“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Thursday, January 28, 2010

Ghazwatul Fikr

Dah hampir seminggu cuti. Kalau difikirkan, cuti memang seronok. Mungkin ada yang akan kata cuti tak seronok. Tapi sy percaya ramai yang akan kata cuti seronok. Tak perlu risau kuiz-kuiz anatomi atau histologi. Tak perlu terkejar-kejar ke kelas pagi-pagi. Duduk rumah layan movie atau series. Bahagianya~~~


Tapi awas, masa lapang itu memusnahkan remaja!


Rosaknya air kerana statik(tak bergerak). Rosaknya remaja kerana masa lapangya – pepatah Arab


Jadi isilah masa lapang sebaik-baiknya. Ingat pesan junjungan mulia; rebut masa lapang sebelum datang masa sempit.


"Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu." (HR Ibnu Abbas)


Dan jangan lupa apabila Allah bersumpah dengan masa;


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” (103:1-2)


Pernah tak terfikir, dalam banyak-banyak benda, kenapa ya Allah bersumpah dengan masa?


Kenapa eh?


KERANA MASA ITU PENTING. Jadi isilah dengan perkara bermanfaat :)


InsyaAllah baklawa akan ber-jaulah ke bumi Ghazwatul Fikr. Seronoknya~~

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami rezeki yang tak ternilai.

Hmm…. Bumi Ghazwatul Fikr. Kat mana tu ye?


TURKEY!!


Ghazwatul fikr; serangan pemikiran. Selepas kekalahan tentera salib dalam siri peperangan salib mereka, mereka mendapati umat Islam mustahil untuk dikalahkan dalam peperangan. Semakin diserang, semakin kuat pula semangat jihad mereka.


”Muslims should not be approached as people often do, by arms, but by words, not by force, but by reason, not by hatred, but by love.”- Petrus Venerabilis, pemimpin tentera salib


“Kita tak akan dapt kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini(al-Quran) -King Louis VII, pemimpin tentera salib.


Jadi mereka telah melancarkan ghazwatul fikr. Suatu peperangan, tapi amat sulit perang yang satu ini. Kerana musuhnya tak boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya boleh dilihat dengan mata hati. Kalau hati itu bersih.


Ahaha…jadi kenapa ya sy kata Turkey itu bumi ghazwatul fikr? Tempat lain pun kena serangan pemikiran juga kan? Tengok sahaja Malaysia. Rosak akhlaq muda mudi. Bukan ghazwatul fikr kah itu?


Sy gelarkan Turkey bumi Gazwatul fikr kerana disinilah antara tempat yang paling hebat dikenakan perang pemikiran itu. Disinilah khalifah terakhir (Sultan Abdul Hamid) umat Islam bertahan, akhirnya tumbang jua setelah rakyat Turkey dengan jayanya telah dikenakan ghazwatul fikr. Kenal Mustafa Kamal Attarturk?


kenal tak?


Kalau tanyakan kepada rakyat Turkey, beliau dikenali sebagai wira. Tapi tengok apa yang telah dibuat kepada dunia Islam;

  • melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Mana-mana wanita nak bertudung, mesti pakai skirt.
  • menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha
  • melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
  • menutup beberapa buah masjid serta mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendirikan sebuah gedung.
  • belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam.
  • membatalkan cuti hari Jumaat
  • melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki
  • menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
  • mengawasi para ulama.

Semuanya supaya umat Islam Turkey terputus langsung dari akar umbi Islam.


Begitu juga keadaan umat Islam di tempat lain. Sudah 86 tahun umat Islam tiada khalifah. Tapi berani sy katakana majority umat Islam tak sedar hakikat itu. Usaha untuk kembalikan kegemilangan Islam sangatlah samar. Kerana? Ghazwatul Fikr! Wahai umat! Bangkitlah!


Em..tapi kalau nak lawan musuh, kena kenal dulu musuh tu kan? Jom tengok siapa dia yang kita kena berhati-hati.


