sehingga ke siri-6..yang mana salah harap diperbetulkan...

Ok..actually benda ini diambil dari buku The Islamic Guide To Developing ESQ..yang menerangkan mengenai bagaimana kita boleh mengaplikasikan rukun iman kita dalam kehidupan seharian kita..saya yakin, ramai antara kita selalu tertanya-tanya, benarkah kita sudah beriman setelah kita mengaku beriman?? macam mana kita nak tahu yang kita ini beriman atau tidak..?macam mana kita nak beriman pada Allah, malaikat, nabi-nabi, kitab-kitab, hari kiamat dan qada' dan qadar..?? Jadi, saya ingin berkongsi sedikit panduan mengenai pengaplikasian rukun iman dalam kehidupan seharian kita..InsyaAllah..

Sungguh manusia diciptakan oleh Allah, sebagai sebaik2 kejadian..cukup sempurna ciptaanNya sehingga kita tak mampu untuk mencari sedikit pun kekurangan dalam ciptaanNya..dari sebesar2 organ sehinggalah sekecil zarah dalam badan, semuanya dijadikan dengan fungsi yang tersendiri..tujuan kita dijadikan di dunia ini juga jelas..iaitu untuk beribadah kepadaNya dan juga untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini..(QS: 51:56 & 2:30)..Al-Quran ??Terbukti...!!! Saintifik..?? Jangan risau..bukankah Allah itu Maha Besar..dari segi saintifik juga sudah terbukti bahawa kita sangat2 memerlukan Allah, sentiasa perlu untuk mengingatinya...

Actually, dalam temporal lobe pada brain kita, ada satu spot yang dinamakan "God Spot"..yang mana electric circuit pada bahagian ini akan teransang bila kita memikirkan hal2 ketuhanan..jadi, bila kita sentiasa ingat kepadaNya, maka secara tak langsung, ia akan merangsang saraf pada brain kita, maka brain kita dapat berfungsi dengan lebih baik..maka lahirlah masyarakat yang berguna pada agama, bangsa dan negara..!!haa...jadi macam mana dengan mereka2 yang sangat2 tegar tidak mahu mempercayai agama..??adakah berlaku kecacatan pada bahagian temporal lobe otak mereka..??gurau2..hehe..kita sama2 doakan agar mereka turut sama mendapat hidayah dan mendapat nikmat kemanisan iman..insyaAllah...=)

Jadi..jelas sudah bahawa manusia ini memang dilahirkan dengan fitrah untuk beriman..sebab apa..??sebab manusia tidak akan mampu untuk berdiri dengan sendiri..sungguh..!!fitrah manusia untuk bergantung harap pada sesuatu...bila hendak melakukan sesuatu, pasti kita harapkan bantuan..bila kita sedih, pasti mencari tempat untuk mengadu..bila kita tertekan, pasti kita akan cari jalan untuk melepaskan tekanan..yang bezanya, pada siapa yang kita harapkan..??pada manusia..??tak semua orang akan paham apa yang kita rasa dan apa yang kita inginkan....maka akhirnya manusia akan mencari2 sesuatu untuk mereka bergantung harap, sesuatu yang mereka yakin akan mendengar setiap masalah mereka..sesuatu yang mereka yakin akan sentiasa ada bersama mereka susah dan senang..bagi mereka yang bertuah mendapat petunjuk, maka Allah lah tempat mereka tujui dalam setiap perkara dalam hidup mereka...bagi mereka yang kurang bernasib baik, maka pokok, berhala, batu, kayu jadi tempat mereka bergantung harap..akhirnya semua manusia akan berbalik kepada konsep ketuhanan..(n_n)..V!

Wahh..intro yang agak panjang..untuk siri kali ini..saya nak menceritakan mengenai konsep "Star Principle"..iaitu kepercayaan kepada Tuhan..bila kita diajukan soalan ceritakan mengenai Tuhan kita..??maka macam2 jawapan akan datang, "Tuhan kita satu".."Dia yang maha Besar".."setiap yang berlaku di bawah kekuasaanNya"...betul2..10 markah untuk anda..!! =) cuma sebenarnya kita dah ada skema jawapan dalam Al-Quran tentang siapa Tuhan kita..iaitu dalm surah Al-Ikhlas (112 :1-4)

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Cukup..syumul..sempurna jawapan ini kan..?? Tuhan kita satu, ada apa2 mohon padaNya, Dia tak ada anak dan tak ada ibu bapa dan tak ada apa2 pun yang setanding denganya..subhanallah..complete..=) ok...selesai sudah bahagian teori..macam mana pula dengan bahagian praktikal..?? macam mana kita nak praktikkan ayat2 diatas dalam hidup kita...??

