“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Friday, February 26, 2010

kisah pagi 21.02.2010

..salam for all..cześć!

Matahari menyinari pagi kami.
Tatkala kami berkumpul, berkongsi ilmu.
Puji-pujian bagiMu ya Allah,
atas nikmat tak terhingga!


Pagi lagi, Kak Yana dan Kak Ayu dah sampai kat rumah kami, Baklava Do
mu. (hehe)
Jazakumullah khair kpd Kak Yana dan Kak Ayu kerana sudi meredah kesejukan pagi Februari di bumi Allah, Warsaw ni demi berkongsi ilmu kurniaan Allah bersama kami. Memberi minum kepada kami yang kehausan. Fitrah manusia, sentisa mencari-mencari. Mencari kebenaran, berusaha ke arah kebenaran, kadang2 tergelincir gak. Kadang2 sedar atau tak, ada je silap yang kita buat. Fitrah manusia gak buat silap tu. Lepas buat silap kena buat apa? Sabda Baginda (SAW):

"Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat." [HR Tirmidhi]

Perkara ni ada Allah tunjukkan melalui kisah Nabi Adam dan Siti Hawa dalam banyak surah di dalam al-Quran. Antara surah-surah yg mengandungi kisah asal-usul kejadian manusia ni ialah surah al-A'raf, ayat 11-25, yg menjadi pilihan kami bagi sesi TnT pada usrah kami kali ni.

Kenapa saya pilih surah al-A'raf, ayat 1-25?
- ayat ni menceritakan kisah penciptaan manusia. Kalau kita nak kenal diri kita, kita kena lah tau asal-usul kita. Bila kita kenal diri kita, baru kita boleh kenal kelemahan kita dan perbaiki kelemahan kita tu. Bila kita kenal diri kita, barulah kita boleh kenal siapa musuh kita.

- siapa musuh kita? Nak kenal musuh kita? haa. 'Stay tuned'...

- menunjukkan semua manusia pun buat silap. Lepas buat silap, terus bertaubat, macam yang Nabi Adam buat. jadi tak ada alasan "ala, dosa dah berbakul-berbakul, taubat pun tak guna" atau "dah alang-alang banyak dosa, baik buat lagi. tambah lagi sikit apa la salahnya".

- "habis tu lepas buat silap nak buat mcm mana?" Macam yg Nabi Adam buat, minta ampun daripada Allah.
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

nak ke jadi golongan orang-orang yang rugi kat akhirat nanti?

- kadang2 kita terfikir, Nabi Adam dgn iblis, dua2 pun makhluk Allah. Dua2 pun sujud da berzikir pada Allah. Dua2 pun takut Allah. Hah, tak percaya iblis pun sujud dan takut Allah? Jom buka tafsir.
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; [al-Israa' (17) : 44]

Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; [an-Nahl (16) : 49]

Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”. [al-Anfal (8) : 48]

Ok. Setuju? Lalu kita pun terfikir. Kalau macam tu, kenapa bila Nabi Adam buat silap, Allah bagi peluang untuk masuk syurga balik, tapi masa iblis buat silap Allah terus tetapkan iblis masuk neraka. Kenapa hukuman yang Allah bagi berbeza, sedangkan Allah itu Maha Adil? Berlaku 'double-standard'? Sudah tentu TIDAK!. Hukuman berbeza sebab nilai kesilapan tu berbeza. Nabi Adam lepas buat silap, terus mohon ampun, sedangkan iblis buat silap, tak minta ampun pun. Dah la mempersoal perintah Allah (ie sujud kpd Adam), takabbur, lepas tu tak nak mohon ampun. Tak nak bertaubat. Siap bersumpah nak sesat kan makhluk Allah lain (ie anak cucu Adam). Astaghfirullah.
"Tidak masuk ke syurga seseorang itu walau ada sebesar zarah sifat takabbur" [HR Muslim]

errr. Takabbur tu apa? Akan saya terangkan selepas ni, insyaAllah.

- kita ni semua adalah pengembara kat bumi Allah ni. Ya ke? Siapa cakap? Rasulullah (SAW) cakap. Dalam hadith riwayat Imam Bukhari. Imam as-Syahid Hassan al-Banna pun cakap gak. Jadi kalau dah kata pun mengembara, satu hari nanti mesti kita nak balik rumah kita kan? Mana rumah kita? Lucka? hehe. Itu rumah duniawi. Rumah ukhrawi? Haa. Syurga laa. Sebab Nabi Adam asal dari syurga. Maknanya asal manusia ialah dari syurga. Jadi akhirnya kita mestilah nak masuk syurga kan. Baru la balik rumah namanya. Tapi kalau kita masuk neraka (na'uzubillah) tu namanya sesat. Tak balik rumah. Kan2?


Ok. Cukup setakat ni tentang TnT. Pengisian usrah kali ni, oleh Kak Yana ialah tentang surah yang terakhir dalam susunan al-Quran, surah an-Nas. Kak Yana cakap dia suka pilih surah2 lazim. Surah2 yang kita hafal, tapi maksud tak faham2 pun (bukan semua orang, mungkin bukan anda, atau mungkin saya sorang, atau mungkin, ahh! sambung cerita)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada Tuhannya manusia.
Raja manusia,
Sembahan manusia,

Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi,
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dala
m hati manusia,
dari kalangan jin dan manusia”.


