
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”
[Ali 'Imran (3) : 64]
Wednesday, August 25, 2010
Dua marhalah

Saturday, August 21, 2010
Andaikata....
Andaikata negara kamu dijajah. Hak kamu dinafikan. Rakan-rakan kamu dibunuh sewenang-wenangnya.
Dahulu semasa zaman datuk nenek kamu, tanah ini sebuah tanah yang merdeka. Semua rakyat hidup aman permai. Bumi bertuah itu subur. Datuk dan nenek kamu dengan bahagia bercucuk tanam.
Sehingga sekumpulan manusia yang tak berperikemanusiaan datang. Mereka ceroboh rumah datuk nenek kamu. Mereka tembak sesiapa yang mereka mahu. Mereka belah perut ibu mengandung. Mereka bakar kebun yang datuk nenek kamu usahakan.
Semua penduduk takut, lalu mereka larikan diri. Mereka jadi pelarian, merempat di tanah sendiri. Pengganas yang tak berperikemanusiaan itu pula yang menjadi penduduk tanah kamu sekarang. Kamu sangka penduduk dunia akan membela nasib kamu, sebaliknya penduduk dunia berkata memang manusia-manusia tak berperikemanusiaan itu mempunyai hak atas tanah kamu. Memang mereka berhak menghalau kamu. Memang tidak menjadi kesalahan kalau mereka menembak sesiapa yang mereka mahu, atau membelah perut mana-mana ibu mengandung, atau membakar kebun kamu.
APA INI??
Inikah kemanusiaan???
Memang mereka tak tahu kah nak bezakan siapa mangsa, siapa pengganas??
Apakah penduduk dunia ini memang tak cerdik otaknya???
Datuk nenek kamu bingung memikirkan hal ini. Sampai tak tahu nak buat apa. Lalu kamu pun dilahirkan dalam keadaan negara kamu dijajah. Tak pernah sedetik pun kamu merasai apa itu kemerdekaan.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Walaupun kamu dijajah, kamu takkan biarkan pemikiran kamu turut sekali dijajah. Kamu hendak solat di berjemaah masjid. Kata ayah kamu, solat berjemaah, besar pahalanya. Di masjid juga kamu dapat memupuk perpaduan dikalangan pnduduk tanah kamu yang dijajah. Dan setiap langkah yang kamu ambil ke masjid, semuanya diberi pahala.
Apabila tiba di masjid, kamu nampak api marak. Ya Allah, Masjid sedang dibakar!!

21th of August: Remembrance of Al-Quds Day....
Monday, July 26, 2010
syoknyaaa bercinta..!!
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ASTAGHFIRULLAH..
Sampai Malaysia sudah...bila sampai Malaysia ini, jadual mulalah pack kalah PM..hehe..ukhwah perlu dieratkan kembali..kedai2 makan pun banyak yang nak dilawati...segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan saya untuk menulis di sini..sepatutnya kena update siri "sudahkah anda beriman..??Buktikan..!!"..tapi bahan rujukan tertinggal di Poland..maka saya pun ingin berkongsi sesuatu yang lain..insyaAllah..commercial break kejap..hehe..=)
CINTA..
indahnya cinta..sungguh..!!bila cakap soal cinta, semuanya indah belaka..dan bila cakap soal cinta, orang mulalah pikir cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim..hehe..sebenarnya skop cinta itu sangat luas...cinta kepada Allah..cinta kepada ibu bapa...cinta kepada guru..cinta kepada alam..cinta kepada haiwan..tak lupa juga cinta kepada saudara seagama kita, sama ada lelaki atau perempuan..bak kata Ustaz Salam, I LOVE YOU....ALL...!!
Dalam islam, perasaan cinta sering kali dikaitkan dengan halawatul iman, yakni kemanisan iman..kerana manisnya cinta bila disertai dengan iman kepada Allah swt..
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :
Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(HR Muslim, Bukhari, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal)
Bila kita mencintai seseorang, maka semua benda kita sanggup buat..berkorban apa saja..benda susah pun kita tak terbeban..bila orang yang kita cintai susah, kita terasa keperitannya..kalau mereka gembira, kita tumpang bersyukur..indah bukan perasaan cinta ini...??
