“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Friday, November 26, 2010

Nafas baru

Salam 'alaikum. Salam buat semua :)

Bismillah.

Bangun pagi, buka mata. Apa yang menjengah mata kita?
Gelap?
Dunia penuh warna-warni?
Ok, kalau bangun pagi tu, nampak dunia warna-warni tu ada beberapa maksud. 1- bangun lambat, matahari dah naik. 2- Untuk ber-husn al-zhon, mungkin lampu lupa tutup masa tidur malam tadi. hehe.
Tapi yang paling penting untuk kita consider, itu tandanya mata masih boleh melihat. Photoreceptors masih berfungsi dengan cemerlang. Bayangkan kita bangun pagi2, kelabu je. Satu warna pun kita tak boleh nak bezakan. Betapa besarnya nikmat Allah, sampaikan cell kecik2 dalam mata tu pun mainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita.
Tapi still, kita guna mata kita ni untuk apa? Adakah kita gunakan mata kita ni sepenuhnya untuk Allah? Kata dah devote hidup sepenuhnya untuk Allah. Islam = menyerah diri.
So mata kita, kita serah ke pada Allah? Tunduk ke pandangan kita bila kita ternampak sesuatu yang tak sepatutnya? Tunduk ke pandangan kita bila ternampak jejaka2 poland yang kacak *ehem2*?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? <= sila sematkan ayat ni betul2 dalam hati setiap kita.

Ada seorang sahabat cakap kat saya.
"Cikgu sekian2 bila mengajar laju sangat sampai suara dia blend in dengan background noise. So memerlukan focus yang sangat tinggi untuk extract information tu."

Hurm. Bila sesuatu tu, frequency dia sama dengan yang lain, susah nak extract. Bila Islam itu, kita amalkan selari, se-level dengan jahiliyyah tu, maka tak dapatlah nak di-extract or even dilihat kehebatan yang ada pada Islam tu. Setuju?

So then, kalau kita, yang kita claim diri kita sebagai muslim dengan nama 'm' kecik, yang kita claim hidup kita devoted utk Allah semata-mata, yang kita claim pembawa risalah ni, tapi bergerak sama level dengan jahiliyyah, di mana kekuatan kita? Dimana kelebihan kita?

Ok fine, boleh kita kata Allah tak lihat pada natijah, Allah lihat pada usaha. So usaha kita, even feeble macam mana pun, Allah kira. Semoga Allah pandang perbuatan kita. Benar.
Tapi cuba kita fikir, adakah feeble attempt kita tu, yang terbaik kita boleh buat?
Kalau kita kata kita buat sesuatu tu kerana Allah, kenapa kita tak nak buat sehabis baik, sampai pengsan, sampai tak larat, sampai apa2 je lah?
Kalau kita terus-terus bergerak sama level dengan jahiliyyah, takut nanti kita pulak yang blend in dengan jahiliyyah, maka jadilah kita manusia robot, yang terkena virus apa? Virus wahnism. Pandaiii.

"Kenapa eh, pergerakan kita sama level dengan jahiliyyah?"
Haa. Kenapa?
Cuba kita muhasabah diri. Adakah masih ada sisa2 jahiliyyah yang masih berkarat dalam hati kita?

So jom kita bergerak dengan frequency dan amplitude yang lagi tinggi daripada jahiliyyah, dalam setiap aspek kehidupan kita. Dan menolak segala bentuk jahiliyyah, mengikis karat2 jahiliyyah dalam diri kita. Susun2 strategi. Kebenaran yang tidak tersusun itu dengan senang boleh dikalahkan oleh jahiliyyah yang teratur.


Kita orang beriman, bukan orang biasa. Kita luar biasa!

No comments:

Post a Comment