“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Thursday, January 28, 2010

Ghazwatul Fikr

Dah hampir seminggu cuti. Kalau difikirkan, cuti memang seronok. Mungkin ada yang akan kata cuti tak seronok. Tapi sy percaya ramai yang akan kata cuti seronok. Tak perlu risau kuiz-kuiz anatomi atau histologi. Tak perlu terkejar-kejar ke kelas pagi-pagi. Duduk rumah layan movie atau series. Bahagianya~~~


Tapi awas, masa lapang itu memusnahkan remaja!


Rosaknya air kerana statik(tak bergerak). Rosaknya remaja kerana masa lapangya – pepatah Arab


Jadi isilah masa lapang sebaik-baiknya. Ingat pesan junjungan mulia; rebut masa lapang sebelum datang masa sempit.


"Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu." (HR Ibnu Abbas)


Dan jangan lupa apabila Allah bersumpah dengan masa;


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” (103:1-2)


Pernah tak terfikir, dalam banyak-banyak benda, kenapa ya Allah bersumpah dengan masa?


Kenapa eh?


KERANA MASA ITU PENTING. Jadi isilah dengan perkara bermanfaat :)


InsyaAllah baklawa akan ber-jaulah ke bumi Ghazwatul Fikr. Seronoknya~~

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami rezeki yang tak ternilai.

Hmm…. Bumi Ghazwatul Fikr. Kat mana tu ye?


TURKEY!!


Ghazwatul fikr; serangan pemikiran. Selepas kekalahan tentera salib dalam siri peperangan salib mereka, mereka mendapati umat Islam mustahil untuk dikalahkan dalam peperangan. Semakin diserang, semakin kuat pula semangat jihad mereka.


”Muslims should not be approached as people often do, by arms, but by words, not by force, but by reason, not by hatred, but by love.”- Petrus Venerabilis, pemimpin tentera salib


“Kita tak akan dapt kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini(al-Quran) -King Louis VII, pemimpin tentera salib.


Jadi mereka telah melancarkan ghazwatul fikr. Suatu peperangan, tapi amat sulit perang yang satu ini. Kerana musuhnya tak boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya boleh dilihat dengan mata hati. Kalau hati itu bersih.


Ahaha…jadi kenapa ya sy kata Turkey itu bumi ghazwatul fikr? Tempat lain pun kena serangan pemikiran juga kan? Tengok sahaja Malaysia. Rosak akhlaq muda mudi. Bukan ghazwatul fikr kah itu?


Sy gelarkan Turkey bumi Gazwatul fikr kerana disinilah antara tempat yang paling hebat dikenakan perang pemikiran itu. Disinilah khalifah terakhir (Sultan Abdul Hamid) umat Islam bertahan, akhirnya tumbang jua setelah rakyat Turkey dengan jayanya telah dikenakan ghazwatul fikr. Kenal Mustafa Kamal Attarturk?


kenal tak?


Kalau tanyakan kepada rakyat Turkey, beliau dikenali sebagai wira. Tapi tengok apa yang telah dibuat kepada dunia Islam;

  • melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Mana-mana wanita nak bertudung, mesti pakai skirt.
  • menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha
  • melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
  • menutup beberapa buah masjid serta mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendirikan sebuah gedung.
  • belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam.
  • membatalkan cuti hari Jumaat
  • melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki
  • menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
  • mengawasi para ulama.

Semuanya supaya umat Islam Turkey terputus langsung dari akar umbi Islam.


Begitu juga keadaan umat Islam di tempat lain. Sudah 86 tahun umat Islam tiada khalifah. Tapi berani sy katakana majority umat Islam tak sedar hakikat itu. Usaha untuk kembalikan kegemilangan Islam sangatlah samar. Kerana? Ghazwatul Fikr! Wahai umat! Bangkitlah!


Em..tapi kalau nak lawan musuh, kena kenal dulu musuh tu kan? Jom tengok siapa dia yang kita kena berhati-hati.


· Syaitan:

“Bukankah Aku telah membuat perjanjian dengan kamu wahai anak Adam supaya kamu tidak menyembah (dengan erti kata mengikut dan tunduk kepada tuntutan-tuntutannya) syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (Yasiin: 60)

· Nafsu:

" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan " (Yusuf: 53)

· Syaitan manusia: (munafik, musyrik, mutoffif, kafir)

“Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia.” (An-Naas:5-6)

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri."(Al-Maidah:82)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120)


Dah kenal musuh? Dalam konteks Ghazwatul Fikr musuh utama ialah syaitan manusia, kerana syaitan manusia ini sedang menggunakan nafsu yang ada pada diri setiap individu dan syaitan yang memang sedia ada itu untuk menyerang fikiran umat Islam. Ok. Sekarang, kita tengok pula macam mana strategi mereka untuk menyerang fikiran kita.


  • Izabah shahsiyyah (melarutkan peribadi)

  • Ifsadul akhlaq (merosak akhlaq)

Mudah saja bagi merosak akhlaq umat Islam. Hidangkan sahaja hiburan. Misinya; supaya umat Islam lali dan biasa dengan nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam asalkan gaya nampak moden dan tak ketinggalan zaman. Sehingga kini berkata-kata kesat, kekasih berpegang tangan, berzina, berpakaian tak menutup aurat, minum arak, itu semua perkara biasa.