Kita cinta ibu bapa kita. apa sahaja yang mereka pinta seboleh2nya kita hendak penuhi. Kita sayang rakan2 kita. Bila mereka minta tolong kita mesti nak buat. Kita sayang kucing kita. Bila kucing kita lapar, kita kasi makan..semuanya lahir dengan sendirinya..tak ada paksaan..dengan rela hati kita lakukan..tapi kenapa bila kita cinta Allah, semuanya seolah2 menjadi keterpaksaan..
"Alamak..dah maghrib..!!cerita best ni..kena solat pulak..."
"Exam2 ni..baca Quran satu ayat cukup la.."
"Alamak..cuti2 ni ada pulak usrah.."
Bila sebut cinta pada mak ayah, tak perlu diingatkan..sentiasa ada saja rasa sayang pada mak ayah..tapi bila sebut cinta pada Allah, perlu diingatkan selalu..kena dengar ceramah, kena hadiri usrah..sedangkan sepatutnya, Allah yang perlu kita cintai lebih dari segalanya..kenapa ea..??kerana kita jarang menyedari hakikat kewujudan Allah..kita tahu Allah wujud..namun sekadar mengetahui kewujudanNYA tak mencukupi..ianya perlu diselami dengan penghayatan...
kecantikan..semua orang suka akan sesuatu yang cantik, yang indah walaupun hakikatnya cantik itu sesuatu yang subjektif..barang yang cantik, baju yang cantik, pasangan yang cantik, sikap yang cantik (baik), kucing yang cantik (@comel..boleh geng ngan timah..hehe..)..semua yang cantik2..hehe..
kesempurnaan dan hebat..kita juga mencintai sesuatu kerana kita rasa ia cukup sempurna dan hebat..pinggan mangkuk yang kita beli dari luar negara sepuluh tahun lalu still kita simpan, tak nak buang..sebab apa tak nak buang..??sebab SAYANG..sebab apa sayang..??sebab pinggan ni elok lagi (sempurna)..dari luar negara tuuu (hebat)..begitu juga dengan pasangan suami isteri..kadang kita pelik, lelaki ni handsome, perempuannya ala2 je..(*kejam statement ni..hehe..*), tapi still kekal sampai akhir hayat..kenapa ea..??kerana wanita itu sudah cukup sempurna dan hebat di pandangan lelaki itu..cewaahh..=)
kurniaan..kita juga cinta akan sesuatu yang kita tahu itulah satu2nya kurniaan yang diberi kepada kita..kita sayang nenek..even nenek dah kedut2, jalan tak berapa nak larat..kita still sayang nenek..sebab nenek adalah kurniaan untuk kita..
Persoalaannya sekarang ini, siapakah yang lebih indah, yang lebih sempurna dan hebat, dan yang lebih baik kurniaannya selain daripada Allah..??
Cantiknya Allah pada ciptaanNya, sempurna dan hebatnya Allah pada sifat2Nya, terbaiknya kurniaan Allah atas apa yang telah ditetapkanNya kepada kita selama ini..namun sering kali kita terlepas pandang..
Cantiknya Allah pada sifatnya yang Maha Pengampun, yang tetap memaafkan hambaNya yang sering kali leka dan melupaiNya...Cantiknya Allah pada sifatnya yang Maha Pemurah, yang tetap memberi rezeki tanpa putus, tidak kira sama ada hambaNya itu taat atau kufur kepadaNya...Cantiknya Allah pada sifatnya yang Maha Adil, yang menjanji balasan baik dan balasan buruk, yang menilai hambaNya atas apa yang ada di dalam hatinya, bukan pada paras rupa, kaum atau perbuatan yang tak disengajakan..subhanallah..!!
Allah itu sangat cantik bukan..??
