Matahari menyinari pagi kami.
Tatkala kami berkumpul, berkongsi ilmu.
Puji-pujian bagiMu ya Allah,
atas nikmat tak terhingga!
Pagi lagi, Kak Yana dan Kak Ayu dah sampai kat rumah kami, Baklava Domu. (hehe)
Jazakumullah khair kpd Kak Yana dan Kak Ayu kerana sudi meredah kesejukan pagi Februari di bumi Allah, Warsaw ni demi berkongsi ilmu kurniaan Allah bersama kami. Memberi minum kepada kami yang kehausan. Fitrah manusia, sentisa mencari-mencari. Mencari kebenaran, berusaha ke arah kebenaran, kadang2 tergelincir gak. Kadang2 sedar atau tak, ada je silap yang kita buat. Fitrah manusia gak buat silap tu. Lepas buat silap kena buat apa? Sabda Baginda (SAW):
"Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat." [HR Tirmidhi]
Perkara ni ada Allah tunjukkan melalui kisah Nabi Adam dan Siti Hawa dalam banyak surah di dalam al-Quran. Antara surah-surah yg mengandungi kisah asal-usul kejadian manusia ni ialah surah al-A'raf, ayat 11-25, yg menjadi pilihan kami bagi sesi TnT pada usrah kami kali ni.
Kenapa saya pilih surah al-A'raf, ayat 1-25?
- ayat ni menceritakan kisah penciptaan manusia. Kalau kita nak kenal diri kita, kita kena lah tau asal-usul kita. Bila kita kenal diri kita, baru kita boleh kenal kelemahan kita dan perbaiki kelemahan kita tu. Bila kita kenal diri kita, barulah kita boleh kenal siapa musuh kita.
- siapa musuh kita? Nak kenal musuh kita? haa. 'Stay tuned'...
- menunjukkan semua manusia pun buat silap. Lepas buat silap, terus bertaubat, macam yang Nabi Adam buat. jadi tak ada alasan "ala, dosa dah berbakul-berbakul, taubat pun tak guna" atau "dah alang-alang banyak dosa, baik buat lagi. tambah lagi sikit apa la salahnya".
- "habis tu lepas buat silap nak buat mcm mana?" Macam yg Nabi Adam buat, minta ampun daripada Allah.

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
nak ke jadi golongan orang-orang yang rugi kat akhirat nanti?
- kadang2 kita terfikir, Nabi Adam dgn iblis, dua2 pun makhluk Allah. Dua2 pun sujud da berzikir pada Allah. Dua2 pun takut Allah. Hah, tak percaya iblis pun sujud dan takut Allah? Jom buka tafsir.

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; [al-Israa' (17) : 44]
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; [an-Nahl (16) : 49]
Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”. [al-Anfal (8) : 48]