  • Tahtimul fikrah (merosak cara fikiran)

Contohnya, kita semua telah dididik, undang-undang perlembagaan British itu terbaik buat kita. Undang-undang Islam itu tidak boleh dipakai dalam Negara berbilang kaum dan agama. Tapi sedikit pun kita tak diberitahu, bahawa Nabi Muhammad dahulu memerintah madinah yang berbilang kaum (Yahudi dan Arab) dan berbilang agama (Islam, Yahudi, dan Nasrani) menggunakan piagam Madinah.

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (An-nisa:60)

  • Al-iradah (Permurtadan)

Ha. Ini sedang giat dijalankan di tanah air kita, mahupun dimana-mana di dunia ini.


“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.” (Ali Imran:149)


Kalau tak dapat nak kristiankan umat Islam pun mereka berpuas hati. Kerana Umat Islam itu Islam luaran sahaja dan langsung tak berminat untuk mengetahui tentang agama yang mereka anuti.


Berat rasanya tajuk Ghazwatul Fikr ini. Luas. Besar. Kenyataan yang paling menyakitkan ialah betapa berjayanya kita di-brainwash. Umat Islam lebih kenal Lady Gaga dari Zainab al-Ghazali, lebih kenal Beckham dan rakan-rakan dari Dr. Abdullah Azzam dan pejuang-pejuangnya, lebih kenal Einstein dari Al-Jaafar. Sanggup bangun malam tengok bola, tapi bangun untuk tahajjud liat benar. Terlalu sibuk dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk mengetahui nasib umat Islam Palestin. Kanak-kanak hafal sudah lagu Wonderpets (sy tak kata benda ini salah k), tapi lupa terus alunan asmaul Husna.

Allah selamatkanlah umat Islam!


Umat Islam harus bersatu. Sudah-sudahlah Malaysia dan Indonesia bertelagah kerana rebutkan adat. Sudah-sudahlah perang syiah dan sunni. Akhirnya kita semua sujud pada satu qiblat yang sama juga. Mari mantapkan aqidah. Mari fahami Islam secara keseluruhan. Tingkatkan pergantungan kepada Allah. Dengannya kita akan dapat berhijrah dari lembah kehinaan kepada puncak kemuliaan, insyaAllah.


Emancipate yourselves from mental slavery;
None but ourselves can free our minds.
Have no fear for atomic energy,
cause none of them can stop the time.
How long shall they kill our prophets,
While we stand aside and look? ooh!
Some say its just a part of it:
Weve got to fulfil de book.
-Redemtion song, outlandish

Penentang Menjadi Pembela

Rabu
20/01/2010

majlis dibuka dengan Al-FAtihah dan dipengerusikan oleh cik Shahida Zahar..

untuk T&T, surah Al-Fussilat (41:39-54) telah dipilih..

"dan sekiranya Al-Quran Kami jadikan sebagai bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab niscaya mereka mengatakan, "mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" apakah patut (Al-Quran) dalam bahasa selain bahasa Arab sedang (rasul), orang Arab?"(41:44)
ayat ini menerangkan sebab kenapa Al-Quran menggunakan bahasa Arab.. sebab Nabi adalah seorang Arab.. tak ke pelik kalau Nabi orang Arab tapi Al-Quran menggunakan bahasa lain?? pelik, kan?

"dan apabila kami berikan nikmatkepada manusia, dia berpaling menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa" (41:51)
kena atas batang hidung sendiri.. MyEm0.Com waktu susah je cari ALLAH.. bila senang sikit je, buat-buat tak ingat..

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-quran itu adalah benar. tidak cukupkah (bagi kamu) bahwa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" (41:53)
tak payah kita susah-susah cari tanda kebesaran ALLAH.. sebab tanda-tanda kebesaran-Nya dapat dilihat pada diri kita sendiri je.. cthnya DNA.. susunan DNA yang non-coding tu ada kaitan dengan susunan ayat-ayat dalam surah Yasin.. ☺ hebat x?


kemudian, kak yana mengajukan soalan..
'kenapa start usrah dengan T&T?'
MyEm0.Com
sebabnya, kita diajar oleh Nabi Ibrahim..
Nabi Ibrahim berdoa untuk keluarga yang selalu ditinggalkan:
"ya Tuhan kami, utuslah di tengah mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan megajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka. sungguh, Engkaulan Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana" (2:129)

ALLAH memperkenankan doa Nabi Ibrahim.. tapi ALLAH edit sikit doa Nabi Ibrahim itu..
"sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui" (2:151)
ALLAH suruh manusia sucikan diri dulu (dengan amalan), baru la diajarkan kepada mereka Al-Quran..

kemudian..
kami dibentangkan pula dengan UKHWAH
ukhwah ni merupakan satu hubungan friendship yang bersatu untuk akidah Islam..
syaitan amat-amat x suke akan hubungan ini.. ukhwah ni jugak amat halus.. senang untuk syaitan cucuk jarum dia..