Hebatnya Allah pada sifatnya yang Maha Berterima Kasih (Asy-syakur)..jika kita menderma 1 sen dengan seikhlas hati pada seorang manusia, agak2 nya apa reaksi manusia tersebut..??confirm tak layan...(1 sen j..??apa kes??)..tapi Allah still terima derma kita itu..malah kita diberi ganjaran pehala yang bakal menyelamatkan kita dari azab neraka kelak..subhanallah..!! Hebatnya Allah pada sifatnya yang Maha Penyabar..bagaimana Allah mampu bersabar pada setiap makhluknya..dia bagi rezeki kat manusia, manusia ada yang pergi sembah benda lain tanda kesyukuran..kalau kita la kan, belanja orang tiga kali, pastu tiga2 kali orang tu ucap terima kasih kat orang lain, bukan kita, agak2nya kita nak belanja lagi tak orang tu..??tak nak kan..tapi betapa Allah itu Maha Pengasih, even hambaNya leka dan tak pernah berterima kasih, Dia tetap memberi dan terus memberi..subhanallah..!!
Allah itu sangat hebat bukan..??
Kurniaan..tiada sebaik2 kurniaan selain daripada Allah..yang telah memberi kita kaki untuk kita berjalan2 di Rome, yang telah memberi kita oxygen supaya kita tak sesak nafas, yang telah memberi kita pancaindera untuk kita tengok tv, dengar lagu wali-band, bau satey kat pasar malam..dan macam2 lagi kuniaanNya yang tak terhingga..
Banyak bukan kurniaan Allah..??
Jadi, sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak mencintaiNya..dan tiada sebab untuk kita mencintaiNya secara keterpaksaan..sebab Allah itu Maha segala2nya..cinta manusia sementara, cinta Allah itu yang hakiki..kerana apa..??sebab sifat yang ada pada manusia itu sementara..cantik barang atau manusia boleh hilang..hidup manusia ada pasang surut, sekejap hebat sekejap tidak..dan kurniaan manusia tidak kekal..pinggan dari oversea tu akhirnya pecah dan jadi bahan kaji arkeologi untuk 100 tahun akan datang..hehhe..tapi cantiknya Allah, hebatnya Allah, segala kurniaan Allah berkekalan sehingga akhir hayat..even sampailah ke penentuan syurga dan neraka kelak..
jadi kawan2..mari bercinta...!!bercinta pada siapa..?? Bercintalah dengan ALLAH YANG MAHA MENCINTAI...!! maka bila mencintai Allah, maka secara tak langsung lahir rasa cinta kita pada makhluknya juga..pada mak ayah, pada saudara seagama, pada haiwan, pada pokok dan tak lupa pada jodoh kita kelak..baru syiookkk...^^
Allahu ta'ala a'lam..(n_n)V!
*p/s: kepada Kak Izzat dan Uncle..selamat pengantin baru..(kepak kepum kepak kepum *bunyi kompang*)..barakallah..semoga hubungan yang dibina atas kecintaan kepada Allah kekal hingga ke akhir hayat..ameen..=)
Sunday, June 27, 2010
sudahkah anda beriman..??Buktikan..!! siri 2
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
Alhamdulillah..selesai sudah segala urusan..exam final dah selesai..practical pun dah selesai...segala puji bagi Allah yang telah permudahkan segala urusan..yang telah membantu warga baklawa serta kawan2 yang lain mengharungi saat2 menjadi first year student dengan jayanya..yeahhh..!!..hehe..musim cuti pun dah bermula...bila nak start cuti ni macam2 la pikir.."uish..macam mana mutabaah amal aku nanti..??siapa nak tengokan??".."agak2 terkejut tak mak ayah aku tengok aku macam lain je sekarang??".(dah kena syahadatul haq la katakan..hehe).."urm..usrah nanti macam mana eh..??".."agak2 ada tak kebab macam kebab martin ke, samira ke..??"(ada la pulak un..)..hehe..apa2 pun..hidup mesti diteruskan..hehe..tawakal..itu sahaja nasihat yang mampu saya katakan..sebab janji Allah untuk menolong mereka2 yang menolong agamaNYa..insyaAllah..perbetulkan niat, tetapkan pendirian, top-up iman..insyaAllah, semuanya akan berjalan lancar..=)
Bagi pihak penulis (sayalah tu un)..nak mintak maaf sangat2 sebab teramat lambat mengupdate siri yang kedua ini...lepas satu2 urusan yang perlu diselesaikan..hehe..Alhamdulillah..sekali lagi Allah beri kesempatan untuk saya menulis dan menaip..untuk berkongsi sedikit mengenai rukun iman kita yang kedua iaitu percaya kepada malaikat..=)
*more info..???hubungi talian hotline..eh tak2..sila rujuk:
http://maramissetiawan.wordpress.com/2008/04/25/penjelasan-rukun-iman-2-iman-kepada-malaikat-allah/
http://muslim.or.id/aqidah/keimanan-yang-benar-terhadap-malaikat-allah.html
Sebagai seorang mukmin yang mengimani agama Allah ini, maka menjadi tanggungjawab kita untuk mencintai malaikat..beriman bukan sahaja pada kewujudannya, namun juga pada sifat2 dan tugas mereka..beriman yang sebenar2nya bukannya hanya mempercayai, namun mengamalkan..macam buku atlas anatomy, tak cukup sekadar kita tengok cover "owh..cantik buku ni..cover color hitam..menarik, nak sayanglah buku ini"..tak..bukan macam tu, kita kena baca, tengok dalam, hafal..barulah kita boleh katakan kita saynag buku tu..(ok..saya tahu perumpamaan tak sampai maksud..abaikan)..urm..jadi, macam mana nak mengamalkan kepercayaan kita kepada malaikat??