Asbabul nuzul surah an-Nas [HR Bukhari]:
- Rasulullah (SAW) sakit, sampai seakan-akan Baginda berbuat sesuatu sedangkan Baginda tidak melakukannya.
- Satu hari datang dua lelaki kepada Rasulullah, satu duduk di kepala Baginda, satu duduk di kaki Baginda.
- Dua orang lelaki tu bersembang (tentang keadaan Rasulullah)
- Mereka dapati Rasulullah disihir dan memberitahu Baginda apa yg patut Baginda lakukan.
- Lalu Allah menurunkan dua surah, iaitu surah al-Falaq dan surah an-Nas.
- Apabila Baginda baca dua2 surah tu, terputuslah ikatan sihir tersebut.

Ada tiga perkara penting yang terdapat dalam surah ni.

Dalam surah ni, Allah ada beritahu kita bahawa syaitan tu sentiasa bisik2 dgn kita. Bisik gosip2 ke? Ok. Cuba kita tgk balik tafsiran surah ni. Allah bagi tahu kita syaitan melemparkan bisikan dan hasutan. Maknanya?
Maknanya, syaitan ni dia bisik je ajak kita buat jahat. Lepas tu dia biar kita terkapai-kapai buat dosa sorang2, atau beramai2 dengan kawan2. Tak percaya? Tengok balik tafsiran surah al-Anfal ayat 48 tu. Selain dari tu, Allah ada gak bagitau kita siapa syaitan ni:

"sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [al-Baqarah (2) : 208]

Jadi, kita dah tau siapa musuh kita sekarang. Kenapa kita perlu kena musuh kita ni?
Supaya kita boleh selamatkan diri kita daripada hasutan dan bisikan dia tu la. Sebab syaitan ni adalah satu makhluk Allah yang tak pernah berputus asa untuk menyesatkan kita (ie anak cucu Adam). Habis tu, macam mana nak selamatkan diri kita?

Kak Yana pun meneruskan usrah kami dengan rujukan daripada buku 'Apa erti saya memeluk Islam' oleh Fathi Yakan.
Bab 5: Saya mestilah dapat menguasai diri.

- Bersihkan diri daripada bisikan syaitan.
- Kita mesti dapat bertarung dengan diri kita sendiri.
- Terdapat 3 golongan manusia yang bertarung dengan nafsu:

1. Tunduk pada nafsu :
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? [al-Jathiyah (45) : 23]

2. 'on/off' :
Mereka buat dosa, tapi cepat2 bertaubat bila sedar dosa dia dah buat dosa.
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka" [Ali Imran (3) : 135]

3. Tidak tunduk pada nafsu :
"Manusia seperti kamu" kata iblis kepada Nabi Allah Yahya bin Zakaria.
Iaitu mereka yang terpelihara daripada membuat kejahatan dan dosa.

Kekuatan apa yg kita ada dalam memerangi nafsu ni?
1. Hati. Kata Saidina Ali "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati-hati. Maka hati yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah hati yang lembut, bersih dan cekal."

2. Akal. Firman Allah "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu." [al-Fatir (35) : 28]

Bila dah tau siapa musuh kita, apa pandangan musuh kita terhadap kita, dan apa kekuatan kita dalam memerangi nafsu ni, kita kena la tau pula cara-cara musuh kita nak goda2 kita yang lemah ni kan. Seorang solihin merumuskan bahawa syaitan menghasut manusia melalui 10 cara:

1. Tamak dan buruk sangka.
Ubatnya? Husnuzon.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;" [al-Hujurat (49) : 12]

2. Cinta dunia dan panjang angan2. (Wahan la tu maknanya kan)

3. Suka sangat berehat-rehat, bermewah-mewah. Berehat yg berlebihan ya maksud kat sini. Berehat ikut nafsu. Kalau berehat kejap2 tu tak apa la kan.
Ubatnya? Yakinkan diri nikmat tu mesti hilangnya. Tak ada benda yang kekal.

4. 'Ujub. 'Ujub tu apa? 'Ujub tu ialah kagum terhadap diri sendiri. Atau dalam bahasa Melayunya masuk bakul angkat sendiri. Tak semestinya puji depan orang. Rasa diri macam 'best' pun 'ujub gak. Bukan riak ya. Selalu je orang tertukar-tukar 'ujub dengan riak ni.
Ubatnya? Hadirkan dalam diri rasa terhutang budi kpd Allah.

5. Pandang rendah + tak hormat orang. Bukan setakat orang tua2 je kita kena hormat. Budaya kita selalu macam tu. Orang tua2 je kita hormat, budak kecik kita ketuk2 je. Tak boleh. Tak kira siapa pun, dia tetap ada hak. Hak sebagai saudara muslim, hak sebagai manusia. Kan2?

6. Dengki dan hasad. "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar" [HR Abu Dawud]
Ubatnya? Qanaah (berpada) dan redha dengan kurniaan Allah.

7. Riak. Haa. Yang ni baru riak. Apa beza riak dgn 'ujub tadi? Riak ni bila suka sangat orang puji kita. Memang la semua orang pun ada je perasaan seronok bila kena puji, tapi ni memang dia saja2 minta puji bila buat sesuatu. Tak la suruh orang puji, tapi dalam hati dia, dia tau la kan dia minta puji sebenarnya. Bagi sumbangan rumah utk buat institusi anak yatim baik dah. Tapi bila bagi kunci, kunci pun lagi besar daripada ketua murid institusi tu. Macam la muat kunci tu nak masuk dalam lubang kat pintu tu. Ni contoh je la kan.
Ubatnya? Ikhlas. Kerana Allah tidak memandang amal yang banyak, tapi Allah memandang amal yang ikhlas, sedangkan ikhlas tu adalah rahsia Allah. Kena belajar ilmu ikhlas ni!