Maksud ukhuwah menurut imam Hasan al-Banna ialah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan akidah yakni Islam. Ukhuwah bukanlah sesuatu yang boleh diada-adakan mahupun sesuatu yang boleh diwarisi tanpa memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu. Hal ini kerana ukhuwah merupakan roh yang dihidupkan Allah dalam hati orang-orang beriman apabila Dia mengkehendaki agar mereka dekat dan bersatu. Ibn Abbas ra berkata bahawa kerabat rahim dapat diputus, dan budi dapat diingkari, tetapi jika Allah mempersatukan hati maka tidak dapat digoncangkan oleh apapun, kemudian ia membacakan maksud firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 63 seperti berikut;
…walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Mahabijaksana”
dua unsur utama dalam ukhwah ialah husnu zhon (bersangka baik) dan itsar (mengutamakan orang lain).. selemah-lemah ukhuwah ialah husnu zhon..

kali ini, tokoh yang dipilih ialah IKRAMAH..
daripada seorang yang sangat berprasangka buruk kepada Nabi, jadi seorang yang sangat menyayangi Nabi..
daripada seorang penentang menjadi seorang pembela.. MyEm0.Com

Ikramah anak kepada Abu Jahal.Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy.Sejak kecil,dia didik menjadi seorang pahlawan dan apabila besar ikhramah menjadi seorang panglima muda yg gagah berani,penunggang kuda yg handal dan banyak pengalaman berperang.
Sebelum memeluk Islam,Ikramah bin Abu Jahal amat memusuhi Nabi Muhammad SAW sama seperti ayahnya Abu Jahal.Kebencian Ikramah semakin menebal selepas ayahnya terbunuh dalam “Perang Badar”.semasa tentera Islam memasuki kota Mekah,Ikramah dan pasukan tenterannya berazam menewaskan Rasulullah tetapi Berjaya di kalahkan oleh pasukan tentera yg dipimpin oleh Khalid bin Walid.


Kerana berasa takut dibunuh oleh tentera Islam yg menakluk kota Mekah,Ikramah bin Abu Jahal melarikan diri ke yaman tetapi kedatangannya tidak di senangi oleh penduduk negeri itu.Kemudian,beliau bercadang meminta bantuan daripada raja Habsyah.Dalam pelayaran menuju ke Habsyah,kapal yg di naikinya dipukul rebut dan hamper karam.Ketika itu,Ikramah bernazar sekiranya terselamat daripada bencana itu,dia akan kembali ke Mekah menemui Nabi Muhammad.Akhirnya,dia terselamat daripada bencana itu.
Kemudian,Ikramah kembali ke Mekah lalu menemui Nabi Munhammad.Beliau tertarik melihat keperibadian Nabi Muhammad yg mulia.Rasulullah tidak membenci ataupun membalas dendam kepada Ikramah walaupun dia pernah menyatakan beliau adalah musuh utamanya.Ikramah kagum dgn keperibadian Rasulullah yg pemaaf dan pengampun.Apabila di ajak masuk Islam oleh Rasulullah,ikramah bin Abu jahal meminta tempoh hendak berfikir dahulu kerana tidak mahu dituduh masuk Islam kerana takut ataupun dipaksa.rasulullah bersetuju dgn permintaan Ikramah.

Sejak memeluk Islam,taubat memasuki segala rongga nadi dan hati Ikramah.Setiap hari dia membaca al-Quran,sembahyang dan mengerjakan ibadah lainya.Pada musim haji,Rasulullah mengangkat Ikramah menjadi ketua pemerintahan di Hawazin.Namun,Ikramah dapat merasakan kenikmatan iman di samping Rasulullah sebentar sahaja di sebabkan beliau kembali ke rahmatullah.Selepas kewafatan Rasulullah,ramai yg murtad dan mengaku menjadi nabi.Khalifah Abu Bakar melantik Ikramah memimpin pasukan tentera ke Yamamah bagi menumpaskan mereka yg enggan membayar zakat.Di sana Ikramah memperlihatkan kehebatannya dgn kemurnian iman,dgn memberikan ajaran selayaknya kepada kaum bani Hanifah.Sekembalinya dari yamamah,Ikramah meneruskan perjuangan ke MahaKhalifah Arah dan di sana juga dia member pengajaran kepada kaum murtad.Gerakan pembersihan kepada kaum murtad selesai.Kini,tiba saatnya pengembangan Islam ke daerah pemerintahan Rom dan Parsi.Sebagai seorang pejuang yg tabah , berangkatlah Ikramah ke tanah Syam bersama-sama pasukan Islam.Sebelum pasukan besar ini berangkat ke tanah Syam daerah penjajahan Rom,maka Khalifah abu Bakar keluar memeriksa pasukan itu di satu tempat perkhemahan yg bernama Jaraf.

Sewaktu Khalifah tiba di depan satu khemah besar yg di kawal lapan tentera berkuda bersenjata lengkap,maka beliau bertanya khemah apakah ini?Ternyata itu adalah milik Ikramah.Abu Bakar menawarkan bantuan yg di perlukan tetapi Ikramah menolak tawaran itu.”saya tidak memerlukan bantuan yg berupa benda,ya Khalifah.Kami sendiri sekarang memiliki ribuan dinar.Hanya kami pohonkan doa dan restu Khalifah,”kata IKramah.

Seketika itu juga,Khalifah mendoakan kebahagiaan dan kemenangan buat Ikramah dan tentera Islam.Dalam pertempuran di Yarmuk,tentera Islam berjumlah 40,000 orang bertempur dengan tentera Rom 250,000 orang.Mereka mengempur musuh dengan serbuan laksana banjir deras hingga pertahanan musuh hancur berderai.Dengan tabah,Ikramah menghadapi pedang dan tombak musuh,hingga dada dan mukanya luka parah.Melihat keadaan Ikramah dalam keadaan yg demekian,sahabat mengingatkanya,”Tawakalah kepada ALLAH ,ya Ikramah dan kasihanilah pula akan dirimu…”

Dengan tegas Ikramah menjawab,”Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza serta kuserahkan maut padanya.Maka,apakah sekarang aku tidak berani mempertaruhkan jiwaku dalam jihad membela Allah dan Rasul-Nya?”….”Tidak…demi Allah,aku tetap menyerahkan jiwa ragaku ikhlas kepada ALLAH.”Terjadilah pertempuran babak terakhir,maka pedang bersentuhan antara satu sama lain.Ikramah cedera parah dan gugur dalam pertempuran itu.begitu juga sahabatnya Haris bin Hisyam dan puteranya Umar bin Ikramah serta beberapa orang yg lain kecuali Dhirar Ibnu Azwar.Ikramah dan puteranya Umar di bawa ke markas Khalid Ibnu Walid.Alangkah sedih Khalid melihat jasad pahlawan bapa dan anak itu.Sebagai tanda cinta dan kasihnya,Khalid meletakkan kepala Ikramah di atas pahanya dan kepala Umar pada betisnya….

“Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza.Sekarang,
Aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada ALLAH”
-ikramah

sesi seterusnya:
BIDAAH by kak ayu☺
antara hadis Nabi yang berkaitan dengan bidaah ialah:
Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata:

Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita,maka ia tertolak.


bidaah berkait rapat dengan ibadah dan muamalat..
bidaah ini wajib diperangi dengan cara bijaksana dan lemah lembut..

lawan bagi bidaah ialah sunnah.. ini dijelaskan dalm hadis Nabi:
Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.


semoga apa yang dikongsikan pada kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua..
majlis ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kifarah..

sekian,
wassalam..
MyEm0.Com

Monday, January 25, 2010

Srikandi Tauladan



Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
Aku masuk ke syurga lalu terdengar sebuah suara di hadapanku. Ternyata beliau ialah Al-Ghumaisha’ bintu Milhan”[HR Bukhari]

“ Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu kekal di dalam taman-taman dan sungai-sungai di tempat yang disenangi, di sisi Yang Maha Berkuasa” [Al-Qamar: 54-55]”

Bersama orang-orang Ansar

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah mendoakan orang-orang Ansar dengan doa baginda yang sangat istimewa;

Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar dan anak orang-orang Ansar serta cucu orang-orang Ansar” [HR Bukhari dan Muslim]

Srikandi tauladan kita kali ini ialah salah seorang wanita Ansar, yang termasuk di kalangan sahabiyah yang mulia dan paling utama. Beliau menghimpunkan ilmu, kebijaksanaan, keberanian, kemurahan hati, kesucian peribadi dan keikhlasan yang tulus semata-mata bagi Allah dan RasulNya.

Jiwa wanita yang bijaksana ini telah dipenuhi dengan iman sejak pertama kali beliau mendengarnya, lalu beliau menghadirkan fenomena tersendiri yang menyaksikan kecemerlangan, kemuliaan dan kebaikan dirinya sepanjang zaman. Sahabiyah terbaik ini juga ialah ibu kepada seorang sahabat yang terbaik, yang mendapatkan kedudukan khusus di sisi Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam, iaitu Anas bin Malik. Abu Nu’aim Al-Asybahany mengungkapkan jati diri wanita ini dengan berkata, “Ummu Sulaim adalah wanita yang tunduk kepada keputusan orang yang dicintainya, yang biasa membawa tombak di dalam peperangan!”

Di kesempatan ini, marilah kita susuri nasab sahabiyah yang mulia ini, yang biografinya harum semerbak, enak didengar dan menyenangkan hati. Beliaulah Ummu Sulaim bintu Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram An-Najariyah Al-Anshariyah Al-Khazrajiyah. [Siyar Alamin-Nubala, 2/304]. Semoga mujahidah yang sabar, khusyuk, mulia, patuh beragama serta berkedudukan ini menjadi tauladan buat kita semua.

Keteguhan Iman Ummu Sulaim

Sejak hari pertama keIslamannya, Ummu Sulaim telah menyajikan keteguhan peribadi yang mengagumkan dan layak untuk diteladani. Ini menunjukkan barakah dan ketajaman akalnya, disamping iman, keikhlasan dan kebenarannya. Beliau telah memeluk Islam dan ikut berbaiat di saat suaminya ketika itu (Malik bin An-Nadhar, ayah kepada Anas bin Malik) berada di luar Madinah. Iman meresap ke dasar hatinya dan kekal terpateri di sana. Beliau mencintai Islam dengan kecintaan yang sangat mendalam, sehingga kerana itu beliau tetap teguh di hadapan suaminya yang masih musyrik. Kisah menarik ini merupakan kisah yang mengangkat martabat Ummu Sulaim dan menempatkan beliau setaraf dengan para muslimin di awal dakwah Islam di kalangan kaum Ansar. Ayuh kita ikuti kisah ini.

Sejurus selepas pengislaman Ummu Sulaim, suaminya kembali seraya memarahi beliau dengan berkata, “
Apakah engkau telah murtad?”. Ummu Sulaim lantas menjawab dengan tegas, “Aku tidak murtad, tetapi aku telah beriman dengan orang ini (Rasulullah)”. Tidak cukup dengan itu, beliau turut memimpin tangan anaknya, Anas dan mengisyaratkan Anas agar mengucapkan lafaz syahadatain. Anas akur. Malik, suami Ummu Sulaim semakin marah dengan tindakan isterinya sehingga beliau menengking dengan kasar, “Jangan kau rosakkan anakku!”. Tetapi dengan penuh kebijaksanaan Ummu Sulaim menjawab, “Sesungguhnya aku tidak merosakkannya, tetapi menunjukinya kepada kebenaran”. Dengan membawa kemarahan yang menggumpal, Malik bin An-Nadhar memulakan perjalanan ke Syam, tetapi dibunuh musuhnya di pertengahan perjalanan tersebut. Ketika berita kematian suaminya sampai ke pengetahuan Ummu Sulaim, beliau menerimanya dengan berlapang dada dan bertekad untuk memelihara Anas sebaik-baiknya. Beliau juga berjanji tidak akan berkahwin semula sehinggalah Anas membenarkannya berbuat demikian.