DO not hold other principle but God

Salah satu caranya adalah dengan mendedikasikan setiap apa yang kita lakukan untuk Allah..everything I do, I do it for You...haha..sebab apa..?sebab berdasarkan ayat keempat surah diatas, kita yakin bahawa tiada apa2 yang setanding denganNya..bila kita yakin, kita akan tahu bahawa apa yang kita dapat daripada apa yang kita kerjakan nanti, itulah yang terbaik untuk kita..sebab kita yakin tiada balasan yang terbaik selain daripada balasan daripada Allah..jadi kita akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku..maka akan hilanglah perasaan sedih, frust sampai nak bunuh diri, tak selera makan dan pelbagai bentuk kekecewaan yang lain bila apa yang kita hajati tak dapat..

Bila kita paham Allah lah tempat kita bergantung harap dan Allah lah yang lebih mengetahui apa yang tebaik untuk kita, maka akan hilanglah kebergantungan kita pada benda2 lain, teutamanya pada benda2 yang bersifat sementara, macam duit, pangkat, harta, nafsu dan lain2..dan termasuklah kebergantungan pada benda lain macam bomoh, dukun dan sebagainya...ada orang bila hilang pangkat jadi gila, ada yang dari jutawan jatuh bankrup bunuh diri..etc..etc...sebab apa..??sebab mereka hilang kepercayaan mereka pada Allah..mereka tidak yakin dengan percaturan yang Allah tetapkan untuk mereka..mereka tidak muhasabah diri, yang mana mungkin pangkat dan kekayaan yang mereka miliki membuatkan mereka jauh dari Allah, maka Allah tarik nikmat sementara mereka itu, supaya mereka mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat nikmat yang kekal dan sudah tentunya lebih baik iaitu nikmat di kampung akhirat kelak..=)

(ada orang tanya : kena jadi miskin baru boleh jadi orang beriman ke..??semua orang beriman akan miskin??owh..tidak2..ramai sahaja dari kalangan para sahabat yang beriman pada Allah terdiri dari golongan yang kaya2..namun mereka menginfakkan hampir keseluruhan harta mereka pada jalan Allah..malah mereka berlumba2 siapa yang menginfakkan lebih banyak harta...kalau nak ikutkan mereka boleh je simpan duit itu.. bukan mereka akan belanja ke arah maksiat pun...tapi mereka tahu kadang2 kesenangan itu juga adalah dugaan..kalau harta yang mereka ada dikhuatiri akan menyebabkan mereka lupa dan alpa pada Allah, maka lebih baik harta itu dibelanjakan ke jalan yang baik..bukankah harta itu rezeki dari Allah..??insyaAllah, mereka yang rajin menginfakkan hartanya, tidak putus rezeki Allah beri kepada mereka..)

Do your best for God

Ok bila saya tanya, anda sayang mak tak??
"sayang.."
macam mana anda nak buktikan anda sayang kat mak anda??
"saya akan buat apa saja untuk beliau..saya akan patuh arahan beliau, saya tak akan buat sesuatu yang akan buat beliau sakit hati..saya akan buat yang terbaik untuk beliau..saya akan lulus semua exam dengan cemerlang supaya beliau bangga..etc..etc.."

haa..tengok..bila kita sayang akan sesuatu, kita akan buat sehabis baik untuknya..kita sayang kucing, kita bagi makan, hantar klinik kalau sakit..bila kita sayang barang kita, kita jaga tak nak bagi hilang atau rosak..bila kita sayang Tuhan..??maka buatlah yang terbaik untukNya..point sebelum ini kita katakan apa yang kita lakukan hanya untukNya..maka dengan penuh rasa sayang dan patuhnya, apa sahaja yang kita buat, buatlah sehabis baik..bukan dengan sambil lewa..ada orang kata," alaa..buat sambil lewa pun tak apa..kan semuanya Allah dah tetapkan" *perhatian: dialog ditukar mengikut kesedapan hati si penulis*

Benar..tapi adakah itu menunjukkan yang kita sayang pada Allah..??macam kita ada kereta..kalau nak diikutkan, kalau kereta itu nak rosak, dia akan rosak juga..tapi disebabkan sayangnya kita pada kereta tersebut, maka kita cuci dia, hantar pergi service dan sebagainya... macam itu jugalah kita pada Allah..buatlah sehabis baik untukNya kerana setiap pekerjaan dan kesungguhan kita Dia perhatikan dan Dia nilai..