8.Bakhil. Atau nama lainnya kedekut. Kedekut harta, kedekut ilmu, kedekut tenaga, kedekut kasih sayang, macam2 lagi la.
Ubatnya? Kita kena sedar yang semua yg ada pada makhluk akan binasa, yg kekal cuma apa yg disisi Allah. Contohnya macam amal ke, sedekah ke. Kalau kawan minta tolong, tolong je la. Kan ke setinggi-tinggi ukhwah tu dgn itsar.

9. Takabbur. Dah takabbur pula. Tadi 'ujub, pastu riak, sekarang takabbur pula. Tiga2 tak sama maksud dia. Kita je suka 'generalise' dia. Takabbur ni asal daripada perkataan 'besar'. Jadi maksudnya membesarkan diri.
Ubatnya? Tawadhu'

10. Tamak haloba.
Ubatnya? Percaya Allah yg akan bagi ganjaran dan tak harapkan pun ganjaran daripada manusia.

Last but not least, kita da tau semua2 tu, benda yg penting juga untuk kita tau ialah KUBU PERTAHANAN!

1. Jangan makan sampai terlalu kenyang.
Walaupun makanan tu halalan tayyiban, tak bermakna kita boleh melantak makan ikut nafsu perut lembu yang ada omasum dan abomasum. Makan setakat mana keperluan kita. Tapi bukan la sampai tak makan langung kan. Nak lagi best, makan berjemaah.
Erkk! Apa kaitannya dengan musuh kita? Haa. Mula2 pun saya terfikir macam tu. Tapi bila dikemukakan dengan hadith ni, saya pun faham.
"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan". [HR Ahmad]

Haa. Makan la lagi ikut nafsu! (sarcastically. jangan ikut)

2. Baca Quran, zikir, ingat Allah, mohon ampun.
"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya".[HR Ibnu Abi Dunya]

3. Tidak tergopoh-gapah.
"Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah".

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). [al-A'raf (7) : 201].

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. [al-Israa' (17) : 64]

Setelah itu, usrah kami diteruskan oleh kisah Abu Hurairah oleh Nina.
Kenal Abu Hurairah? Haa. Kalau nak kenal, rajin2 kan membaca ya. (maaf. post da 'overdose').

Oleh itu kawan2, berusahalah kita ke arah kebaikan. InsyaAllah.



Untuk bacaan lanjut :
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp?fname=Part1_Chapter5
http://ikatanpelajarislampoland.blogspot.com/2009/05/sape-lagi-bagus-awak-ke-saya.html
http://genta-marhaban.blogspot.com/2009/10/kisah-abu-hurairah-ra-mengawal-gudang.html
http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg06266.html

Wallahu'alam.

nota kaki: Post ni ditulis berdasarkan fahaman penulis yang naif lagi fakir ilmu Allah. Jika ada apa2 kesalahan, maaf didahulukan. Mohon perbetulkan. Sesungguhnya segala yang baik datang daripada Allah.

Shift your paradigm, liberate your mind!

Wednesday, February 24, 2010

bersabarlah sayang...=)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Di petang yang panas ini, membakar rasanya muka ku ini namun ku kuatkan diri mengayuh basikal tua ku balik ke rumah. Sampai di rumah, ku bergegas masuk ke rumah sambil berkata, "Alhamdulillah, sampai jua ku ke rumah".

Lalu Kuhempas punggungku ke sofa. "Ah, penat!", desis hatiku. Telefon bimbitku kubelek dan kucari fail-fail gambar yang tersimpan. Membuang masa mencari sesuatu yang tak pasti. Bengkak di hati masih belum sembuh lagi. Makin dikenang makin membara. Geramnya!

"Eh, anak mama dah balik?", tegur mama dari pintu dapur. "Mm, baru je sampai", jawabku acuh tak acuh. Telefon bimbitku masih di tangan, sibuk menekan butang-butang telefon dan membuka, menutup fail-fail yang tersimpan. Masih membuang masa memujuk hati sendiri.

"Kenapa ni?", tanya mama prihatin. "Mama, kenapalah bila kita niat ikhlas nak menolong, orang bukannya hargai malah salah tafsir niat baik kita, dah tu buat cerita macam-macam pulak", adu aku meminta simpati. "Dahlah lepas ni malas nak tolong orang lagi, dahlah miskin ilmu, miskin harta, suka fikir negatif pulak, macam mana nak maju! Lebih baik kita 'mind our own business' lagi bagus", tambahku semakin celaru. Mama hanya tersenyum.

"Sayang, apapun yang kita lakukan kita harus ikhlas bukan? Tapi itu bukan bererti kita tidak boleh mengadu dan minta diberi simpati. Cuma, anak mama ingat tak peristiwa ketika Nabi Muhammad s.a.w ingin menyampaikan dakwah di Taif?", tanya mama sambil meneguk segelas air ais limau yang lama terhidang di depan kami.

"Lihat sayang, betapa Baginda telah dilempar batu dan dihina dengan kata-kata nista sedangkan Baginda tercinta membawa mesej Rahmatan Lil'Alamin kepada semua manusia agar kita semua hidup bahagia di dunia dan akhirat. Tapi, adakah Baginda dihargai dan dihormati ketika itu? Dan adakah Baginda berhenti dari menyampaikan mesej tersebut?", tanya mama lagi sambil meletakkan semula gelas di atas meja. Senyuman mama mekar, mengubat sedikit lara di hatiku ini.