Sejak itu, perhatian beliau tertumpah kepada pendidikan anaknya. Beliau mengajarkan Anas tentang kecintaan kepada Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam dan Islam. Setelah Baginda Rasul tiba di Madinah sebagai muhajir, Ummu Sulaim segera mendatangi baginda dengan membawa Anas yang ketika itu masih kanak-kanak dan belum mencapai usia baligh. Beliau berkata kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:

Wahai Rasulullah, ini Unais (nama kecil Anas). Aku mendatangi engkau agar dia mengabdi kepada engkau. Maka berdoalah kepada Allah bagi dirinya” Maka, baginda bersabda, “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anaknya” (Dala’ilun-Nubuwwah, 6/194-195).

Anas mendapat bimbingan dan pengasuhan di rumah Rasulullah yang kemudiannya menghantarkan beliau kepada kedudukan mulia sebagai salah seorang sahabat terkemuka.

Ummu Sulaim benar-benar mengotakan janji yang pernah diucapkan kepada anaknya. Beliau mendidik Anas dengan sebaik-baik didikan, sehingga Anas pernah berkata, “
Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada ibuku kerana beliau telah mengasuhku dengan sangat baik” .

Mahar Yang Paling Indah

Ummu Sulaim juga tidak menerima lamaran-lamaran yang datang kepadanya sehinggalah Anas berusia cukup dewasa. Beliau kemudiannya dilamar oleh Abu Talhah Al-Anshary yang ketika mengajukan lamaran tersebut masih seorang musyrik. Ummu Sulaim dituntut untuk mempertimbangkan lamaran lelaki tersebut kerana Abu Talhah merupakan seorang yang berpengaruh di dalam masyarakat. Ketika Abu Talhah menemui beliau buat kali kedua untuk tujuan yang sama, Ummu Sulaim menjawab lamaran tersebut dengan berkata

Wahai Abu Talhah, lelaki seperti engkau tidak layak untuk ditolak. Tetapi engkau seorang kafir, sementara aku wanita Muslimah dan tidak mungkin bagiku untuk menikahi engkau

Apa yang perlu kulakukan untuk tujuan itu?” tanya Abu Talhah.

Hendaklah engkau menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam” Jawab Ummu Sulaim.

Abu Talhah segera beranjak untuk menemui Rasulullah yang ketika itu sedang duduk di tengah-tengah para sahabat. Ketika melihat kehadiran Abu Talhah, baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “
Abu Talhah mendatangi kalian, dan tanda-tanda keislaman tampak di antara kedua matanya”. Abu Talhah memberitahu Rasulullah apa yang dikatakan Ummu Sulaim. Akhirnya, Abu Talhah memeluk Islam di hadapan baginda dan para sahabat. Beliau juga bersetuju menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keIslamannya. Ummu Sulaim berkata kepada anaknya, “ Wahai Anas, bangkitlah dan nikahkanlah Abu Talhah”.

Tentang kisah pernikahan yang diberkati ini, Tsabit bin Aslam Al-Banany, salah seorang Tabi’in berkata, “
Kami tidak pernah mendengarkan mahar yang lebih indah dari maharnya Ummu Sulaim, iaitu Islam!” (Shifatush Shafwah, 2/66; Siyar A’lamin-Nubala’, 2/29).

Firasat Ummu Sulaim terhadap Abu Talhah ternyata benar, sehingga beliau meraih kebahagiaan kerana kebaikan, keikhlasan dan kemuliaan suaminya. Abu Talhah juga berhak mengecap kebahagiaan kerana pernikahannya dengan seorang wanita Mukminah yang bertakwa, Ummu Sulaim, yang kerana beliaulah, Abu Talhah keluar dari kegelapan syirik ke cahaya tauhid, Islam dan jihad. Allah kemudiannya memuliakan suami isteri ini dengan kelahiran seorang anak lelaki yang diberi nama Abu Umair.

Ternyata Allah
Subhanahu wa Taala berkehendak untuk menguji keluarga suci ini, yang sedari hari pertamanya lagi telah dibangun dengan ketakwaan. Di sinilah Ummu Sulaim tampil dengan gambaran istimewa lagi mengagumkan dari kisah-kisah sahabayiyah sezaman beliau. Beliau menghadirkan keutamaan sehingga tindakannya ini mekar sepanjang sejarah hingga Allah Subhanahu wa Taala mempusakakan dunia dan seisinya.

Suatu hari, Umair jatuh sakit dan meninggal dunia ketika Abu Thalhah pergi ke masjid. Ummu Sulaim menerima pemergian anak kecil itu dengan jiwa yang redha dan sabar seraya berucap, “
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”. Beliau membaringkan jasad anaknya di atas tempat tidurnya dan berkata kepada ahli keluarganya yang lain,”Jangan kalian sampaikan khabar ini kepada Abu Talhah berkenaan anaknya. Biar aku saja yang menyampaikan hal ini kepadanya”.

Sekembalinya dari masjid, Abu Talhah bertanyakan keadaan Umair, “
Bagaimanakah keadaan anakku?