Have a foundation in God's attributes

Kalau kat sekolah dulu, tiap2 pagi jumaat kita selalu nyanyi asma ul-husna..pernah tak kita terpikir kenapa Allah terangkan kepada kita tentang nama2Nya..??ok..ta pe..saya pun tak pernah terpikir..hehe..sehinggalah kak Yana terangkan, ada sebab kenapa nama2 ini diterangkan kepada kita..bukan sahaja untuk kita kenaliNya, tapi juga untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita..start dengan Al-Rahman sehinggalah kepada Al-Basir..semuanya ada pengaplikasiaan dalm hidup kita...jadi tidak salah rasanya untuk kita start dari sekarang untuk amalkan nama2 Allah ini dalam hidup kita..kalau tidak mampu 99 kali sekali gus, buatlah tiga sifat untuk seminggu atau sebulan..renung2 kan dan selamat beramal...=)

Build your confidence

Manusia adalah sebaik2 ciptaan yang Allah ciptakan..QS 95:4

""""Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)"

dan kita adalah khalifah Allah di muka bumi ini..untuk menjalankan tanggungjawab memakmurkan bumi...QS 2:30

""Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"

jadi, berdasarkan konsep kita adalah sebaik2 ciptaan Allah kat muka bumi ini, maka setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan pada kita, pasti kita dapat lakukan dengan sempurna..kerana apa..??kerana kita sudah diberikan kudrat oleh Allah untuk melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan kepada kita..jadi, tiada istilah "Aku tak mampu buat", "Anda hebat, saya tidak" dan sebagainya..binalah keyakinan dalam diri kita..ingat..!! kita adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan..tinggikan kebergantungan pada Allah dan yakin pada kebolehan diri..bila kita yakin, secara tak langsung akan meningkatkan lagi keazaman serta kesungguhan kita dalam hendak mencapai sesuatu..insyaAllah..


Last but not least sentiasalah mengingati Allah dengan menyebut Lailaha illallah...

Nabi Saw bersabda, “Allah Swt berfirman, ‘Aku ini (bertindak) sesuai dengan prasangka hamba-Ku pada-Ku. Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku. Apabila ia mengingat-Ku di dalam hatinya, maka Aku pun menyebutnya sendiri. Jika dia mengingat-Ku di tengah-tengah orang banyak, maka Aku akan menyebutnya di tengah-tengah orang banyak yang lebih mulia daripada orang banyak saat ia mengingat-Ku.” (HR Al-Bukhârî dan ahli hadis lainnya).

InsyaAllah..itu yang ingin saya kongsikan untuk kali ini..nantikan pengaplikasian rukun iman yang lain dalam siri yang akan datang..InsyaAllah..sesungguhnya baik dan buruk itu daripada Allah, namun berlandaskan pada kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri si penulis.

Allahu ta'ala a'lam..(n_n)..V!

p/s : english version is much3 better...sungguh..!!try cari buku tersebut dan baca...amat2 digalakkan..sekian..=)

Wednesday, May 12, 2010

At last..

Alhamdulillah..
akhirnya jumpa juga saya dengan lagu Hadis 6 yang telah diterangkan dalam post yang sebelum ni..
nice song..
yang penting, dapat bantu kita semua untuk menghafal hadis 6 ni..

Hidup ada naik dan turunnya.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
Bagaimana kesihatan iman kita sekarang?
Masih fasa "roller-coaster"? Atau dah menjunam?
Harapnya sentiasa top laa ye. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Selesai pun credit Upper Limb.
More to come. Jangan mengeluh sahabat! Teruskan berjuang!
Allah knows best.

Selalu je saya nampak artikel2 dan buku2 tentang cara menghadapi kegagalan.
Untuk membantu orang yang dalam kesusahan menghadapi kesusahan dia, tanpa hanyut.
Kalau google pun, berjuta-juta result keluar.