Ok..1st of all kita test diri kita, sungguhkah kita mempercayai kewujudan malaikat..?? Ada berapa jumlah malaikat semuanya..?? 10?? are you sure?? hehe..ok2..jumlah malaikat yang kita ketahui namanya ada 10 bersama dengan tugas mereka sekali..yang macam kita hafal time sekolah dulu..(ingat lagi tak..??kalau ingat jom kita nyanyi sama2..ok..video clip tak berapa nak sesuai..tak jumpa yang best..layannn..)
p's : yang tak hafal pun boleh nyanyi jugak..=_=
tapi jumlah malaikat yang sebenar hanya Allah yang ketahui...
*kagum dengan seorang sahabat..bila ditanya :
A :wey, ko keluar seorang2 je ke..??
B :eh tak adalah...ni ada malaikat kiri kanan aku..
A :=_="
ok..itu dari segi kewujudan...bagaimana pula dari segi sifat2 mereka..??bagaimana kita beriman pada sifat2 mereka..?? Malaikat telah dijadikan Allah sebagai makhluk yang sangat taat..bermula dari awal kejadian manusia lagi apabila Allah mengarahkan mereka tunduk dan sujud kepada Adam, maka mereka patuh kecuali Iblis..dan sehinggalah kepada kita dimatikan, dihidupkan kembali, sampailah kepada penentuan syurga dan neraka..semuanya dilakukan oleh malaikat2 yang telah diamanatkan oleh Allah..mereka bertasbih pada Allah tanpa henti, tidak tidur, dan melakukan tugasan dengan penuh ikhlas..antara sifat2 serta kelebihan Allah tetapkan yang ada pada malaikat..maka sifat2 inilah yang perlu kita teladani..
Maka kita pun kenalah banyak2 bertasbih dan mengingati Allah..=)
*Ada orang akan cakap.."wey, aku bukan malaikat..mana boleh nak buat benda baik je..!!"..ok.betul..!! 10 markah untuk anda sebab menyedari yang anda bukan malaikat..sebab kalau anda malaikat, sudah tentu anda tak buat dosa, dan tak perlu nak berubah..tapi sebab anda adalah manusia..yang mempunyai perjalanan hidup anda yang tersendiri..yang mempunyai pilihan untuk memilih antara yang baik atau yang buruk..anda adalah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini untuk mencari keredhaan Allah..maka tak salah untuk anda berubah kepada kebaikan dan mencontohi sifat2 yang ada pada malaikat..untuk berusaha ke arah kesempurnaan walaupun hakikatnya manusia itu tidak sempurna..apa2 pun.. keputusan di tangan anda.hehe..=)
Buatlah sesuatu dengan ikhlas, keranaNya..Tuhan pencipta alam..bila kita buat sesuatu dengan ikhlas maka tak wujud perasaan "tak puas hati", "aku buat lebih", "aku dah banyak tolong kau", "aku dah usaha, kenapa Kau tak bagi..??", "nak upah"..etc..etc..bila kita niatkan semua kerana Allah, maka secara tak langsung apa yang kita lakukan itu juga merupakan ibadah kita..jadi dalam kita beribadat, mesti kita nak buat sehabis baik bukan..??maka kita pun akan buat dengan bersungguh2..jadi bila kita buat bersungguh2, maka segala kerja menjadi lebih produktif (insyaAllah),...maka lahirlah umat Islam yang cemerlang bukan sahaja dunia tapi juga di akhirat..insyaAllah..
