Andaikata negara kamu dijajah. Hak kamu dinafikan. Rakan-rakan kamu dibunuh sewenang-wenangnya.
Dahulu semasa zaman datuk nenek kamu, tanah ini sebuah tanah yang merdeka. Semua rakyat hidup aman permai. Bumi bertuah itu subur. Datuk dan nenek kamu dengan bahagia bercucuk tanam.
Sehingga sekumpulan manusia yang tak berperikemanusiaan datang. Mereka ceroboh rumah datuk nenek kamu. Mereka tembak sesiapa yang mereka mahu. Mereka belah perut ibu mengandung. Mereka bakar kebun yang datuk nenek kamu usahakan.
Semua penduduk takut, lalu mereka larikan diri. Mereka jadi pelarian, merempat di tanah sendiri. Pengganas yang tak berperikemanusiaan itu pula yang menjadi penduduk tanah kamu sekarang. Kamu sangka penduduk dunia akan membela nasib kamu, sebaliknya penduduk dunia berkata memang manusia-manusia tak berperikemanusiaan itu mempunyai hak atas tanah kamu. Memang mereka berhak menghalau kamu. Memang tidak menjadi kesalahan kalau mereka menembak sesiapa yang mereka mahu, atau membelah perut mana-mana ibu mengandung, atau membakar kebun kamu.
APA INI??
Inikah kemanusiaan???
Memang mereka tak tahu kah nak bezakan siapa mangsa, siapa pengganas??
Apakah penduduk dunia ini memang tak cerdik otaknya???
Datuk nenek kamu bingung memikirkan hal ini. Sampai tak tahu nak buat apa. Lalu kamu pun dilahirkan dalam keadaan negara kamu dijajah. Tak pernah sedetik pun kamu merasai apa itu kemerdekaan.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Walaupun kamu dijajah, kamu takkan biarkan pemikiran kamu turut sekali dijajah. Kamu hendak solat di berjemaah masjid. Kata ayah kamu, solat berjemaah, besar pahalanya. Di masjid juga kamu dapat memupuk perpaduan dikalangan pnduduk tanah kamu yang dijajah. Dan setiap langkah yang kamu ambil ke masjid, semuanya diberi pahala.
Apabila tiba di masjid, kamu nampak api marak. Ya Allah, Masjid sedang dibakar!!
Kamu lari ke pondok telefon lalu menelefon bomba. Malangnya bomba kata mereka malas hendak memadamkan api.
Bagai tak percaya telinga kamu mendengar jawapan bomba itu. Biar betul bomba malas!!
Keadaan kalut. Jemaah masjid nekad hendak memadamkan api tanpa bantuan bomba. Mereka buka paip air yang terdapat disekeliling masjid, namun semuanya tak mengeluarkan air. Apa ini?? Biar betul semua ini terjadi???
Terpaksa kamu dan jemaah masjid cari air di tempat lain. Menggunakan baldi sahaja. Akhirnya berkat kerjasama jemaah masjid, api berjaya dipadamkan. Hampa, sebahagian besar masjid sudah menjadi arang. Namun penjenayah yang membakar masjid itu berjaya ditangkap. Huh, rupanya lelaki ini seorang intelektual. Ah tak peduli. Intelektual atau tidak, kamu bersama jemaah masjid menghantarnya ke muka pengadilan.
Kamu pulang ke rumah. Keesokan harinya kamu baca surat khabar. Diberitakan bahawa penjenayah itu terlepas daripada sebarang pertuduhan dan hukuman kerana dia tidak siuman. Haah?? Apakah??
Biar betul semua ini!!
Manamungkin dia tidak siuman!!
Dia seorang INTELEKTUAL!!
Kamu bertambah bingung memikirkan semua ini. Semuanya serba tak kena. Kali ini seorang pemimpin dari sebuah negara Islam bangun untuk membela bangsa kamu. Lalu dia isytiharkan, 21 Ogos sebagai hari memperingati tanah tertindas kamu. 21 Ogos sebagai Hti Memperingati al-Aqsa katanya!
Hati kamu sedikit terubat. Ada yang prihatin dengan nasib kamu rupanya.
Hari berganti hati lagi, bulan berganti bulan lagi, tahun berganti tahun lagi. Kamu teringin hendak melihat bagaimana rakyat negara yang mempunyai pemerintah yang prihatin itu menyambut 21 Ogos.
Kamu berjalan-jalan. Hampa, sekeping poster al-Aqsa pun tak kelihatan. Lagu-lagu yang dipasang di pusat beli belah pun tak menunjukkan mereka ingat akan al-Aqsa. Menitis air mata kamu kesedihan. Kamu sangka mereka peduli, rupanya tidak.
Ya Allah, hamba-Mu ini dalam kesedihan. Hamba-Mu ini dalam kesakitan. Ya Allah, mereka yang kusangka saudara ini tak ingat langsung penderitaanku. Ya Allah, kepada-Mu sahajalah aku berserah!
21th of August: Remembrance of Al-Quds Day....
No comments:
Post a Comment