Ok. Setuju? Lalu kita pun terfikir. Kalau macam tu, kenapa bila Nabi Adam buat silap, Allah bagi peluang untuk masuk syurga balik, tapi masa iblis buat silap Allah terus tetapkan iblis masuk neraka. Kenapa hukuman yang Allah bagi berbeza, sedangkan Allah itu Maha Adil? Berlaku 'double-standard'? Sudah tentu TIDAK!. Hukuman berbeza sebab nilai kesilapan tu berbeza. Nabi Adam lepas buat silap, terus mohon ampun, sedangkan iblis buat silap, tak minta ampun pun. Dah la mempersoal perintah Allah (ie sujud kpd Adam), takabbur, lepas tu tak nak mohon ampun. Tak nak bertaubat. Siap bersumpah nak sesat kan makhluk Allah lain (ie anak cucu Adam). Astaghfirullah.
"Tidak masuk ke syurga seseorang itu walau ada sebesar zarah sifat takabbur" [HR Muslim]
errr. Takabbur tu apa? Akan saya terangkan selepas ni, insyaAllah.
- kita ni semua adalah pengembara kat bumi Allah ni. Ya ke? Siapa cakap? Rasulullah (SAW) cakap. Dalam hadith riwayat Imam Bukhari. Imam as-Syahid Hassan al-Banna pun cakap gak. Jadi kalau dah kata pun mengembara, satu hari nanti mesti kita nak balik rumah kita kan? Mana rumah kita? Lucka? hehe. Itu rumah duniawi. Rumah ukhrawi? Haa. Syurga laa. Sebab Nabi Adam asal dari syurga. Maknanya asal manusia ialah dari syurga. Jadi akhirnya kita mestilah nak masuk syurga kan. Baru la balik rumah namanya. Tapi kalau kita masuk neraka (na'uzubillah) tu namanya sesat. Tak balik rumah. Kan2?
Ok. Cukup setakat ni tentang TnT. Pengisian usrah kali ni, oleh Kak Yana ialah tentang surah yang terakhir dalam susunan al-Quran, surah an-Nas. Kak Yana cakap dia suka pilih surah2 lazim. Surah2 yang kita hafal, tapi maksud tak faham2 pun (bukan semua orang, mungkin bukan anda, atau mungkin saya sorang, atau mungkin, ahh! sambung cerita)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada Tuhannya manusia.
Raja manusia,
Sembahan manusia,
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi,
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
dari kalangan jin dan manusia”.
Asbabul nuzul surah an-Nas [HR Bukhari]:
- Rasulullah (SAW) sakit, sampai seakan-akan Baginda berbuat sesuatu sedangkan Baginda tidak melakukannya.
- Satu hari datang dua lelaki kepada Rasulullah, satu duduk di kepala Baginda, satu duduk di kaki Baginda.
- Dua orang lelaki tu bersembang (tentang keadaan Rasulullah)
- Mereka dapati Rasulullah disihir dan memberitahu Baginda apa yg patut Baginda lakukan.
- Lalu Allah menurunkan dua surah, iaitu surah al-Falaq dan surah an-Nas.
- Apabila Baginda baca dua2 surah tu, terputuslah ikatan sihir tersebut.
Ada tiga perkara penting yang terdapat dalam surah ni.
Dalam surah ni, Allah ada beritahu kita bahawa syaitan tu sentiasa bisik2 dgn kita. Bisik gosip2 ke? Ok. Cuba kita tgk balik tafsiran surah ni. Allah bagi tahu kita syaitan melemparkan bisikan dan hasutan. Maknanya?
Maknanya, syaitan ni dia bisik je ajak kita buat jahat. Lepas tu dia biar kita terkapai-kapai buat dosa sorang2, atau beramai2 dengan kawan2. Tak percaya? Tengok balik tafsiran surah al-Anfal ayat 48 tu. Selain dari tu, Allah ada gak bagitau kita siapa syaitan ni:

"sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [al-Baqarah (2) : 208]
Jadi, kita dah tau siapa musuh kita sekarang. Kenapa kita perlu kena musuh kita ni?
Supaya kita boleh selamatkan diri kita daripada hasutan dan bisikan dia tu la. Sebab syaitan ni adalah satu makhluk Allah yang tak pernah berputus asa untuk menyesatkan kita (ie anak cucu Adam). Habis tu, macam mana nak selamatkan diri kita?
Kak Yana pun meneruskan usrah kami dengan rujukan daripada buku 'Apa erti saya memeluk Islam' oleh Fathi Yakan.
Bab 5: Saya mestilah dapat menguasai diri.
- Bersihkan diri daripada bisikan syaitan.
- Kita mesti dapat bertarung dengan diri kita sendiri.
- Terdapat 3 golongan manusia yang bertarung dengan nafsu:
1. Tunduk pada nafsu :

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? [al-Jathiyah (45) : 23]
2. 'on/off' :
Mereka buat dosa, tapi cepat2 bertaubat bila sedar dosa dia dah buat dosa.