Bagaimana pula dengan menghadapi kejayaan?
Tak banyak perbincangan dan penulisan tentang ni.
Sebab?
Kebanyakan manusia melihat kejayaan ini sebagai satu nikmat semata-mata.
Kejayaan dunia yang kita miliki ni adalah segala-galanya bagi kebanyakan orang.
Tapi adakah mereka sedar sebenarnya nikmat kejayaan juga merupakan satu ujian?
Ya, ujian.Untuk menguji sejauh mana keimanan hambanya.
Jika yang gagal kita kata padanya "Oh, Dia nak uji setakat mana kebergantungan awak pada Dia".
Maka pada yang berjaya perlulah kita katakan "Oh, Dia nak menguji setakat mana kejayaan awak tu awak sandarkan pada Dia".

Ok. Let's first kita define apa itu kejayaan dan apa itu kegagalan.
Kita ambik exam laa sebagai contoh.
Adakah lulus exam tu satu kejayaan?
Kalau macam tu, tak lulus tu, kira dah gagal laa.

Atau kejayaan tu, is bila kita berjaya menerima takdir Dia dengan redha, sama ada lulus atau tak dalam peperiksaan tu?
Jadinya, siapa yang gagal kawal emosi tu, kira gagal lah.

Atau pun kejayaan tu kita ukur dari segi kejayaan kita memanfaatkan apa yang ada pada kita?
Kiranya, siapa yang berjaya mengubah kelulusan atau ketidak-lulusan dia dalam exam tu, to something yang boleh memanfaatkan diri dia n saudaranya, kira dia seorang yang berjaya.
And siapa yang berjaya sorang2, atau gagal sorang2, lepas tu tak bermanfaat pula tu, kira gagal.
Mana satu ye?

Tafsiran tu, terpulang pada kita.
Sebab hanya Dia dan kita yang mampu menilai diri kita sendiri.
Hanya Dia dan kita yang tau apa dalam hati kita. Kan?

Sedar ke kita yang ujian Allah ni, datang dalam macam2 cara?
Sedar ke kita yang nikmat Allah juga datang dalam macam2 cara?
Kita lulus periksa, boleh jadi nikmat sebab Allah nak bagi pahala kita bersyukur n sentiasa istiqamah. Boleh jadi ujian untuk menguji sejauh mana level riak dan ujub kita tu.
Tak lulus pula boleh jadi nikmat sebab Allah nak bagi pahala atas kesabaran kita n usaha yang kita lipat-gandakan lepas tak lulus tu. Boleh jadi ujian untuk menguji sejauh mana tahap kebergantungan kita pada Dia.

Kadang-kadang dengan ujian ni lah manusia jadi hanyut.
Hanyut dengan pujian2 orang yang melambung tinggi.
Awalnya memanglah "Oh, semua ni Allah yang bagi".
Tapi lama2, bila 'musuh kita' tu dah cucuk2 kita, maka keluar laa statement macam ni "Dah aku belajar, memang aku deserve laa nak dapat markah tinggi2 pun".

Tak salah memuji seseorang. Tetapi berpada-pada. Jangan sampai disebabkan pujian kita tu, orang lain jadi riak. Jangan disebabkan pujian kita tu, orang lain mula drift away, akhirnya lemas tak dapat diselamatkan. Bukan ke lagi best kalau kita puji yang lebih layak, dan semestinya layak? Dapat pahala lagi. Kan?

So, macam mana nak terima kejayaan ni? Konfius ni.
Jangan risau. Dalam kitab pegangan kita tu, semua benda ada.
Tak caya? Cuba bukak surah an-Nasr, surah 110.
Macam mana Allah ajar kekasih Dia nak terima kejayaan tu?
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya.

1- Tasbih
2- Tahmid
3- Istighfar

Pelik! Kenapa kena istighfar sekali?
Hm. Mungkin sebab kadang-kadang, sebelum dapat kejayaan tu, kita ter-su'uzhon kat Dia. Atau pun kita ter-riak sekejap. Atau mungkin kita ter-mengeluh ke apa.
Kan2?
Ok. Selain daripada tu, kita tengok pula cara Nabi Sulaiman bersyukur. Kata Nabi Sulaiman,

"Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya." - sila refer terjemahan [27:40]

Nabi Sulaiman takde ar kata "Hebatlah awak ni!" dekat orang yang bawak singgahsana Raja tu kat dia kan. Atau pun takde laa cakap "Hebat jugak aku ni". Taaakkk.