“Dia lebih tenang dari keadaan sebelumnya” jawab Ummu Sulaim. Kemudian Ummu Sulaim menghidangkan makan malam kepada Abu Talhah dan menghiaskan dirinya secantik mungkin. Pada malam tersebut, mereka berjima’ dan setelah selesai, Ummu Sulaim mengkhabarkan kematian Umair kepada suaminya. Abu Talhah bersedih serta timbul kemarahan di hatinya. Beliau mendatangi Rasulullah dan menceritakan perlakuan isterinya. Mendengarkan kisah tersebut, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan di tengah umatku seorang wanita yang sabar seperti kesabaran wanita Bani Israel”. (As-Sirah Al-Halabiyah, 3/74)

Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam bertanya kepada Abu Talhah, “Apakah semalam kalian telah berjima’?”. “Ya”. Jawab Abu Talhah. Rasulullah mendoakan keberkahan bagi pasangan tersebut dan doa baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam ini dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Taala,. Ummu Sulaim melahirkan anak lelaki yang diberi nama Abdullah hasil dari perhubungan tersebut. Diriwayatkan, Abdullah bin Abu Talhah termasuk orang-orang yang soleh. Tanda itu jelas terlihat di wajahnya. Abayah bin Rafi’ berkata, “ Aku melihat anak itu di kemudian hari mempunyai tujuh anak lelaki yang kesemuanya hafal Al-Quran” (Ath-thabaqat, 8/334; Sifathush-Shafwah, 2/69; Dala’ilun-Nubuwwah, 6/199)

Apakah Yang Engkau Miliki Wahai Ummu Sulaim?

Ummu Sulaim radhiallahu anha sentiasa memberikan hadiah dan makanan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Allah Subhanahu wa Taala juga memuliakan beliau dan memberkati pemberiannya kepada baginda Rasul. Kisah ini dituturkan sendiri oleh Anas bin Malik ketika mengkhabarkan barakah dari kebiasaan ibunya itu. Ummu Sulaim pernah mengarahkan seorang pembantunya untuk menghantarkan makanan berupa daging kambing kepada RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam. Selesai menghantarkan pemberian tersebut, kantung kosong tersebut dikembalikan ke rumah Ummu Sulaim di saat beliau tiada di rumah. Sekembalinya ke rumah, Ummu Sulaim mendapati kantung tersebut masih penuh berisi. Lantas, beliau kembali kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk meminta kepastian.

Ummu Sulaim berkata, ”
Demi yang mengutusmu dengan kebenaran dan agama yang benar, kantung ini masih penuh berisikan makanan yang kuberikan padamu sedangkan engkau wahai Rasulullah telah menerimanya dari pembantuku”

Baginda lantas menjawab, ”
Wahai Ummu Sulaim, apakah engkau hairan kerana Allah telah memberikan makanan kepadamu sebagaimana engkau telah memberikan makanan kepada RasulNya? Makanlah dan berikanlah makanan itu kepada yang lain”. Ummu Sulaim kembali ke rumahnya dan membahagikan makanan itu di dalam sebuah mangkuk besar untuk 2000 orang sehingga ia menjadi bekalan makanan untuk tempoh sebulan atau dua bulan! (Hayatus-Sahabah, 3/635)

Anas turut menceritakan bahawa ibunya sering mengirimkan talam yang berisi kurma segar kepada baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam kerana mengetahui kesukaan Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam itu. Dalam kisah yang lain, Abu Talhah pernah memberitahu kepada Ummu Sulaim tentang keadaan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang sedang menahan lapar yang teramat sangat dengan berkata, ” Aku mendengar suara Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam melemah. Aku melihat beliau merasa lapar. Maka, apakah engkau mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepada baginda?”. Ummu Sulaim segera mengeluarkan beberapa gumpalan adunan roti dari tepung gandum dan menyuruh anaknya, Anas untuk mengirimkannya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa sallam yang sedang berada di masjid bersama dengan para sahabat. Oleh kerana ramainya para sahabat yang mengelilingi Rasulullah ketika itu, Anas merasa malu untuk menyampaikan pemberian yang sedikit itu. Menyedari kehadiran Anas, Rasulullah segera menyapanya dengan berkata, ” Adakah orang tuamu mengutusmu ke sini?”. Anas mengiyakan. Rasulullah segera bersabda kepada para sahabat untuk berangkat ke rumah Abu Talhah. Di saat itu, Abu Talhah mulai ragu kerana mereka tidak memiliki sesuatu apapun untuk dihidangkan kepada para tetamu yang ramai tetapi Ummu Sulaim mencelah, ”Percayalah, Allah dan RasulNya lebih mengetahui!

Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau miliki saat ini?” Tanya Rasulullah.

Ummu Sulaim membawakan beberapa gumpalan roti yang ingin diberikannya kepada Rasulullah sebelumnya. Baginda mendoakan barakah ke atas pemberian tersebut, maka mereka semua menikmati makanan tersebut sehingga kekenyangan, walhal bilangan para sahabat ketika itu mencecah 90 orang lelaki.
Subhanallah! (Tarikhul Islam, Adz-Zahaby, 1/357; Dala’ilun-Nubuwwah,2/532; Wafa’-ul-wafa’, 3/881-882. Diriwayatkan oleh Muttafaq Alaih. Imam Malik turut meriwayatkannya di dalam Al-Muwaththa’).

Kedermawanan dan kemurahan hati Ummu Sulaim tidak berhenti setakat di situ sahaja. Ketika Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam menikahi Zainab binti Jahsy, beliaulah yang menyediakan jamuan walimatul urus tersebut dengan menghidangkan makanan kegemaran Rasulullah sendiri. Barakah dari pemberian tersebut juga (dengan izin Allah) dapat menampung bilangan para sahabat yang ramai menghadiri majlis tersebut.