· Syaitan:

“Bukankah Aku telah membuat perjanjian dengan kamu wahai anak Adam supaya kamu tidak menyembah (dengan erti kata mengikut dan tunduk kepada tuntutan-tuntutannya) syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (Yasiin: 60)

· Nafsu:

" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan " (Yusuf: 53)

· Syaitan manusia: (munafik, musyrik, mutoffif, kafir)

“Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia.” (An-Naas:5-6)

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri."(Al-Maidah:82)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120)


Dah kenal musuh? Dalam konteks Ghazwatul Fikr musuh utama ialah syaitan manusia, kerana syaitan manusia ini sedang menggunakan nafsu yang ada pada diri setiap individu dan syaitan yang memang sedia ada itu untuk menyerang fikiran umat Islam. Ok. Sekarang, kita tengok pula macam mana strategi mereka untuk menyerang fikiran kita.


  • Izabah shahsiyyah (melarutkan peribadi)

  • Ifsadul akhlaq (merosak akhlaq)

Mudah saja bagi merosak akhlaq umat Islam. Hidangkan sahaja hiburan. Misinya; supaya umat Islam lali dan biasa dengan nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam asalkan gaya nampak moden dan tak ketinggalan zaman. Sehingga kini berkata-kata kesat, kekasih berpegang tangan, berzina, berpakaian tak menutup aurat, minum arak, itu semua perkara biasa.


  • Tahtimul fikrah (merosak cara fikiran)

Contohnya, kita semua telah dididik, undang-undang perlembagaan British itu terbaik buat kita. Undang-undang Islam itu tidak boleh dipakai dalam Negara berbilang kaum dan agama. Tapi sedikit pun kita tak diberitahu, bahawa Nabi Muhammad dahulu memerintah madinah yang berbilang kaum (Yahudi dan Arab) dan berbilang agama (Islam, Yahudi, dan Nasrani) menggunakan piagam Madinah.

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (An-nisa:60)

  • Al-iradah (Permurtadan)

Ha. Ini sedang giat dijalankan di tanah air kita, mahupun dimana-mana di dunia ini.


“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.” (Ali Imran:149)


Kalau tak dapat nak kristiankan umat Islam pun mereka berpuas hati. Kerana Umat Islam itu Islam luaran sahaja dan langsung tak berminat untuk mengetahui tentang agama yang mereka anuti.


Berat rasanya tajuk Ghazwatul Fikr ini. Luas. Besar. Kenyataan yang paling menyakitkan ialah betapa berjayanya kita di-brainwash. Umat Islam lebih kenal Lady Gaga dari Zainab al-Ghazali, lebih kenal Beckham dan rakan-rakan dari Dr. Abdullah Azzam dan pejuang-pejuangnya, lebih kenal Einstein dari Al-Jaafar. Sanggup bangun malam tengok bola, tapi bangun untuk tahajjud liat benar. Terlalu sibuk dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk mengetahui nasib umat Islam Palestin. Kanak-kanak hafal sudah lagu Wonderpets (sy tak kata benda ini salah k), tapi lupa terus alunan asmaul Husna.

Allah selamatkanlah umat Islam!


Umat Islam harus bersatu. Sudah-sudahlah Malaysia dan Indonesia bertelagah kerana rebutkan adat. Sudah-sudahlah perang syiah dan sunni. Akhirnya kita semua sujud pada satu qiblat yang sama juga. Mari mantapkan aqidah. Mari fahami Islam secara keseluruhan. Tingkatkan pergantungan kepada Allah. Dengannya kita akan dapat berhijrah dari lembah kehinaan kepada puncak kemuliaan, insyaAllah.


Emancipate yourselves from mental slavery;
None but ourselves can free our minds.
Have no fear for atomic energy,
cause none of them can stop the time.
How long shall they kill our prophets,
While we stand aside and look? ooh!
Some say its just a part of it:
Weve got to fulfil de book.
-Redemtion song, outlandish

2 comments:

  1. "Kanak-kanak hafal sudah lagu Wonderpets"....nasib baik saya bukan 'kanak2' =p
    nice 1 timah =D

    ReplyDelete
  2. salam,
    nice work baklawa! keep it up! ^-^ semoga berterusan istiqamah dlm beramal...

    ReplyDelete