“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Sunday, May 9, 2010

EATT - Episod Akhir Trilogy Tarbiyyah

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Yeah2! Blog Baklawa dibanjiri posts. Wehuu!
Alhamdulillah. Flexor and extensor digitorum tendon masih lg berfungsi untuk menaip.
Diaphragm, serratus dan adik beradiknya masih membenarkan kita bernafas. Semuanya atas arahan-Nya. Subhanallah.
Setelah seminggu berjuang mengekalkan immunity yg makin hari makin down-down-down, maka kami pun menerima injection terbaru IgM (
iman-o-globulin mukmin) bagi melawan nafsu-coccus corporis dan dosa-co-bacter cordis yang sering kali menyerang diri tanpa belas kasihan. Oh! Semoga injection kali lebih bertahan dari injection lepas. Ameen.

Maaf, post kali ni takde tentang makan, sebab bertukar chef -_-"

Surat cinta yang dibincangkan = al-'Ankabut, 29
Ayat-ayat cinta = 60-69
Ada soalan? Takde? Ok. Boleh proceed =)

Tajuk usrah kali ni adalah Episod Akhir Trilogy Tarbiyyah - EATT (makan saje -_-")
Trilogy Tarbiyyah?? Ya2. Sebab buat 3 episod kan. Ngeh3.
Ok. Sambungan. Minggu lepas, we stopped at tarbiyyah. Right? Wait. Let me check. Haa. Betul laa tu.
Maka setelah kita ditarbiyyahkan, dapatlah kita sesuatu yang dipanggil "nikmat yang besar". Ya laa, dah usaha2, mesti ada hasil kan? Jom kita kupas sket, apa dia nikmat yang besar sangat tu.

Ada 4 komponen nikmat yg kita dapat melalui tarbiyyah ni, id est pengetahuan, kemuliaan, kekuatan dan penyatuan. Eh eh. Macam opposite dengan jahiliyyah je? Haa. Pandai pun!
Nikmat-nikmat ni, sangat besar sebab dia adalah opposite dgn jahiliyyah. Maknanya kat sini, dengan tarbiyyah ni, kita boleh cakap do widzenia (bye2) kat jahiliyyah ni and cakap hello kat kehidupan baru yang insyaAllah, sentiasa diredhai-Nya.

Pengetahuan :
"Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya",
terjemahan Darul Iman [96:5].

Bila kita dapat tarbiyyah, kita faham islam, kita jadi muslim, kita pun sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan ni. Kalau tak penting, tak kan laa benda pertama Allah suruh Rasulullah buat, baca. Dapat apa daripada membaca? Ilmu laa kan. Haa. Kita boleh jadikan menuntut ilmu ni as a platform untuk dapat redha Allah.

Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang muslim.
terjemahan [HR Ibn Majah]


Kemuliaan:
"Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman"
terjemahan alquran-melayu.com [63:8]

Ayat ni menceritakan kisah Perang Bani Mustalik. Ada seorang munafiq yang ter-munafiq zaman tu, Abdullah bin Ubai yang kata kalau diorang balik Madinah, diorang yang mulia ni mesti takde hal nak halau orang2 kat Madinah ni. Lalu Allah pun bagitau yang sebenarnya kemuliaan adalah milik Allah, untuk orang-orang beriman.
So kalau kita beriman dengan sebenar-benarnya, mengikut ajaran Rasulullah, insyaAllah, kemuliaan tu akan jadi milik kita. Mulia dari segi apa? Mulia disisi Allah. Bukan ke itu lagi baik daripada dipandang tinggi oleh masyarakat, sedangkan kita hina disisi Allah? Bukankah mati dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam maksiat kepada Allah?