Maha suci Allah di atas segala kebaikan dan keberkatan yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang beriman!

Wanita Yang Memenuhi Hak dan Kebajikan

Ummu Sulaim radhiallahu anha termasuk di kalangan para sahabiyah utama yang bijaksana, memiliki pendapat yang lurus, kecerdikan dan firasat yang tinggi disamping berada pada akhlak-akhlak yang mulia serta menghimpun beberapa sifat yang baik dan suci. Lantaran keperibadiannya inilah, beliau sering mengajukan persoalan-persoalan berkaitan agama kepada Rasulullah.

Tentang sikap beliau ini, Ummul Mukminin Aisyah
radhiallahu anha pernah berkata, ” Sebaik-baik wanita ialah wanita-wanita Ansar. Mereka tidak merasakan malu untuk bertanya tentang masalah-masalah agama dan untuk memahaminya” (Ath-Thabaqat, 8/421).

Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam juga sering mengajarkan pelbagai masalah agama dan ibadah kepada beliau. Di antaranya seperti yang diungkapkan oleh Anas bin Malik, ”Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam mengunjungi Ummu Sulaim lalu mendirikan solat tathawu’ di rumah beliau, lalu beliau bersabda, ”Wahai Ummu Sulaim, jika engkau sudah selesai mendirikan solat wajib, maka ucapkanlah subhanallah sepuluh kali, alhamdulillah sepuluh kali dan Allahu Akbar sepuluh kali, kemudian mohonlah kepada Allah menurut apapun kehendakmu, kerana dengan demikian akan dikatakan kepadamu, ’Ya, ya,ya!’”

Dengan akhlak dan kecintaan beliau kepada Allah dan RasulNya jualah yang menghantarkan beliau kepada kedudukan yang tinggi di sisi baginda Rasul, sehingga baginda sering mengajarkan dan memberikan pengarahan secara halus dalam pelaksanaan ibadah beliau. Ibnu Sa’d menyebutkan bahawa Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bertanya, ”Mengapa Ummu Sulaim tidak menunaikan haji bersama kami pada tahun ini?”

Ummu Sulaim menjawab, ”
Wahai Nabi Allah, suamiku hanya memiliki dua ekor unta. Yang satu digunakannya untuk menunaikan haji dan satunya lagi dia tinggalkan untuk mengairi kebun kurmanya”

Maka baginda bersabda,”
Jika tiba bulan Ramadhan, maka kerjakanlah umrah, kerana umrah pada bulan tersebut setara dengan haji di bulan Zulhijjah”. Dalam hadith lain, beliau bersabda,”Umrah pada bulan Ramadhan itu akan menggantikan hajimu bersamaku”.

Keberanian dan Jihadnya

Kita telah mengenali tokoh wanita kali ini sebagai seorang wanita yang terpandang, mulia dan terhormat, termasuk golongan wanita yang terawal menerima Islam. Kita juga telah mengenalinya sebagai isteri yang solehah, ibu yang penuh kasih sayang, ahli ibadah yang taat, dermawan dan murah hati. Lalu, bagaimana pula dengan jihadnya?

Tidak dapat diragukan bahawa beliau sering terlibat dalam pelbagai peristiwa penting, malah menyertai sejumlah wanita lain yang ikut berjihad bersama Rasulullah. Ath-Thabrany mentakhrij dari Ummu Sulaim
radhiallahu anha, beliau berkata, ”Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berperang yang disertai beberapa wanita dari kalangan Ansar, lalu kami memberikan minum orang-orang yang sakit dan mengubati orang-orang yang terluka

Diriwayatkan juga dari Anas bin Malik ra, beliau berkata, "
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam pernah berperang bersama Ummu Sulaim serta beberapa wanita lain di kalangan Ansar, yang bertugas memberikan minuman dan mengubati orang-orang yang terluka.” (Ditakhrij Muslim)

Al Imam Adz-Zahaby Rahimahullah menyebutkan bahawa Ummu Sulaim
radhiallahu anha ikut bersama di dalam Perang Hunain dan Uhud, dan dia termasuk wanita yang utama. (Siyar A’lamin-Nubala’, 2/304).

Muhammad bin Sirin, seorang tabi’in mulia pernah menyebutkan bahawa Ummu Sulaim menyertai Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam di Perang Uhud padahal ketika itu beliau sedang mengandungkan anaknya, Abdullah bin Abu Thalhah. Beliau membawa bersamanya sebuah tombak pendek yang diselitkan di pinggangnya. Abu Thalhah menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk mengkhabarkan tindakan isteri beliau. Hasilnya, RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam tersenyum mendengarkan tingkah sahabiyyah terdekat tersebut. Baginda lantas bertanya kepada Ummu Sulaim tentang kegunaan tombak pendek itu dan dijawab dengan berani oleh beliau, ”Jika ada salah seorang antara orang-orang Musyrik mendekatiku, maka aku akan menikamnya dengan tanganku sendiri!”

Inilah dia salah seorang sahabiyyah yang mendapat kemuliaan jihad di sisi barisan kaum Muslimin. Semoga Allah
Subhanahu wa Taala mengurniakan balasan setimpal buat beliau.

Kerana Aku Sangat Menyayanginya!

Di antara bukti yang menunjukkan bahawa Ummu Sulaim memiliki kedudukan yang khusus dan istimewa di sisi Rasulullah boleh dinilai dari pertuturan Anas bin Malik, ”Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam tidak biasa memasuki rumah lain selain rumah Ummu Sulaim.Ketika hal ini ditanyakan kepada Baginda Rasul, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ’Kerana aku sangat menyayanginya, saudaranya terbunuh ketika bersama aku” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim).