"Mmm...tak, Nabi tak pernah berhenti berdakwah dan Nabi sangat sabar", jawabku penuh yakin yang sebenarnya tidak ada dalam hatiku.

"Begitu juga kita seharusnya sayang, sabar dan ikhlas menerima segala kepayahan dan kesusahan, ikhlas dalam ertikata yang sebenar menyerahkan segalanya kepada Allah. Apa yang penting, kita lakukan yang terbaik. Memang banyak cabaran dan rintangan yang menghalang perjalanan kita sayang, sedangkan Baginda Rasul s.a.w juga menghadapi tantangan, apatah lagi kita. Tapi, tak sepatutnya kan untuk kita berhenti dan mengaku kalah", tambah mama lagi. Aku diam. Tanganku mengambil gelas di depanku. Kering tekakku basah disirami air ais limau buatan mama; sedap!

"Tapi...", aku ingin membantah. Cepat mama memintas. "Tak ada tapinya sayang, jika kita susuri sirah Rasul s.a.w, penderitaan Baginda dan kasih sayang Baginda terhadap umat pasti kita akan rasa terharu. Betapa Nabi Muhammad s.a.w itu merupakan Rasul yang agung, yang ikhlas menempuhi segala kesusahan dan hinaan semata-mata untuk membawa kita semua kepada jalan yang diredhai Allah, hidup yang penuh bahagia. Betapa Rasul s.a.w itu sangat sayangkan kita semua sayang", mama berhenti seketika. Airmatanya diseka. Aku turut terharu. Tapi aku tahan. Memaksa diriku bertahan.

"Jika dulu Rasulullah s.a.w mengizinkan Malaikat Jibril menghempas gunung ke atas penduduk Taif, jika dulu Nabi s.a.w mendoakan bala dan azab ke atas manusia yang ingkar, apakah nasib kita hari ini? Adakah kita sekarang dalam nikmat iman dan islam?", tambah mama lagi. Matanya semakin membengkak.

"Sabarlah sayang, mungkin hari ini orang yang kita bantu tidak menghargai dan tidak memahami tapi mungkin esok lusa ataupun mungkin generasi selepasnya akan menghargainya. Kita harus ikhlas sayang, harus ikhlas menghadapi segala kesusahan, harus ikhlas menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w, harus ikhlas menjadi penjunjung warisanNya. Ya sayang, moga kasih kita sesama kita persis seperti matahari yang tidak pernah merajuk walau sehari. Ya, memang seperti mustahil tapi, kuatkanlah hatimu sayang, rajukmu jangan dibiar lama", mama akhiri dengan bicara yang tersekat-sekat. Deraian airmata mengalir, deras di pipi. Tangannya digenggam menahan tangis yang semakin hebat. Aku hanya merenung mama. Terpaku.

Dalam getar bicara mama menambah lagi, “ Tugas kita hanya menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dan menjunjung tinggi sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan tugas kita untuk memberi hidayah kepada manusia. Biarlah kalau manusia menghina, ambillah pengajaran mungkin itu cerminan peribadi kita. Mungkin juga sebagai kaffarah atas segala dosa dan noda. Bermuhasabahlah selalu,bersabar dan bermaafanlah. Nabi dulu bukan sahaja dihina malah dipanggil gila tapi Rasul kita tercinta itu tetap menyebarkan kasih sayang terhadap umatNya. Pantaskah kita membenci sesame kita sedangkan Rasul s.a.w begitu bersusah payah mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin. Begitu susah payah Baginda mendirikan batu asas ukhuwah demi kemaslahatan semua manusia. Cinta dan kasih Rasul itu begitu mendalam terhadap umatNya sehingga Baginda sentiasa berfikiran positif dalam usaha dakwah Baginda dan menyerahkan segala hasilnya kepada Allah s.w.t. Memang sayang, kadang kita kecewa bila usaha kita diperkecilkan malah dihina tapi sabarlah, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Pasti ada yang Allah sudah aturkan untuk kita semua. Cuma, kita harus sentiasa bermuhasabah, bermaafan dan bersabar”.

Aku masih ingin terus bertahan. Sayangnya, aku tidak mampu. Yang sebenarnya memang benar aku terharu. Aku malu kerana mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak ikhlas menanggung kesusahan dalam menjunjung sunnahNya. Aku ego mungkin, atau terlalu tinggi pengharapan sehingga kecewa bila natijahnya tidak seperti yang diharapkan dan mungkin juga aku terlalu sensitif. Ya Allah, ampunkanlah aku!

Aliran kasih Rasulku terasa seperti menyelinap masuk dalam setiap urat darahku. Berdegup bersama degupan jantungku. Memasuki ruang pernafasanku dan akhirnya berdenyut dalam setiap denyutan nadiku, seiring linangan airmata keinsafanku yang mengalir. Menangisi segala kekhilafan. Saat itu hatiku bermunajat, "Ya Allah selawat dan salam keatas RasulMu tercinta. RasulMu yang membawa cahaya CintaMU. RasulMu yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Aku ikhlas Ya Allah, ikhlas menjadi umat As-Sodiq Al-Amin; umat Nabi Muhammad s.a.w. Kurniakanlah kepadaku kekuatan agar aku benar-benar kuat untuk terus memberi dan mampu menerima segalanya dengan ikhlas. Ya Allah, kabulkanlah. Amin!"