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka" [Ali Imran (3) : 135]
3. Tidak tunduk pada nafsu :
"Manusia seperti kamu" kata iblis kepada Nabi Allah Yahya bin Zakaria.
Iaitu mereka yang terpelihara daripada membuat kejahatan dan dosa.
Kekuatan apa yg kita ada dalam memerangi nafsu ni?
1. Hati. Kata Saidina Ali "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati-hati. Maka hati yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah hati yang lembut, bersih dan cekal."
2. Akal. Firman Allah "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu." [al-Fatir (35) : 28]
Bila dah tau siapa musuh kita, apa pandangan musuh kita terhadap kita, dan apa kekuatan kita dalam memerangi nafsu ni, kita kena la tau pula cara-cara musuh kita nak goda2 kita yang lemah ni kan. Seorang solihin merumuskan bahawa syaitan menghasut manusia melalui 10 cara:
1. Tamak dan buruk sangka.
Ubatnya? Husnuzon.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;" [al-Hujurat (49) : 12]
2. Cinta dunia dan panjang angan2. (Wahan la tu maknanya kan)
3. Suka sangat berehat-rehat, bermewah-mewah. Berehat yg berlebihan ya maksud kat sini. Berehat ikut nafsu. Kalau berehat kejap2 tu tak apa la kan.
Ubatnya? Yakinkan diri nikmat tu mesti hilangnya. Tak ada benda yang kekal.
4. 'Ujub. 'Ujub tu apa? 'Ujub tu ialah kagum terhadap diri sendiri. Atau dalam bahasa Melayunya masuk bakul angkat sendiri. Tak semestinya puji depan orang. Rasa diri macam 'best' pun 'ujub gak. Bukan riak ya. Selalu je orang tertukar-tukar 'ujub dengan riak ni.
Ubatnya? Hadirkan dalam diri rasa terhutang budi kpd Allah.
5. Pandang rendah + tak hormat orang. Bukan setakat orang tua2 je kita kena hormat. Budaya kita selalu macam tu. Orang tua2 je kita hormat, budak kecik kita ketuk2 je. Tak boleh. Tak kira siapa pun, dia tetap ada hak. Hak sebagai saudara muslim, hak sebagai manusia. Kan2?
6. Dengki dan hasad. "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar" [HR Abu Dawud]
Ubatnya? Qanaah (berpada) dan redha dengan kurniaan Allah.
7. Riak. Haa. Yang ni baru riak. Apa beza riak dgn 'ujub tadi? Riak ni bila suka sangat orang puji kita. Memang la semua orang pun ada je perasaan seronok bila kena puji, tapi ni memang dia saja2 minta puji bila buat sesuatu. Tak la suruh orang puji, tapi dalam hati dia, dia tau la kan dia minta puji sebenarnya. Bagi sumbangan rumah utk buat institusi anak yatim baik dah. Tapi bila bagi kunci, kunci pun lagi besar daripada ketua murid institusi tu. Macam la muat kunci tu nak masuk dalam lubang kat pintu tu. Ni contoh je la kan.
Ubatnya? Ikhlas. Kerana Allah tidak memandang amal yang banyak, tapi Allah memandang amal yang ikhlas, sedangkan ikhlas tu adalah rahsia Allah. Kena belajar ilmu ikhlas ni!
8.Bakhil. Atau nama lainnya kedekut. Kedekut harta, kedekut ilmu, kedekut tenaga, kedekut kasih sayang, macam2 lagi la.
Ubatnya? Kita kena sedar yang semua yg ada pada makhluk akan binasa, yg kekal cuma apa yg disisi Allah. Contohnya macam amal ke, sedekah ke. Kalau kawan minta tolong, tolong je la. Kan ke setinggi-tinggi ukhwah tu dgn itsar.
9. Takabbur. Dah takabbur pula. Tadi 'ujub, pastu riak, sekarang takabbur pula. Tiga2 tak sama maksud dia. Kita je suka 'generalise' dia. Takabbur ni asal daripada perkataan 'besar'. Jadi maksudnya membesarkan diri.
Ubatnya? Tawadhu'
10. Tamak haloba.
Ubatnya? Percaya Allah yg akan bagi ganjaran dan tak harapkan pun ganjaran daripada manusia.
Last but not least, kita da tau semua2 tu, benda yg penting juga untuk kita tau ialah KUBU PERTAHANAN!
1. Jangan makan sampai terlalu kenyang.
Walaupun makanan tu halalan tayyiban, tak bermakna kita boleh melantak makan ikut nafsu perut lembu yang ada omasum dan abomasum. Makan setakat mana keperluan kita. Tapi bukan la sampai tak makan langung kan. Nak lagi best, makan berjemaah.
Erkk! Apa kaitannya dengan musuh kita? Haa. Mula2 pun saya terfikir macam tu. Tapi bila dikemukakan dengan hadith ni, saya pun faham.

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan". [HR Ahmad]
Haa. Makan la lagi ikut nafsu! (sarcastically. jangan ikut)
2. Baca Quran, zikir, ingat Allah, mohon ampun.

"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya".[HR Ibnu Abi Dunya]
3. Tidak tergopoh-gapah.
"Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah".
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). [al-A'raf (7) : 201].
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. [al-Israa' (17) : 64]

Setelah itu, usrah kami diteruskan oleh kisah Abu Hurairah oleh Nina.
Kenal Abu Hurairah? Haa. Kalau nak kenal, rajin2 kan membaca ya. (maaf. post da 'overdose').
Oleh itu kawan2, berusahalah kita ke arah kebaikan. InsyaAllah.
Untuk bacaan lanjut :
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp?fname=Part1_Chapter5
http://ikatanpelajarislampoland.blogspot.com/2009/05/sape-lagi-bagus-awak-ke-saya.html
http://genta-marhaban.blogspot.com/2009/10/kisah-abu-hurairah-ra-mengawal-gudang.html
http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg06266.html
Wallahu'alam.
Shift your paradigm, liberate your mind!

nota kaki: Post ni ditulis berdasarkan fahaman penulis yang naif lagi fakir ilmu Allah. Jika ada apa2 kesalahan, maaf didahulukan. Mohon perbetulkan. Sesungguhnya segala yang baik datang daripada Allah.
Shift your paradigm, liberate your mind!
No comments:
Post a Comment