Malaikat bekerja tanpa memandang pada nama dan pangkat..mereka bekerja tanpa diperhatikan oleh manusia..mereka menjalankan tugas yang diamanatkan oleh Allah dengan penuh rasa taat..apa yang mereka lakukan hanya disaksikan oleh Al-Basir...Yang Maha Melihat..begitu juga kita..yakin bahawa apa yang kita lakukan disaksikan oleh Allah Yang Esa..maka pujian, ganjaran, pangkat, nama tak akan lagi berada di mata dan hati kita..yakin apa yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah Yang Maha Adil, supaya kita tidak merungut jika hanya sedikit yang kita dapat dari apa yang kita lakukan..
Maka apabila kita berjaya beriman pada malaikat, kita amanah, jujur, ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan, maka akan wujudlah perasaan kepercayaan sesama kita..maka barulah dapat lahir komuniti Islam yang kuat...ingat, kepercayaan adalah tunggak kepada perpaduan..ukhwah tak dapat dibina tanpa adanya kepercayaan antara sahabat, "rumah charger" tak dapat dibina tanpa adanya kepercayaan antara ahlinya, baitul muslim tidak dapat dibina tanpa kepercayaan antara suami dan isteri, dan negara Islam tak akan dapat dibina tanpa adanya kepercayaan rakyat kepada pemimpinnya..
Sekian sahaja perkongsian kali ini...yang baik kita amalkan, yang salah harap ditegur...
Allahu a'lam..sesungguhnya baik dan buruk itu daripada Allah..=)
Wednesday, May 26, 2010
Dent-de-lion @ dandelion~
hrm.. meriah blog baklawa ade bunga dandelion terbang2, bersempena dengan musim bunga di bumi Poland ni.. Maksud dent-de-lion ialah "tooth of the lion" sbb daun dia tajam macam gigi singa....Kan dens,dentis tu maksudnye gigi (ingat Latin lg kan?)

Ramai kita yang tak tahu proses kejadian dandelion ni. Dandelion ini permulaanya ialah bunga kuning mekar ala2 bunga matahari tu. Their blooming mark spring season!

A potem (lepas tu), dia kering dan tutup balik dan kembang balik as dandelion yang terbang2.. The changing process may take overnight! Yang whitish flying thingy is actually dandelion seeds that will land and patiently wait for the next spring.. Dlatego (that's why), dandelion is everywhere when it's SPRING!!
Jom tengok al-Quran:~
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Kahf;45)
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar;21)
Sebenarnya, dekat Malaysia pun terjadi proses yang sama terhadap dandelion Malaysian version..Asbabul perasan kejadian ini kerana bunga dandelion kuning itu keluar terlebih dahulu berbanding bunga dandelion putih.. Itu sajalah kajian setakat ini, wallahualam~
Saturday, May 15, 2010
Sudahkah anda beriman??Buktikan..!! siri 1
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
Alhamdulillah..dalam kesibukan menghadapi peperiksaan yang tak henti kunjung tibanya, Allah masih mengizinkan kami untuk sama-sama berkumpul untuk saling mengingati serta men"renew" iman kami..insyaAllah..semoga kesibukan dunia tidak menjauhkan diri kita daripadaNya..ameen...=)
Surah Al-Kahfi (18:100-110) surah pilihan kali ini..11 ayat sahaja..pendek tapi padat dengan pengajran..ayat yang dah biasa kita dengar, namun yang biasa itulah yang selalu kita lupa..dan yang biasa itulah yang perlu sering diingatkan kembali...insyaAllah..