Kekuatan
:
"Dan Dia mendapati kamu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan",
terjemahan Darul Iman [93:8]
Kekuatan? Kekuatan apa yang ada pada kita? Kita bukan lagi ustaziyatul 'alam. Kita asyik je kena tindas. Kekuatan ekonomi? Duit orang pakai pun Euro, Dollar, Pound. Ada kekuatan kita?
ADA! Kekuatan kita, yang paling utama, kita percaya pada konsep rezeki, takdir dan tawakal. Nothing can get us down, sebab kita tau, we've got nothing to lose as long as Allah is with us.
Kuatkah kita? Kuat! Sebab kita tak kan pernah putus asa, kalau kita betul2 beriman. Tak rasa kesian ke kat kawan2 kita yang tak beriman ni, yang matlamat hidup dia hanyalah kebahagiaan dunia. They are very vulnerable. Kalau tak dapat apa yang mereka nak, senang je nak depress, mabuk2, terjun bangunan, buang anak. Ish!

Penyatuan:
"...dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara...",
terjemahan Darul Iman [ 3:103]

Dengan dakwah dan tarbiyyah yang Rasulullah bawa, umat masa tu jadi bersatu, daripada keadaan berpecah belah. Sekarang ni pun, kalau kita kembali pada ajaran islam yang sebenar, contohnya macam through tarbiyyah ni, insyaAllah, kita akan bersatu. Bersatu dalam perasaan cinta pada Dia, bersatu dalam meneruskan perjuangan menegakkan yang haq. Boleh percaya ke? Kenapa tak percaya ke? Hanya Allah yang dapat satukan hati kita semua. Kalau tak percaya, jom tengok terjemahan surah al-Anfal [8:63]
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
See. Told yaa!

Setelah kita berjaya ditarbiyyahkan dan terima nikmat yang besar, maka akhirnya kita pun menjadi khairu ummah - ummah terbaik. Apa caranya? [3:110]
1. Amar ma'ruf
2. Nahi munkar
3. Beriman kepada Allah

Nampak tak, macam mana melalui tarbiyyah ni, kita dapat nikmat besar ni? Nampak2?
Kalau kita kembali berpegang pada ajaran Quran, ajaran Allah dan Rasul-Nya, takde laa kita hebat sangat kena ghazwatul fiqr. Takde laa kita dengan terang2 menyokong benda yang terang2 haram, dengan alasan yang mengarut entah apa2. Berikanlah alasanmu itu kepada Allah kelak!
Takdelah dengan bangganya kita perjuangkan perkara mengarut entah apa2 yang kita sendiri tak faham, kononnya atas dasar keadilan sedangkan kita sendiri tak tau apa itu "adil", yang sebenarnya kita cuma nak kan nama disisi masyarakat dan manusia yang lemah lagi fakir. Berikanlah alasanmu itu kepada Allah kelak!
Sedangkan kita tau, kita manusia memang boleh je nak ingkar perintah Allah, silakan. refer [29:66]. Tapi tengoklah, kalau Allah nak tunjuk, semua urusan manusia jadi tergendala. Plan la kita macam mana pun, tapi kalau Allah dah tetapkan, kita tak boleh nak pergi holiday kat Iceland, tak boleh juga. Kan? Dah2. Jangan emo. Nanti masuk paper lak. hihihi

Ok. Last but not least, mari kita tengok surah al-Anfal, ayat 60.
Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuh-musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya.
So, mari kita persiapkan dengan segala kemampuan (persiapkan iman kita) dengan kekuatan yang kita miliki (tilawah + suci + pedoman = tarbiyyah -> nikmat besar) untuk hadapi musuh-musuh kita, terutama yang terang nyata!
Wallahu 'alam.



Say hi to 'bye-bye Jahiliyyah!'
picture credits to: Aiman Nor Nasaruddin

Merendahlah,

engkau kan seperti bintang-
gemintang

Berkilau dipandang orang

Diatas riak air dan sang bintang
nun jauh tinggi

Janganlah seperti asap

Yang mengangkat diri tinggi di
langit

Padahal dirinya rendah-hina


(Rahmat Abdullah)


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

No comments:

Post a Comment