Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.
Warning: Ini entry panjang. Sila baca kalau rajin. Kalau tak rajin, tapi nak tau, baca gak. Kalau tak rajin dan taknak tau, sila ISK sekali lagi. Sekian.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?”
Ia berkata lagi: “Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”.
Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Ia berkata lagi: “Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”.
Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu (yang memukau); dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
Maksud [al-Israa' (17) : 61-65]
Baca sekali. Oh.
Baca dua kali. Yeah?
Baca tiga kali. Astagfirullah.
Banyak kali dah terserempak dengan ayat ni, tapi baru kali pertama nak terperasan ayat ni. Hurm2.
Tengok, lihat, amati dialog antara Sang Pencipta dengan yang dicipta berkenaan penciptaan Sang Pencipta.
Subhanallah!
Makhluk yang asalnya patuh pada perintah Pencipta, akhirnya tersungkur, jatuh gedebuk, keluar dari keindahan syurga disebabkan satu perasaan yang tidak selayaknya ada pada dia.
Apa perasaan tu?
Ya. EGO.
Ego yang mendorongnya untuk ingkar pada perintah Allah.
Ego yang mendorongnya pertikai perintah Allah.
Ego yang mendorongnya untuk mencabar Allah, rabbul 'alamin, dengan menyatakan yang dia akan mampu menyesatkan makhluk yang Dia muliakan tersebut.
Ya, ego yang dilebihkan melebihi kepatuhannya pada Pencipta.
Maka Allah pun cabar dia balik.
Kalau kita cuba hayati, tak ke maksudnya Allah percayakan kita, makhluk yang dimuliakan tu?
Allah percaya kita mampu survive bisikan, pujuk rayu dan tipu daya tu.
Allah siap suruh iblis bawa pasukan berkuda lagi. Betapa Allah percaya kita mampu melawan semua tu.
Ya, kita, hambaNya yang beriman dengan ikhlas.
Saya sangat suka baca, dengar, cerita kisah penciptaan Adam ni.
Kenapa?
Dalam kisah penciptaan Adam ni, kita diberitahu:
1- Asal kita
2- Kampung kita
3- Musuh kita
4- Dosa besar
5- Sifat Pemurah Allah
6- Allah Mendengar dan Memakbulkan permintaan
7- Pengakhiran kita
8-infiniti - banyak lagi. Hehe.
Senang cerita, daripada cerita pendek ni pun, kita boleh dapat secara ringkas kisah perjalanan hidup kita.
Kita ni, bila ada rezeki lebih, kita yang duduk kat Warsaw ni pun kalut laa nak balik Malaysia. Sebab tok nenek kita asal Malaysia. Jadilah kampung kita Malaysia.
So lepas kita jalan2 kat Warsaw ni, cari rezeki, cari ilmu, cari jodoh, jaulah sana-sini, bla3, kita pun balik laa kampung kita kat Malaysia tu.
Kenapa balik Malaysia? Kenapa tak balik Russia?
Sebab kampung kita kat Malaysia lah, bukan kat Russia.
Maka itu barulah namanya balik kampung. Kalau ke Russia tu namanya cuti2 Malaysia-Russia lah kan?
Haa. Macam tu jugak lah hakikat kampung kita.
Dah kata asal "tok nenek" kita kat syurga, so kampung kita dah semestinya kat syurga.
Lepas perjalanan kita mengembara, mestilah kita rindu kampung kan?
So lepas kita jalan2 kat bumi ni, cari rezeki, cari ilmu, cari jodoh, jaulah sana-sini, bla3, kita pun balik laa kampung kita kat syurga tu.
Kenapa balik syurga? Kenapa tak balik neraka?
Sebab kampung kita kat syurga lah, bukan kat neraka.
Maka itu barulah namanya balik kampung. Kalau ke neraka tu namanya cuti2 neraka lah kan?
Erk! Ke best pergi bercuti tu? Na'uzubillah.
Ok. Sudah.
Yang saya nak tekankan dalam entry kali ni ialah ego dan doa.
Firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi (maksudnya):
“Kibir itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.”
[HR Abu Daud]
Haa. Apa Allah bagitahu?
Kibir dan keagungan tu milik mutlak Allah.
Maksudnya, makhluk semua tak boleh ada sifat-sifat ni.
Kalau dah kata semua makhluk, maksudnya termasuklah kita, manusia robot yang dah ter-overdose virus wahnism ni, yang sekadar buih-buih di lautan je ni.
Apa itu kibir?
Kibir, kalau dalam bahasa Melayu klasiknya bermaksud sombong. Kalau dalam bahasa Melayu modernnya bermaksud ego.
So nak kata Allah ego laa ni?
Erk! Macam ni, wajib bagi kita untuk beriman dengan sifat-sifat kesempurnaan Allah.
Tapi kita kena ingat, Allah itu TUHAN, PENCIPTA, GOD. Dan kita pula adalah MAKHLUK.
Wajib bagi kita untuk beriman yang sesungguhnya segala sifat yang ada pada Allah, tak sama dengan sifat yang ada pada manusia.
Semua sifat yang ada pada Allah, tak dapat kita bayangkan atau fahami.
Sifat pemurah manusia tak sama dengan sifat Pemurah Allah.
Sifat ego manusia tak sama dengan sifat ego Allah.