Pernah post tentang ni ditulis di blog ni. Sila refer post kedua - Permulaan Perjalanan
kalau nak laa. Kalau tak nak, suka hati laa.

Tapi tak salahkan kalau kita sentiasa saling ingat mengingati?
Supaya kita tak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

And ada satu enrty yang saya rasa sangat bermanfaat pada kita semua - Menguruskan Kejayaan atau Kegagalan Remaja

Wallahu'alam. Sekian.

"Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan"

Tiada istilah mengeluh dan putus asa dalam perjuangan. Yang ada hanyalah istiqamah, doa dan tawakal.

Sunday, May 9, 2010

EATT - Episod Akhir Trilogy Tarbiyyah

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Yeah2! Blog Baklawa dibanjiri posts. Wehuu!
Alhamdulillah. Flexor and extensor digitorum tendon masih lg berfungsi untuk menaip.
Diaphragm, serratus dan adik beradiknya masih membenarkan kita bernafas. Semuanya atas arahan-Nya. Subhanallah.
Setelah seminggu berjuang mengekalkan immunity yg makin hari makin down-down-down, maka kami pun menerima injection terbaru IgM (
iman-o-globulin mukmin) bagi melawan nafsu-coccus corporis dan dosa-co-bacter cordis yang sering kali menyerang diri tanpa belas kasihan. Oh! Semoga injection kali lebih bertahan dari injection lepas. Ameen.

Maaf, post kali ni takde tentang makan, sebab bertukar chef -_-"

Surat cinta yang dibincangkan = al-'Ankabut, 29
Ayat-ayat cinta = 60-69
Ada soalan? Takde? Ok. Boleh proceed =)

Tajuk usrah kali ni adalah Episod Akhir Trilogy Tarbiyyah - EATT (makan saje -_-")
Trilogy Tarbiyyah?? Ya2. Sebab buat 3 episod kan. Ngeh3.
Ok. Sambungan. Minggu lepas, we stopped at tarbiyyah. Right? Wait. Let me check. Haa. Betul laa tu.
Maka setelah kita ditarbiyyahkan, dapatlah kita sesuatu yang dipanggil "nikmat yang besar". Ya laa, dah usaha2, mesti ada hasil kan? Jom kita kupas sket, apa dia nikmat yang besar sangat tu.

Ada 4 komponen nikmat yg kita dapat melalui tarbiyyah ni, id est pengetahuan, kemuliaan, kekuatan dan penyatuan. Eh eh. Macam opposite dengan jahiliyyah je? Haa. Pandai pun!
Nikmat-nikmat ni, sangat besar sebab dia adalah opposite dgn jahiliyyah. Maknanya kat sini, dengan tarbiyyah ni, kita boleh cakap do widzenia (bye2) kat jahiliyyah ni and cakap hello kat kehidupan baru yang insyaAllah, sentiasa diredhai-Nya.

Pengetahuan :
"Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya",
terjemahan Darul Iman [96:5].

Bila kita dapat tarbiyyah, kita faham islam, kita jadi muslim, kita pun sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan ni. Kalau tak penting, tak kan laa benda pertama Allah suruh Rasulullah buat, baca. Dapat apa daripada membaca? Ilmu laa kan. Haa. Kita boleh jadikan menuntut ilmu ni as a platform untuk dapat redha Allah.

Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang muslim.
terjemahan [HR Ibn Majah]


Kemuliaan:
"Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman"
terjemahan alquran-melayu.com [63:8]

Ayat ni menceritakan kisah Perang Bani Mustalik. Ada seorang munafiq yang ter-munafiq zaman tu, Abdullah bin Ubai yang kata kalau diorang balik Madinah, diorang yang mulia ni mesti takde hal nak halau orang2 kat Madinah ni. Lalu Allah pun bagitau yang sebenarnya kemuliaan adalah milik Allah, untuk orang-orang beriman.
So kalau kita beriman dengan sebenar-benarnya, mengikut ajaran Rasulullah, insyaAllah, kemuliaan tu akan jadi milik kita. Mulia dari segi apa? Mulia disisi Allah. Bukan ke itu lagi baik daripada dipandang tinggi oleh masyarakat, sedangkan kita hina disisi Allah? Bukankah mati dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam maksiat kepada Allah?