Sunday, February 21, 2010

ilmu ikhlas~


maksudnya:
"Katakanlah: `Dialah Allah, Yang Maha Esa`.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
dan tidak ada seorangpun yang setara denga
n Dia"

kali ini usrah kami mengenai surah yang ke-112 ini.. surah yang hanya mempunyai 4 ayat.. walaupun hanya mepunyai 4 ayat, tapi, 4 ayat tersebut adalah ayat yang sangat jelas, terang dan nyata.. ilmu ketuhanan itu mestilah jelas supaya penganutnya lebih yakin dengan pegangan tersebut.. walaupun hanya mempunyai 4 ayat, tapi, 4 ayat ini sudah cukup untuk menerangkan tentang ciri-ciri Allah, Tuhan sekalian alam..
kenapa surah ni diberi nama Al-Ikhlas? kenapa x diberi nama Al-Ahad ke.. MyEm0.Com
apa tu ikhlas? kerana Allah suruh kita ikhlas terhadap kepercayaan kita.. apabila kita dah ikhlas terhadap kepercayaan kita, ianya akan menjadi kukuh dalam hati kita semua..

lagi satu persoalan.. kenapa Allah menggunakan perkataan 'Ahad' dalam ayat yang pertama surah ini? kenapa Allah x menggunakan perkataan 'Wahid' yang juga membawa kepada maksud satu??MyEm0.Com
kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud satu.. tapi, maksud satu perkataan 'Ahad' itu lagi specific dan mendalam daripada maksud satu perkataan 'Wahid'.. 'Ahad' ni memberi maksud yang mengesakan Allah..
alkisahnya, semasa saya sedang berborak2 dengan seorang kawan berbangsa Arab, saya sempat bertanyakan tentang perbezaan kedua perkataan itu.. menurutnya, mmg kedua2 nya bermaksud satu, tapi 'Ahad' itu hanya boleh digunakan untuk Allah.. jangan sesekali kita guna 'Ahad' tu untuk benda yang lain.. 'Ahad' tu hanya untuk Allah sahaja.. MyEm0.Com


"barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Quran" (hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai)
betapa hebatnya surah yang hanya mempunyai 4 ayat ini.. surah ini disamakan dengan sepertiga Al-Quran..

kisah penurunan surah Al-Ikhlas:
Dilihat dari peristiwa paling pertama, Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahwa sekelompok Bani Quraisy pernah meminta Nabi Muhammad untuk menjelaskan leluhur Allah dan kemudian turun surah ini. Riwayat lain bersumber dari Ubay bin Ka'ab dan Jarir bin Abdillah yang menyebutkan bahwa kaum Musyrikin berkata kepada Nabi Muhammad, "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu." Kemudian turun surah ini untuk menjelaskan permintaan itu. Dalam hadits ini, hadits yang bersumber dari Jarir bin Abdullah dijadikan dalil bahwa surah ini Makkiyah. Selain itu dari Ibnu Abbas dan Sa'id bin Jubair menyebutkan bahwa kaum Yahudi yang diantaranya Kab bin Ashraf dan Huyayy bin Akhtab datang menemui Nabi dan bertanya hal yang sama dengan hadits pertama, kemudian turun surah ini. Dalam hadits ini Sa'id bin Jubair menegaskan bahwa surah ini termasuk Madaniyah. Dan juga riwayat Qatadah menyebutkan Nabi Muhammad didatangi kaum Ahzab (Persekutuan antara kaum Bani Quraisy, Yahudi Madinah, Bani Ghatafan dari Thaif dan Munafiqin Madinah dan beberapa suku sekitar Makkah) yang juga menyanyakan gambaran Allah dan diikuti dengan turunnya surah ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

berdasarkan carta kat atas ni, untuk beramal, kita mestilah beriman... dan untuk beriman pulak, kita kene berilmu dulu. apakah konteks ilmu itu sebenarnya dalam carta ni?? ilmu kat sini merujuk kepada ilmu yang kita faham.. bukannya ilmu yang kita tahu.. antara ilmu yang kita tahu dengan ilmu yang kita faham, mana yang lagi kita hayati? dah tentu lah ilmu yang kita faham.. apabila kita dah faham tentang ilmu ketuhanan, kita akan lebih yakin dengan pegangan kita berbanding ngan jika kita tahu tentang ilmu ketuhanan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.I.M.A.N.
Apakah itu pula iman? rasenya, ramai yang tahu tentang maksud iman.. dari segi bahasa iman bermaksud percaya.. manakala dari segi istilah pula, iman membawa maksud membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.

Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata: " Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul dihadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (musafir) jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk dihadapan Rasulullah s.a.w. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya diatas dua pehanya, lantas dia berkata: "Wahai Muhammad! ceritakan kepadaku tentang Islam". Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: " Islam itu adalah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah peseuruh Allah, kamu mendirikan sembahayang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya." Lelaki itu berkata: "Benarlah kamu!" Kami merasa hairan terhadapnya; dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Lelaki tu berkata lagi: "Ceritakan kepadaku tentang iman" Baginda s.a.w bersabda "Bahawa kamu beriman dengan Allah, para maklaikat-Nya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman dengan kadar baik dan buruk-Nya". Lelaki itu berkata; "Benarlah kamu!"

Dia berkata lagi: "Ceritakan kepadaku tentang ihsan". Baginda s.a.w menjawab: "Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu."

Lelaki itu berkata lagi: "Ceritakan kepada ku tentang kiamat". Baginda menjawab: "Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. (Maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlakunya kiamat)."