Kali ini Kak Yana bawa topik usrah yang menarik sekali..."BUILDING MENTAL THROUGH THE SIX PILLARS OF FAITH"..sungguh saya tertarik dengan topik usrah kali ini..benar selama ini kita mengaku kita beriman..kita hafal rukun iman sejak tadika lagi..bila orang tanya siapa Tuhan kamu? kita jawab Allah...apa panduan kamu? kita kata Al-Quran..percaya tak kamu pada apa yang ditetapkan Allah pada kamu?..kita jawab "ya, saya percaya"...tapi sungguh ke apa yang kita katakan??adakah kita sudah mengaplikasikan rukun iman kita dalam kehidupan seharian kita...??atau rukun iman itu hanya sekadar ayat buku teks yang kita mampu ingat sebab dah diulang2 baca sepanjang 11 tahun kita belajar di sekolah..??hehe..ok2..persoalan2 tadi adalah intro untuk apa yang bakal saya kongsi sebentar lagi..dan juga siri2 akan datang..insyaAllah...semoga saya istiqamah untuk meng"up-date" sehingga ke siri-6..yang mana salah harap diperbetulkan...
Ok..actually benda ini diambil dari buku The Islamic Guide To Developing ESQ..yang menerangkan mengenai bagaimana kita boleh mengaplikasikan rukun iman kita dalam kehidupan seharian kita..saya yakin, ramai antara kita selalu tertanya-tanya, benarkah kita sudah beriman setelah kita mengaku beriman?? macam mana kita nak tahu yang kita ini beriman atau tidak..?macam mana kita nak beriman pada Allah, malaikat, nabi-nabi, kitab-kitab, hari kiamat dan qada' dan qadar..?? Jadi, saya ingin berkongsi sedikit panduan mengenai pengaplikasian rukun iman dalam kehidupan seharian kita..InsyaAllah..
Sungguh manusia diciptakan oleh Allah, sebagai sebaik2 kejadian..cukup sempurna ciptaanNya sehingga kita tak mampu untuk mencari sedikit pun kekurangan dalam ciptaanNya..dari sebesar2 organ sehinggalah sekecil zarah dalam badan, semuanya dijadikan dengan fungsi yang tersendiri..tujuan kita dijadikan di dunia ini juga jelas..iaitu untuk beribadah kepadaNya dan juga untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini..(QS: 51:56 & 2:30)..Al-Quran ??Terbukti...!!! Saintifik..?? Jangan risau..bukankah Allah itu Maha Besar..dari segi saintifik juga sudah terbukti bahawa kita sangat2 memerlukan Allah, sentiasa perlu untuk mengingatinya...
Actually, dalam temporal lobe pada brain kita, ada satu spot yang dinamakan "God Spot"..yang mana electric circuit pada bahagian ini akan teransang bila kita memikirkan hal2 ketuhanan..jadi, bila kita sentiasa ingat kepadaNya, maka secara tak langsung, ia akan merangsang saraf pada brain kita, maka brain kita dapat berfungsi dengan lebih baik..maka lahirlah masyarakat yang berguna pada agama, bangsa dan negara..!!haa...jadi macam mana dengan mereka2 yang sangat2 tegar tidak mahu mempercayai agama..??adakah berlaku kecacatan pada bahagian temporal lobe otak mereka..??gurau2..hehe..kita sama2 doakan agar mereka turut sama mendapat hidayah dan mendapat nikmat kemanisan iman..insyaAllah...=)
Jadi..jelas sudah bahawa manusia ini memang dilahirkan dengan fitrah untuk beriman..sebab apa..??sebab manusia tidak akan mampu untuk berdiri dengan sendiri..sungguh..!!fitrah manusia untuk bergantung harap pada sesuatu...bila hendak melakukan sesuatu, pasti kita harapkan bantuan..bila kita sedih, pasti mencari tempat untuk mengadu..bila kita tertekan, pasti kita akan cari jalan untuk melepaskan tekanan..yang bezanya, pada siapa yang kita harapkan..??pada manusia..??tak semua orang akan paham apa yang kita rasa dan apa yang kita inginkan....maka akhirnya manusia akan mencari2 sesuatu untuk mereka bergantung harap, sesuatu yang mereka yakin akan mendengar setiap masalah mereka..sesuatu yang mereka yakin akan sentiasa ada bersama mereka susah dan senang..bagi mereka yang bertuah mendapat petunjuk, maka Allah lah tempat mereka tujui dalam setiap perkara dalam hidup mereka...bagi mereka yang kurang bernasib baik, maka pokok, berhala, batu, kayu jadi tempat mereka bergantung harap..akhirnya semua manusia akan berbalik kepada konsep ketuhanan..(n_n)..V!