Kekuatan
:
"Dan Dia mendapati kamu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan",
terjemahan Darul Iman [93:8]
Kekuatan? Kekuatan apa yang ada pada kita? Kita bukan lagi ustaziyatul 'alam. Kita asyik je kena tindas. Kekuatan ekonomi? Duit orang pakai pun Euro, Dollar, Pound. Ada kekuatan kita?
ADA! Kekuatan kita, yang paling utama, kita percaya pada konsep rezeki, takdir dan tawakal. Nothing can get us down, sebab kita tau, we've got nothing to lose as long as Allah is with us.
Kuatkah kita? Kuat! Sebab kita tak kan pernah putus asa, kalau kita betul2 beriman. Tak rasa kesian ke kat kawan2 kita yang tak beriman ni, yang matlamat hidup dia hanyalah kebahagiaan dunia. They are very vulnerable. Kalau tak dapat apa yang mereka nak, senang je nak depress, mabuk2, terjun bangunan, buang anak. Ish!

Penyatuan:
"...dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara...",
terjemahan Darul Iman [ 3:103]

Dengan dakwah dan tarbiyyah yang Rasulullah bawa, umat masa tu jadi bersatu, daripada keadaan berpecah belah. Sekarang ni pun, kalau kita kembali pada ajaran islam yang sebenar, contohnya macam through tarbiyyah ni, insyaAllah, kita akan bersatu. Bersatu dalam perasaan cinta pada Dia, bersatu dalam meneruskan perjuangan menegakkan yang haq. Boleh percaya ke? Kenapa tak percaya ke? Hanya Allah yang dapat satukan hati kita semua. Kalau tak percaya, jom tengok terjemahan surah al-Anfal [8:63]
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
See. Told yaa!

Setelah kita berjaya ditarbiyyahkan dan terima nikmat yang besar, maka akhirnya kita pun menjadi khairu ummah - ummah terbaik. Apa caranya? [3:110]
1. Amar ma'ruf
2. Nahi munkar
3. Beriman kepada Allah

Nampak tak, macam mana melalui tarbiyyah ni, kita dapat nikmat besar ni? Nampak2?
Kalau kita kembali berpegang pada ajaran Quran, ajaran Allah dan Rasul-Nya, takde laa kita hebat sangat kena ghazwatul fiqr. Takde laa kita dengan terang2 menyokong benda yang terang2 haram, dengan alasan yang mengarut entah apa2. Berikanlah alasanmu itu kepada Allah kelak!
Takdelah dengan bangganya kita perjuangkan perkara mengarut entah apa2 yang kita sendiri tak faham, kononnya atas dasar keadilan sedangkan kita sendiri tak tau apa itu "adil", yang sebenarnya kita cuma nak kan nama disisi masyarakat dan manusia yang lemah lagi fakir. Berikanlah alasanmu itu kepada Allah kelak!
Sedangkan kita tau, kita manusia memang boleh je nak ingkar perintah Allah, silakan. refer [29:66]. Tapi tengoklah, kalau Allah nak tunjuk, semua urusan manusia jadi tergendala. Plan la kita macam mana pun, tapi kalau Allah dah tetapkan, kita tak boleh nak pergi holiday kat Iceland, tak boleh juga. Kan? Dah2. Jangan emo. Nanti masuk paper lak. hihihi

Ok. Last but not least, mari kita tengok surah al-Anfal, ayat 60.
Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuh-musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya.
So, mari kita persiapkan dengan segala kemampuan (persiapkan iman kita) dengan kekuatan yang kita miliki (tilawah + suci + pedoman = tarbiyyah -> nikmat besar) untuk hadapi musuh-musuh kita, terutama yang terang nyata!
Wallahu 'alam.



Say hi to 'bye-bye Jahiliyyah!'
picture credits to: Aiman Nor Nasaruddin

Merendahlah,

engkau kan seperti bintang-
gemintang

Berkilau dipandang orang

Diatas riak air dan sang bintang
nun jauh tinggi

Janganlah seperti asap

Yang mengangkat diri tinggi di
langit

Padahal dirinya rendah-hina


(Rahmat Abdullah)


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

we've been stalked! OMG~

Assalamualaikum
okay.. it was another gloomy day in warsaw.. we are on our way to scapula aurea test.. At Centralny ( subway), we met this guy.. around 30 I guess.. He started to attract us by saying shahadah.. Yes, shahadah...