That's why He's GOD.
Ok. Now.
Tak perlu rasanya saya senaraikan sifat-sifat ego manusia tu macam mana.
Tapi kalau degil jugak nak baca, nah pergi baca kat sini.
Kita ni, dah kata pun manusia. Pulak tu dah terkena virus wahnism, maka tak terlepaslah kita daripada rasa ego ni.
Kenapa? Sebab ego ni adalah salah satu component yang terdapat dalam pakage wahnism.
Bukti?
Bila kita berjaya baca buku berdarjat tinggi, kita pun mulalah "Wah, aku dah semakin hebat". Sedangkan yang patut kita rasa "Ya Allah. Sikit betul ilmu aku rupanya. Kena usaha lebih ni".
Bila kita lulus exam Physiology yang gila susah tahap tak ingat, kita pun mulalah "See, betapa bijaknya aku". Ya, still namanya ego walaupun kita tak cakap kuat2 ye.
Bila kita dah rasa kita hebat, maka kita pun mulalah tak nak terima pandagan orang, nasihat orang. Orang tegur sikit kita mula melenting.
Bila kita dah rasa kita hebat, maka kita pun mulalah berdebat tentang perkara-perkara kecil yang kita pun tahu tak perlu didebatkan. Sedangkan selama ni, kita sibuk pesan sana-sini jangan berdebat tentang perkara-perkara kecil, lagi-lagi yang tak menambahkan iman pun.
Bila kita dah rasa kita hebat, kita pun mula lupakan perkara-perkara yang pernah kita ingatkan orang lain tentangnya. Hilang segala husnuzhon, itsar, menjaga hak dan banyak lagi.
Bila kita dah rasa kita hebat, ahh! Manusia memang mudah lupa!
Kita memang perasan hebat!
Kita memang ego! Sedarlah bahawa kita dah parah!
Pergi telan ubat interferon cepat2!
Jangan. Jangan wahai diri. Jangan wahai sahabat.
Jangan ada walau sedikit perasaan ego dalam diri.
Bukan milik kita tu. Kita tak layak untuk ada perasaan tu.
Nak ke kita, ikut jejak langkah iblis?
Kan Allah dah pesan, dalam al-Baqarah ayat 208.
Allah dah pesan jangan ikut langkah syaitan.
Kenapa kita nak ikut jugak?
Kenapa nak cari jugak kemurkaan Allah?
Tak nak balik kampung ke?
Beli tiket KLM mahal2, lepas tu, tak nak balik pulak. Apa cer?
"Tapi saya manusia biasa, biasalah kalau ter-slipped dan ter-ego ni"
Ya kawan, kita manusia biasa. Tak siapa pun suruh kita jadi alien luar biasa.
Jadi sekarang bila kita dah tersedar yang kita ni dah ter-acquired component kibir dalam pakage wahnism ni, apa kita boleh buat?
Ya, satu je pun yang kita boleh buat, kembali kan kepada yang selayaknya.
Istighfar, mohon ampun.
Doa supaya Allah jauhkan kita daripada sifat tu.
Berazam dengan tekad, untuk nak tepis, tangkis, elak sehabis kemampuan kita daripada termasukkan sikap tu lagi dalam diri kita.
Mungkin Allah tengah menguji kita. Maka haruslah kita bersabar.
Mohon ampun kerana Allah itu Maha Pengampun.
Berdoa supaya Allah terima taubat kita, sebab Allah sentiasa Mendengar doa kita. Allah tak pernah kecewakan hamba-hamba-Nya yang berdoa.
"Tapi kalau kita dah rampas hak Allah ni, nak ke Allah dengar doa kita?"
Ok. Jom tengok kisah yang sama, tapi dalam surah lain pulak.
Dalam surah al-A'raf, ayat 11-18, ada Allah ceritakan cerita sama, tapi dari sudut yang berbeza.
Aahh. Ni bestnya surat cinta dari Allah ni.
Kadang-kadang kita nampak berulang je cerita sama dalam Quran ni.
Tapi sebenarnya, betul, Allah ceritakan kisah yang sama, tapi dari sudut yang berbeza, dalam keadaan yang berbeza.
Ok. Dalam surah al-A'raf ni, Allah ada ceritakan yang iblis minta penangguhan.
Gila best. Dah takabbur, pertikai, cabar, lagi mau meminta pada Allah. Ye la, kat siapa lagi dia nak minta kan. Ok, jom tengok terjemah ayat ni.
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.
Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.
Apa Allah jawab kat dia?
Allah bagi tempoh kan?
Allah tunaikan gak permintaan dia, walaupun dia dah rampas sifat kibir Allah tu.
Haa. See.
So kita pun, berdoalah supaya Allah ampunkan kita, bersihkan hati kita daripada semualah sifat-sifat mazmumah, jahiliyyah segala.
Allah akan ampunkan kita. Sentiasalah ber-husnuzhon dengan Allah.
Tak percaya lagi Allah tu Maha Pengampun?
Haa. Pergi baca post sebelum ni. Hehe.
So, apalagi, jom basmi sikap ego dalam diri kita! Kata nak jadi muslim A++ :D
Wallahu'alam.
Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan mampu
menjulang setinggi gunung.
ps: Mari introspeksi, muhasabah, check kesihatan hati kita.
No comments:
Post a Comment