Lelaki itu berkata lagi;"Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya." Baginda menjawab: "Apabila hamba perempuan melahirkan tuanya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan." Kemudian lelaki itu pun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata ; "Wahai Umar! Tahukah kamu siapakan orang yang bertanya itu." Aku menjawab ; "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah s.a.w ; "Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu."

kenapa mesti Jibril datang bertemu Rasulullah dan menanyakan semua soalan tersebut kepada baginda?
Jibril berbuat demikian supaya Rasulullah revise, supaya Rasulullah jelas dan paham dengan konsep2 Islam.. supaya kita sebagai umat Rasulullah pun memahami konsep2 islam, iman dan ihsan itu..

antara yang sempat dikupas daripada hadis ini ialah mengenai 3 asas hidup manusia, iaitu islam, iman dan ihsan.. untuk mencapai tahap ihsan, kita perlulah beriman dan untuk beriman, kita mestilah menghayati Islam itu terlebih dahulu..

hadis ni juga menjelaskan tentang tanda-tanda kiamat.. dan pada zaman ini, kebanyakan tanda2 kiamat telah terzahir.. hanya menunggu detik dan waktunya berlaku sahaja..


~wallahu'alam~

Thursday, February 18, 2010

lalang oo lalang...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

"biar teguh seperti besi, jangan jadi seperti lalang"

ni la peribhsa yg org slalu guna (t'utama time na spm dl) bila na ckp psal org yg ta d pendirian or ta d pgangan idup...seboleh2nya ta mau la jdi sprti lalang ni un...tp kata Kak Izzat, kita msti jdi sprti lalang..knapa ya..??

sbb...kak izzat kata...lalang idup dri zman dinasour lg..da b'krun lama da..diracun..ditebas..dibakar...n mcm2 lg la...tp still dpt survive smpi skrng...lalang mmg suka ikut arh angin..ditiup k kiri, dia k kiri, ditiup k kanan, dia k knan...tp ta kisahla kene tiup mcm mana pn..lalang ttp brada kt tmpt dia...ta b'gnjk n ta b'alih...semuanya dsbbkn oleh akrnya yg kukuh...lalang dpt idup dlm semua keadaan...hujan k..panas k..ribut k..even salji skali pn..lalang still dpt adapt...malah mudah b'kmbang...even org kata lalang ny x d pndirian..sbnrnya lalang mampu meninggalkn kesan pd org lain..cthnya kemuncup..asal lalu kt lalang j, confirm kemuncup ikut sama blik un...haa...tp ap kene mngena lalang dgn kita ea...??

kak izzat ckap...Islam ni sperti lalang..dri awal kemunculannya iaitu zman para shbt sehinggalah sekarang, pelbgai dugaan dan cbrn yg hebat dlalui olh org muslimin..walau plbgai usaha dilakukn utk mnghancurkn Islam, baik melalui peperangan, serangan fikiran dan budaya n mcm2 lg, Islam still dpt survive sehingga skrng..malah kita yakin dan pasti bhwa p'tolongan Allah itu dkat n musuh2 Islam akan kalah jg satu hari nanti..

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)". (HR Bukhari Muslim)

Kak Izzat kata lg org mukmin juga msti jdi sperti lalang sprti..ta kisahla walau mcm mana diuji, dihina, diduga n dipulau mcm mana pn..dia ttp akn trus b'juang...lihat shja sperti golongan 3% pd zman Rasulullah s.a.w...mrka sanggup b'gadai nyawa dmi mmprthankn agama Islam..semuanya dsbbkn oleh keyakinannya yg tinggi t'hdap Allah swt. srta pemahaman aqidah yg bnar2 matap..dan dri golongan inila Islam mula b'kembang dari gnrasi k gnrasi sehingga lahirnya ulama'2 yg t'knal ..

Mukmin yg sejati mst mnjdi seorg yg flxible..dicampakla k ceruk mana pown, even k negara yg dpenuhi dgn pengaruh2 yg kurang baik, mrka ttp dpt mengamalkn Islam dgn sempurna..n mereka jg boleh b'gaul dgn masyarakat yg bkn seagama....malah mampu mmpengaruhi mereka utk lbih memahami Islam..mrka tidak gntar akan tpengaruh dgn dakyah2 bukan Muslim krana mereka percaya dan yakin bhwa selagi mana mrka b'pgang kpd aqidah Islam, mrka tidak akn sesat malah mrka sntiasa b'hrap pd p'lindungan Allah.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

maka kawan2..JOM JADI SEPERTI LALANG..(n_n)..V!

p/s : t'trik dgn satu hadis akhir zaman

Daripada Anas bin Malik ra berkata : Rasulullah SAW bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api". (HR Tarmizi)

*thnx tuk Kak Izzat sbb bg kitorg dtng usrah ari2...=)*

Monday, February 8, 2010

MEREKA TAK KISAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah...setelah seminggu menghayati keindahan di Istanbul, selamat juga kami tiba di bumi Poland, tempat perjuangan kami dalam membentuk satu masyarakat mu'minin yg cemerlang dunia dan akhirat..InsyaAllah...yg pasti..kami amat2 merindui Turki, rindu mknan yg pelbagai n sgt sedap..rindukn suasana nyaman laut..rindukan pemandangan yg sgt cantek..rindukan peniaga2 yg sgt2 "gigih" memujuk kami membeli barangan mereka...rindukan panggilan "MALAYSIA...KUALA LUMPUR...MURA..MURA.."*dengan slang mereka sendiri*..=)
tapi yg LEBIH kami rindukan adlh seruan azan yg jarang skali dpt didengar di Poland, rindukan iqamat yg sgt merdu, rindu berkunjung ke masjid2 yg mana tiada tempat yg lebih tenang dan indah yg boleh menandinginya, rindukn solat jemaah b'sama umat Islam yg pastinya dari latar belakang yg b'beza namun masih mampu berkumpul n b'sma2 menunaikan amanat sbgi khalifah di bumi ALLAH ini n sgt merindui idup dalam satu komuniti Islam yg sgt rmai...Subhanallah..!!.Alhamdulillah..!!syukur Ya Allah kerana memberi kami peluang merasa semua ini...satu minggu yg tak mungkin kami lupakn....