I took a look at him.. he is polish.. Then, he continued talking to us,

"Come to party with me.. You are beautiful.. I love you.."

okay, that was scary as it didn't matches the shahadah he said before.. We then stigmatized him as "psycho".. we walked as fast as we can to Anatomy building.. but he followed us and said,

"you don't need to wait for paradise in afterlife.. I can give you paradise here, on earth"..

Okay..that was again, scary.. (p/s: I want paradise offered by ALLAH.. not yours.. na'ah).. but then kami berjaya sampai Anatomicum.. Terus cerita kat kawan2 pasal that psycho guy..
Then, out of nowhere.. he was there! in Anatomicum.. jalan2 and stare at every single girl~

"dlaczego on jest tutai?" Obviously, we've been followed!

Okay, this is MAJOR scary~ Kami abaikan dia dan menjawab soalan test selama 2 jam.. sesudah itu, kami keluar and sambung study for pin test.. then, I noticed that psycho guy again.. he thought that if he changed his cloth.. we can't recognize him? banyak cantik~

Okay, this is SUPER DUPER MAJOR scary.. it means he has waited for TWO hours for us.. plus, we saw him buying coffee and biscuits and seems to lepak lama.. we all started to think of ways to get rid of him.. Tak putus-putus doa agar ALLAH melindungi kami sebab ALLAH ialah sebaik-baik pelindung.. Kat siapa lagi kita nak minta perlindungan?

then, luckily.. our friend asked him to get out from anatomicum.. It was quit chaos at that time as all nasty words came out from that psycho guy mouth.. the ochrona (security guard) ask him to leave.. thanks ochrona! Lubimy ochrona~

I came back home, feeling so stressed out from what had happened.. Open Quran with bismillah and found these ayat:

Al-Anaam
Bahkan Dialah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Dia kehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu). (41) Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat). (42)


hrm.. jika ALLAH kehendaki, dia boleh hapuskan bahaya dari kita.. kita kenalah berdoa the rasa rendah diri dan rendah hati.. siapalah kita ni? Semuanya kita harus bergantung kepada Yang Maha Kuasa~

that's all for " we've been stalked!".. what a drama

Friday, May 7, 2010

sambungan..


...kalau hari tu, bibimbab menjadi menu di baklawa domu, kali ni doekbukgi dan jjajjangmyun pula yang menjadi hidangan kami..


doekbukgi

kesedapannya juga masih terasa~ Alhamdulillah..

post yang sebelum ini telah menerangkan tentang masyarakat jahiliyah.. adakah masyarakat ini akan terus hidup dalam keadaan jahiliyah?? siapakah penyelamat masyarakat ini??

"sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui"
(2:151)

"Sungguh, Allah telah memberi karunia kepada orang-orang beriman ketika (Allah) mengutus seorang Rasul (Muhammad) di tengah-tengah mereka dari kalangan sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata" (3:164)

melalui kedua-dua ayat dari Al-Quran ini, Allah telah mengutuskan seorang Rasul iaitu Muhammad untuk mengajarkan Al-Quran dan Sunnah dan mengeluarkan mereka dari kesesatan yang nyata.. oleh itu, untuk mengeluarkan diri dari kejahilan, kita mestilah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..

mari kita hayati petikan daripada khutbah terakhir Rasulullah ini:

"wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


macam mana pula caranya untuk kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah?? caranya, hanyalah melalui TARBIYAH.. apakah pula tarbiyah ni?? macam seram jek bunyinye.. tarbiyah ni sebenarnya bermaksud pendidikan..

macam mana nak mentarbiyahkan diri kita ni?? hmm...
cara kita untuk mentarbiyah diri adalah melalui 3 langkah ini:


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan" (96:1)

"Orang-orang yang telah kami beri kitab, mereka membacanya sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Dan barang siapa ingkar kepadanya, mereka itulah orang-orang yang rugi." (2:121)

perkataan baca di sini bukanlah hanya bermaksud baca.. tetapi, lebih kepada baca dengan teliti dan memahami apa yang dibaca itu.. apa la gunanye baca sesuatu tapi tak faham, kan? MyEm0.Com

"demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan ) nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa) itu, dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" (91:7-10)



"dan akan dijauhkan darinya (neraka) orang yang paling bertakwa, yang menginfakkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkan dirinya, dan tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat padanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keridaan Tuhannya Yang Mahatinggi. Dan nescaya kelak dia akan mendapat kesenangan (yang sempurna)." (92:17-21)

apabila kita dah memahami apa yang dibaca, kita perlulah mengamalkan apa yang telah dipelajari untuk menyucikan diri kita ni.. dalam surah ke-91 (Asy-Syams), Allah SWT telah berfirman bahawa "sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa) itu".. oleh itu, takkan la kita nak lepaskan peluang yang keemasan seperti ni, kan??



"tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah," tetapi (dia berkata), "Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!" (3:79)

apabila kita dah faham dan mengamalkan tentang Al-Quran dan As-Sunnah ini, secara automatic ianya akan menjadi acuan untuk kita mengatur hidup kita ke arah mengesakan Allah SWT. kita juga perlulah mengajak orang lain untuk sama-sama memahami dan mengamalkan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

dalam proses untuk menyeru ke arah kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar ni, tiada istilah 'iman-mo-meter'.. amende lah pulak kan iman-mo-meter ni.. tak pernah jumpa pon.. kalo thermometer tu pernah la jumpa..
konsep iman-mo-meter ni sama je macam thermometer tu.. cuma bezanya, thermometer tu sukat suhu (thermo) dan iman-mo-meter ni sukat iman.. tapi ingat ya!!! TIADA istilah iman-mo-meter!! TIADA!!

jadi dialog seperti "Aku bukannya ustaz @ ustazah, tak yah ar tegur dia" atau "Ko ar pergi tegur dia, ko lagi alim dari aku" etc.. etc.. tak sepatutnya menari-nari di bibir kita semua kerana tiada istilah iman-mo-meter~

bersambung...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






hmm.. cuba teka hadis ni pasal apa??

betul.. MyEm0.Com


hadis 6..

maksud hadis:

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."


pengertian halal menurut Iman Syafie ialah apa-apa yang tidak disebut oleh syarak tentang pengharamannya..
perkara yang halal dan haram telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.. perkara-perkara ini juga tidak boleh dipertikaikan.. Allah adalah engineer kita, sudah tentulah Dia mengetahui kelemahan dan kelebihan manusia yang telah diciptakan oleh-Nya.. jadi, apa yang perlu kita semua buat ialah sami'na wa ato'na..

perkara syubhah pula ialah perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya samada halal atau haram.. biasanya ia disebabkan oleh pertentangan dua dalil atau kerana tiada dalil atau nas yang terang atau sahih..

mengenai perkara syubhah, Allah telah menggunakan perumpamaan seorang pengembala yang mengembala ternakan di kawasan larangan / tanah milik orang.. walaupun ternakan itu belum masuk secara terang-terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah.. dan sebagaimana dalam hadis tersebut, sesiapa yang menghampiri perkara syubhah, maka dia menghampiri perkara yang haram.. dan ketahuilah bahwa kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara haram / maksiat..

hadis ini juga mengupas tentang Qalb.. anatomically, Qalb ni membawa maksud mudghah (daging) yang mengepam darah.. apa lagi kalau bukan jantung.. (dah dirujuk kepada seorang yang fasih berbahasa Arab) menurut hadis ini, jika baik Qalb tu, maka baik la seluruh badan begitu juga sebaliknya, jika rosak Qalb tu, rosak lah seluruh badan..

anatomically, kalau jantung tu elok, darah dapat circulates dalam badan dengan jayanya.. maka, seluruh badan akan dapat menerima darah dan menjalankan fungsi masing-masing tanpa sebarang masalah.. apa akan jadi jika tiba-tiba cells kat jantung tu sendiri tak dapat terima darah yang secukupnya?? langsung kene myocardial infarction.. haa.. kan dah rosak seluruh jasad, tu... MyEm0.Com

maksud tersiratnya pula ialah aqal yang berada dalam hati.. kalau hati ni baik, insyaAllah segala tindak-tanduk jasad pun akan baik.. kalau hati ni rosak, keluar la simpulan bahasa seperti busuk hati, buruk hati, hati kotor, Cendera hati (eh, ni tak termasuk)..

setakat ni sahaja untuk entry kali ni.. sebelum tu, saya nak kongsi sepotong ayat dari surah Al-A'raf ni:


"...peganglah dengan teguh apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (diamalkanlah) apa yang tersebut di dalamnya agar kamu menjadi orang-orang yang bertakwa." (3:171)