Wahh..intro yang agak panjang..untuk siri kali ini..saya nak menceritakan mengenai konsep "Star Principle"..iaitu kepercayaan kepada Tuhan..bila kita diajukan soalan ceritakan mengenai Tuhan kita..??maka macam2 jawapan akan datang, "Tuhan kita satu".."Dia yang maha Besar".."setiap yang berlaku di bawah kekuasaanNya"...betul2..10 markah untuk anda..!! =) cuma sebenarnya kita dah ada skema jawapan dalam Al-Quran tentang siapa Tuhan kita..iaitu dalm surah Al-Ikhlas (112 :1-4)
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Cukup..syumul..sempurna jawapan ini kan..?? Tuhan kita satu, ada apa2 mohon padaNya, Dia tak ada anak dan tak ada ibu bapa dan tak ada apa2 pun yang setanding denganya..subhanallah..complete..=) ok...selesai sudah bahagian teori..macam mana pula dengan bahagian praktikal..?? macam mana kita nak praktikkan ayat2 diatas dalam hidup kita...??
Salah satu caranya adalah dengan mendedikasikan setiap apa yang kita lakukan untuk Allah..everything I do, I do it for You...haha..sebab apa..?sebab berdasarkan ayat keempat surah diatas, kita yakin bahawa tiada apa2 yang setanding denganNya..bila kita yakin, kita akan tahu bahawa apa yang kita dapat daripada apa yang kita kerjakan nanti, itulah yang terbaik untuk kita..sebab kita yakin tiada balasan yang terbaik selain daripada balasan daripada Allah..jadi kita akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku..maka akan hilanglah perasaan sedih, frust sampai nak bunuh diri, tak selera makan dan pelbagai bentuk kekecewaan yang lain bila apa yang kita hajati tak dapat..
Bila kita paham Allah lah tempat kita bergantung harap dan Allah lah yang lebih mengetahui apa yang tebaik untuk kita, maka akan hilanglah kebergantungan kita pada benda2 lain, teutamanya pada benda2 yang bersifat sementara, macam duit, pangkat, harta, nafsu dan lain2..dan termasuklah kebergantungan pada benda lain macam bomoh, dukun dan sebagainya...ada orang bila hilang pangkat jadi gila, ada yang dari jutawan jatuh bankrup bunuh diri..etc..etc...sebab apa..??sebab mereka hilang kepercayaan mereka pada Allah..mereka tidak yakin dengan percaturan yang Allah tetapkan untuk mereka..mereka tidak muhasabah diri, yang mana mungkin pangkat dan kekayaan yang mereka miliki membuatkan mereka jauh dari Allah, maka Allah tarik nikmat sementara mereka itu, supaya mereka mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat nikmat yang kekal dan sudah tentunya lebih baik iaitu nikmat di kampung akhirat kelak..=)
(ada orang tanya : kena jadi miskin baru boleh jadi orang beriman ke..??semua orang beriman akan miskin??owh..tidak2..ramai sahaja dari kalangan para sahabat yang beriman pada Allah terdiri dari golongan yang kaya2..namun mereka menginfakkan hampir keseluruhan harta mereka pada jalan Allah..malah mereka berlumba2 siapa yang menginfakkan lebih banyak harta...kalau nak ikutkan mereka boleh je simpan duit itu.. bukan mereka akan belanja ke arah maksiat pun...tapi mereka tahu kadang2 kesenangan itu juga adalah dugaan..kalau harta yang mereka ada dikhuatiri akan menyebabkan mereka lupa dan alpa pada Allah, maka lebih baik harta itu dibelanjakan ke jalan yang baik..bukankah harta itu rezeki dari Allah..??insyaAllah, mereka yang rajin menginfakkan hartanya, tidak putus rezeki Allah beri kepada mereka..)
Ok bila saya tanya, anda sayang mak tak??
"sayang.."
macam mana anda nak buktikan anda sayang kat mak anda??