Sbnrnya post kali nk diceritakan mengenai satu kisah..yg kami alami sendri semasa dlm p'jlnn pulang ke Warsaw...semoga kita semua mendpt ikhtibar dri kisah ini......


(Dialog di bwah ta d la direct translation tp main point ap yg wanita tu nak katakn..semoga Allah melindungi sy dri sbrng bentuk fitnah mahupn buruk sangka)

Nk dijdikn cerita..tyme kitorg beratur nk amek boarding pass, t'lihatla seorg jejaka kacak Turki ny b'sma seorg perempuan cantek warga Poland (tlh disahkn kewarganegaraan mereka..(n_n)..)..tp kitorng x d la plik sgt sbb waktu jln2 kt Turki tu pn rmai j pasangan mcm tu...yg pasti mereka sgt intim...b'peggang tgn n b'plukn... "wahhhh...mesranya.."detik hati sy..."suami isteri kott.." *husnul zhan*..hehe..

pastu kitorg pown naekla kpal t'bang...takdir Allah..wanita td secara kbtulan duduk di sblh sy..wanita tu sgt baek..peramah n sgt na mengenali sy...tp at first, sbb ltey n mengantuk...trasa mls sgt nk b'borak ngan sape2..huhu...slps solat...Subhanallah..Allah detikkn juga hati sy utk menegur beliau...
(p'bualan ni tlah dtranslatekn k dlm bhsa melayu..(n_n)..sng ckit na tulih)

Saya : Asal Warsaw k..??

Beliau : Eh..Tak2..sy asal Krakow..naty smpi naek bas k sane...kt Turki... sy duduk kt rumah *status disebut secara tak

jelas*..windunya Turki

Saya : Owh..*sy pown iyakn j walopn tak brape na dgr sbb bunyi kpal terbang bising sgt..*

Beliau : Stdy kt Warsaw k..??brape lame kt Turki aritu..??


Saya : Aa..stdy medic kt poland...kitorg sume kt Turki seminggu...sj j cuty winter ta d mende nk buat kt Poland..naty ad

satu minggu ag..kene fokus stdy plak...kitorg aritu ddk dkt2 ngan Blue Mosque..sng j ley jln kaki..*t'lbey peramah

lak un...*..anda..??brapa lame duk Turki..??


Beliau : Owh..sy dua minggu lpas...


Saya : Ic...suami mmg org Turki k..??*try husnul zhan ag skali walopn ta jelas status relationship mereka sbntr td*


Beliau : Eh..tak2..kitorg baru na merancang tuk b'tunang...aa..dia org Turki..org ISLAM...stdy kt sane...kitorg da dua

tahun "in relationship"...


Saya : *monolog dalaman ; Uish...bru "in relationship" da ddk umah pakwe..dua minggu lak 2..astaghfirullahalazim..ta
baek bruk sangka..mayb na b'knln ngan sedara mara tu..*

Beliau : Mak dia sgt baek...diorg lyan sy baek sgt...bg mkn....bg tmpt tinggal...lyanan mmg best r..windu kt diorg...
walopn
diorg tk reti ckp bhse English, diorg akn bkk kamus n buat direct translation..kelakar tp seronok..


Saya : *monolog dalaman lg : Alhamdulillah, baek persepsi beliau mengenai Islam..tahniah MAK CIK..!!*


Beliau : *dgn mata yg berair* Tp tula...family sy menentang..sbb sy kristian n dia ISLAM..sy pham ap yg diorg rs tp diorg

x ley la judge dia slagi ta jmpe die..die bukannye ISLAM YANG KONSERVATIF.


*uish..menarek gak minah ny..ley lak die cerita detail psal relationship die..tp yg lbey buat sy na taw adlh..ap yg die mksudkn dgn " DIA BUKAN ISLAM YANG KONSERVATIF"..??..sy pown truskn mendgr curahat dia.....

Beliau : Islam kt Turki bknnya kuat sgt...walaupun rmai org Islam, diorg ta amlkn Islam sgt pown...rmai org ta pkai hijab
n brape kerat j yg solat kt masjid..buat ap family sy na takott...sy taw org Kristian ta ley kawin ngan org
Islam...kn..??sama tak fhman tu dgn anda..??

Saya : *sy da brasa malu tp still dgn tenangnya sy mengangguk kepala n berkata* Aa..semua ajrn Islam serupa..

Beliau : Tp Islam kt Turki lain..diorg tak konservatif..MEREKA TAK KISAH..family bf sy boley trima sy
seadanya...iyala..mereka tak peduli sgt hal2 Islam ny..diorg boley trima sy Kristian n bg ank diorg kawin ngan

wanita Kristian mcm sy..


*haa...sudah...tngok cra mcm na buat p'kahinan campur j ny...astaghfirullahalazim..*

Beliau : Mak bf sy 2, mmg solat lima kali sehari..tp tu jela...die ta nah gi masjid pown...n biler keluar rumah ta pernah pkai
hijab..


Saya : *dgn slumbernye tanye* : bf awk gi masjid..??


