Nak kongsi sikit :)
Surah Ali-'Imran [3: 133-136]. Maksud:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Berapa kali Allah cerita pasal keampunan. Allah dah kata dah, Allah akan ampun kan jugak dosa kita, which relates to hadith 42:
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Sebagai manusia yang lemah, sentiasa berharap pada Dia, kadang2 kita rasa down, sedih sebab teringat dosa2 lalu. Which is good.
Tapi kadang2 bila rasa mcm dah nak putus asa ke apa sebab dosa2 tu, kita kena igt balik laa, yang Allah tu Maha Pengampun.
Kita kena husnuzhon yg Allah dah ampun kan dosa kita, lepas tu jangan ulang perbuatan kita.
Tapi, sebagai manusia, kadang2 kita terlupa, kita pun terbuat lagi dosa sama. So minta ampun lg.
Sebabnya? Sebab Allah Maha Pengampun.
Tu tanda kasih syg Allah pd kita. Kadang2 tu Allah nak uji sejauh mana kita bersungguh2 nak minta ampun tu.
Dalam banyak2 manusia kat bumi ni, berapa ramai yang Allah uji dengan cara tu, ie uji sejauh mana kesungguhan kita?
And berapa ramai pulak yg sedar ujian Allah tu sebenarnya kasih sayang Allah pada kita.
Most importantly, berapa ramai yang sedar, Allah sedang menguji kita saat tu?
Ampunan tu pulak balasan daripada Allah untuk kita, yang sentiasa sabar bila diuji.
Then.
Ada antara ciri2 org bertakwa tu:
1. Berinfak
2. Tahan marah
3. Maafkan org lain
Fuh! Memang 3 benda yang sangat-sangat-sangat susah lah kita nak buat.
Infak masa senang dan susah, tahan marah, maafkan organ.
Memang rasanya, kalau nak bandingkan solat 5 waktu dengan tahan marah tu, susah lagi nak tahan marah.
Tu sebab Allah kata, Allah sediakan syurga seluas langit dengan bumi. Tak kan tak nak syurga seluas tu. So kalau nak, kena laa buat. hehe.
Sekian, perkongsian pendek :)
Oh, alangkah seronoknya dapat beramal
(tanam dalam hati)
No comments:
Post a Comment