Saudaranya yang dimaksudkan di sini ialah Haram bin Milhan, yang turut sama berjihad di medan Badar, Uhud, lalu gugur syahid fi sabilillah dalam Perang Bi’r Ma’unah pada tahun keempat setelah hijrah. Beliaulah yang mengucapkan kata-kata terkenal ”Demi Rabb Kaabah! Aku telah meraih keberuntungan yang besar” sejurus selepas beliau ditikam musuh dari arah belakang sehingga hujung tombak menembusi dadanya dan mata tombak terlihat dari arah hadapan tubuhnya. Semoga Allah redha kepadaNya seperti redhanya beliau kepada Tuhannya. (Siyar A’lamin-Nubala’, 2/307; Al-Ibtishar, hal. 36).

Rasulullah sangat sering mengunjungi Ummu Sulaim di rumah beliau, memberikan sesuatu dan mendoakan keluarga tersebut. Anas meriwayatkan hal ini dengan berkata,”
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam datang ke rumah kami, sementara yang ada di rumah hanya aku, ibuku, dan ibu saudaraku, lalu beliau bersabda, ’Bangunlah kalian, kerana aku akan solat bersama kalian. Para wanita solat di sebelah kanan baginda. Selesai solat, baginda mendoakan segala kebaikan dunia dan akhirat bagi kami” (Al-Ibtishar, hal. 39-40).

Anas juga pernah menuturkan, ”
Jika Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam lalu tidak jauh dari tempat Ummu Sulaim, maka baginda akan menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya” (Diriwayakan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Nasaei)

Maka, cukuplah kebanggaan dan kemuliaan bagi Ummu Sulaim kerana Rasulullah sendiri telah mengkhususkan kunjungan, salam, doa dan solat di rumahnya.

Nisa’ Mubasysyarat Bil Jannah!
Sahabiyah Ummu Sulaim radhiallahu anha adalah salah seorang wanita utama yang meninggalkan jejak yang abadi di dalam sejarah Islam. Al Imam An-Nawawy Rahimahullah berkata tentang dirinya, ”
Dia termasuk wanita-wanita yang utama” (Tahdzibul-Asma’, 2/363).

Beliau seorang isteri yang solehah, daie yang bijaksana dan pendidik yang utama dengan cara menyerahkan anaknya ke madrasah Nubuwwah untuk menceduk ilmu dan hikmah langsung dari sumbernya sehingga anak beliau meraih gelar dan darjat yang tinggi di sisi Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Di samping itu, Ummu Sulaim
radhiallahu anha juga seorang penghafal hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam.Beliau meriwayatkan empat belas hadis dari baginda, dua hadis Muttafaq Alaihi, satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan dua hadis diriwayatkan oleh Muslim.

Ummu Sulaim
radhiallahu anha juga mendapatkan khabar gembira sebagai salah seorang nisa’ mubasysyarat bil jannah (wanita yang dijamin syurga). Khabar ini disampaikan melalui Anas bin Malik radhiallahu anhu yang menuturkan dari sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, ”Aku masuk syurga lalu aku terdengar sebuah suara di hadapanku. Ternyata aku sedang berhadapan dengan Al-Ghumaisya’ bintu Milhan” [HR Bukhari]

Al-Ghumaisya’ dalam hadis di atas ialah Ummu Sulaim
radiallahu anha. Sesungguhnya keberuntungan yang besar bagi diri sahabiyah utama ini atas keredhaan Allah dan kecintaan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam terhadapnya.

Wallahu 'alam

credit to Hizbut Tahrir Malaysia.


Sekian sahaja kita susuri serba sedikit peribadi salah seorang srikandi terawal yang memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.Bahkan, beliau juga telah dijanjikan syurga di akhirat kelak oleh Rasulullah s.a.w sendiri.
Berdasarkan kisah yang kita soroti sebentar tadi, dapatlah kita simpulkan serba sedikit tentang peribadi mulia yang dimiliki beliau yang dapat kita jadikan panduan dan tauladan kelak, insya-Allah.

1. Memili akidah dan iman yang teguh.
Apabila diketahui oleh suaminya yang kafir bahawa dia telah memeluk Islam, Ummu Sulaim masih lagi teguh dan tetap dengan keimanannya dan tidak berganjak sedikit pun walaupun ditegah oleh suaminya.Beliau yakin, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah agama yang benar dan beliau juga ingin meniupkan berita kebenaran itu kepada anaknya, Anas bin Malik.

2. Pemilik mahar paling indah.
Ummu Sulaim dikenali sebagai wanita islam yang memiliki mahar paling indah iaitu, Islam.Suaminya, Abu Tholhah telah memeluk Islam sebagai mahar untuk mengahwini beliau.

3.Memberikan yang terbaik kepada anaknya, Anas bin Malik.
Kerana tebalnya kasih sayang beliau terhadap cahaya matanya, Anas bin Malik, dan terlalu ingin anaknya mencontohi akhlak mulia Rasulullah s.a.w, beliau telah menyerahkan Anas kepada Rasulullah s.a.w sebagai khadam agar dapat sentiasa berkhidmat kepada baginda.

4.Sabar dan berfikiran waras.
Anak itu ialah rezeki dan hanya pinjaman dari Allah swt. Menyedari hakikat itu,beliau tidak bersedih malah mampu menenangkan suaminya sewaktu pemergian anak kesayangan mereka.

Sekian, wassalam.