Beliau : Pergi..tp kdng2 j...n die akn solat tyme kt msjid j..klu ta g masjid die ta solat pown...yg hari Friday yg wajib n dia

msti pergi..yg lain ta kesah..windunya dia...see..family sy ta p'lu risau tentang kami un..??awk mkn daging babi..??


Saya : Tak


Beliau : Owh..awk taw kn certain org Islam Turki mkn daging babi..??Diorg tak kisah sume mende ny..


Saya : *Diamkn diri j..ta taw na ckp ap*


Beliau : Sy rindu sgt bf sy...ari2 die bwak sy kt satu majlis...rmai org nyanyi2 n menari2..n then die bg sy rs satu jnis

minuman ny...TURKISH VODKA..awk ad rs ta minuman ny..??sdap.....


*astaghfirullahalazim...smpi ke cny critanya...org ISLAM yg memperkenalkn minumn t'lrang tu kpd yg BUKAN ISLAM..??*


Terkelu rsnya lidah sy bila mendngr ap yg dkatakn oleh wanita td..meremang bulu roma apbila Islam dipersendakan begitu shja...n menyirap drah bila org bukan Islam dgn slumbernya menceritakn keburukn umat Islam dihdpn muka kita sndri...n betapa malunya dri ini Ya Allah sbb gagal memp'thankn agamamu...ampunilah hambamu yg lemah ini Ya Allah..seriously..ta taw na ckp ap tyme 2..t'diam...na dimarah tak boleh..bukannya salah mereka tp SALAH KITA.

Bkn niat post ini utk menyalahkn mana2 pihak..tp lihatlah kwan2 bgaimana dgn jayanya kita telah dighawzul fiqhkn oleh musuh2 kita dgn kehidupan ala2 brat yg dianggap tidak sempit dan tidak mengongkong..lihatlah bagaimana dgn bangganya mereka memperkotakkatikkn ajrn kita dan mempermainkn hukum agama kita dgn alsan UMAT ISLAM SEKARANG TAK KONSERVATIF..lihatlah bagaimana mereka skrng ini boley menghina dan mencaci agama kita sedangkn kita sendri tak mampu utk menidakkn ap yg mereka katakn..lihatlah betapa seronoknya mereka melihat kita kalah dgn kehidupan dunia yg hanya menjanjikn kesenangan yg sementara...dan lihatlah "KEJAYAAN" seorang "tokoh negara dan bangsa" menghancurkn satu institusi Islam sehingga kita dipijak sebegini sekal, MUSTAFA KAMAL AT-TATURK..!!

Dan bukan salah mereka utk berpikiran begitu..tp SALAH KITA...!!
sebab kita yg gagal menunjukkn imej Islam yg sebnr..slh kita sbb gagal berpegang kpd aqidah ISLAM yg sbnr..dan slh kita sbb gagal menghayati isi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah...sedang Rasulullah sendiri pernah bersabda :

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi mana kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku" (HR Malik)

Budaya kita wajah kita..kita diperhatikan dari setiap sudut kehidupan kita..kehidupan yg baik dan diredhai Allah adlh kehidupan b'dsarkn Al-Quran dan As-Sunnah manakala kehidupn yg dimurkai Allah adlh kehidupn yg dipenuhi oleh penyakit "wahan" yg t'lalu cintakn dunia tp tkut akn kematian.

Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bnagsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Setiap inci langkah dan amalan kita diperhatikn oleh musuh2 kita dan mereka hanya menunggu masa kita melakukn kesilapn utk dijdikn bhan senda mereka. Mereka anggap kita lemah bila kita gagal memenuhi saf di masjid2, bila kita gagal berpakaian yg spttnya, bila kita sendiri bercumbuan dan b'plukn dgn yg bkn muhrim, bila kita yg lebih "berpengetahuan" mengenai vodka dan arak malah kita yg memeprknalkn vodka2 bru yg sdap kpd mereka, dan bila kita sendiri berhibur dgn hiburan yg terlarang. Lebih teruk lg Islam dianggap hanya skdr menunaikn SOLAT LIMA WAKTU SHAJA, bknnya sbgi satu keseluruhan cara hidup.

Sayu rsnya hati bila mendngr umat Islam sndri yg mengajak ke arah kemunkran sdangkn kita yg ptut mencegahnya..sedih rasa hati bila umat Islam sendri yg memperkenalkn vodka kpd yg bkn Islam dan pling menghayat hati apbila menyedari hakikat bhwa kitalah yg sbnrnya mempersendakan agama kita sendiri...kita marah apbila org merperkotakkatikkn agama kita tp dlm sdar tak sdar kitalah yg tanpa segan silu mempermainkn hukum agama kita..

Semoga cerita ini dijdikn pengajarn bg kita...sedarkn kita bhwa nazaknya keadaan umat Islam skrng ini, leka dan hanyut dlm dunia msing dan tak lg b'pgg pd ajrn yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan semoga cerita ini meningkatkn lg keimanan dan semangat jihad kita utk trus berdakwah dlm mempertegakkn agama Allah..ALLAHUAKBAR...!!!!


Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw), beliau berkata :" (pada suatu hari) Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya :"Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw bersabda :"Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".


AIMAN TAK KISAH. MEREKA PON TAK KISAH.
TAPI KITA KISAH..BUDAYA KITA WAJAH KITA..!!

"Islam muncul dalam keadaan asing
dan akan kembali asing sebagaimana awalnya,
maka beruntunglah org2 yg asing itu"
(HR Muslim)

~wallahua'lam~