"saya akan buat apa saja untuk beliau..saya akan patuh arahan beliau, saya tak akan buat sesuatu yang akan buat beliau sakit hati..saya akan buat yang terbaik untuk beliau..saya akan lulus semua exam dengan cemerlang supaya beliau bangga..etc..etc.."
haa..tengok..bila kita sayang akan sesuatu, kita akan buat sehabis baik untuknya..kita sayang kucing, kita bagi makan, hantar klinik kalau sakit..bila kita sayang barang kita, kita jaga tak nak bagi hilang atau rosak..bila kita sayang Tuhan..??maka buatlah yang terbaik untukNya..point sebelum ini kita katakan apa yang kita lakukan hanya untukNya..maka dengan penuh rasa sayang dan patuhnya, apa sahaja yang kita buat, buatlah sehabis baik..bukan dengan sambil lewa..ada orang kata," alaa..buat sambil lewa pun tak apa..kan semuanya Allah dah tetapkan" *perhatian: dialog ditukar mengikut kesedapan hati si penulis*
Benar..tapi adakah itu menunjukkan yang kita sayang pada Allah..??macam kita ada kereta..kalau nak diikutkan, kalau kereta itu nak rosak, dia akan rosak juga..tapi disebabkan sayangnya kita pada kereta tersebut, maka kita cuci dia, hantar pergi service dan sebagainya... macam itu jugalah kita pada Allah..buatlah sehabis baik untukNya kerana setiap pekerjaan dan kesungguhan kita Dia perhatikan dan Dia nilai..
Kalau kat sekolah dulu, tiap2 pagi jumaat kita selalu nyanyi asma ul-husna..pernah tak kita terpikir kenapa Allah terangkan kepada kita tentang nama2Nya..??ok..ta pe..saya pun tak pernah terpikir..hehe..sehinggalah kak Yana terangkan, ada sebab kenapa nama2 ini diterangkan kepada kita..bukan sahaja untuk kita kenaliNya, tapi juga untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita..start dengan Al-Rahman sehinggalah kepada Al-Basir..semuanya ada pengaplikasiaan dalm hidup kita...jadi tidak salah rasanya untuk kita start dari sekarang untuk amalkan nama2 Allah ini dalam hidup kita..kalau tidak mampu 99 kali sekali gus, buatlah tiga sifat untuk seminggu atau sebulan..renung2 kan dan selamat beramal...=)
Manusia adalah sebaik2 ciptaan yang Allah ciptakan..QS 95:4
""""Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)"
dan kita adalah khalifah Allah di muka bumi ini..untuk menjalankan tanggungjawab memakmurkan bumi...QS 2:30
""Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
jadi, berdasarkan konsep kita adalah sebaik2 ciptaan Allah kat muka bumi ini, maka setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan pada kita, pasti kita dapat lakukan dengan sempurna..kerana apa..??kerana kita sudah diberikan kudrat oleh Allah untuk melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan kepada kita..jadi, tiada istilah "Aku tak mampu buat", "Anda hebat, saya tidak" dan sebagainya..binalah keyakinan dalam diri kita..ingat..!! kita adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan..tinggikan kebergantungan pada Allah dan yakin pada kebolehan diri..bila kita yakin, secara tak langsung akan meningkatkan lagi keazaman serta kesungguhan kita dalam hendak mencapai sesuatu..insyaAllah..
Last but not least sentiasalah mengingati Allah dengan menyebut Lailaha illallah...
Nabi Saw bersabda, “Allah Swt berfirman, ‘Aku ini (bertindak) sesuai dengan prasangka hamba-Ku pada-Ku. Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku. Apabila ia mengingat-Ku di dalam hatinya, maka Aku pun menyebutnya sendiri. Jika dia mengingat-Ku di tengah-tengah orang banyak, maka Aku akan menyebutnya di tengah-tengah orang banyak yang lebih mulia daripada orang banyak saat ia mengingat-Ku.” (HR Al-Bukhârî dan ahli hadis lainnya).
InsyaAllah..itu yang ingin saya kongsikan untuk kali ini..nantikan pengaplikasian rukun iman yang lain dalam siri yang akan datang..InsyaAllah..sesungguhnya baik dan buruk itu daripada Allah, namun berlandaskan pada kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri si penulis.
Allahu ta'ala a'lam..(n_n)..V!
p/s : english version is much3 better...sungguh..!!try cari buku tersebut dan baca...amat2 digalakkan..sekian..=)