“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Wednesday, May 26, 2010

Dent-de-lion @ dandelion~

Assalamualaikum w.b.t
hrm.. meriah blog baklawa ade bunga dandelion terbang2, bersempena dengan musim bunga di bumi Poland ni.. Maksud dent-de-lion ialah "tooth of the lion" sbb daun dia tajam macam gigi singa....Kan dens,dentis tu maksudnye gigi (ingat Latin lg kan?)



Ramai kita yang tak tahu proses kejadian dandelion ni. Dandelion ini permulaanya ialah bunga kuning mekar ala2 bunga matahari tu. Their blooming mark spring season!



A potem (lepas tu), dia kering dan tutup balik dan kembang balik as dandelion yang terbang2.. The changing process may take overnight! Yang whitish flying thingy is actually dandelion seeds that will land and patiently wait for the next spring.. Dlatego (that's why), dandelion is everywhere when it's SPRING!!

Jom tengok al-Quran:~

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Kahf;45)



Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar;21)

Sebenarnya, dekat Malaysia pun terjadi proses yang sama terhadap dandelion Malaysian version..Asbabul perasan kejadian ini kerana bunga dandelion kuning itu keluar terlebih dahulu berbanding bunga dandelion putih.. Itu sajalah kajian setakat ini, wallahualam~

No comments:

Post a Comment