“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Saturday, March 19, 2011

Hidup statik

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari semalam.
Hari ini.
Hari esok.
Dan masa pun terus berlalu.

Semalam telah pergi.
Hari ini perlu dijalani.
Esok penuh misteri.
Subhanallah.

Entah kenapa, pagi ini saya sekali lagi terpanggil untuk berbicara kisah sama. Kisah lama.
Tetapi tidak pernah malap. Sentiasa mampu bernyala sendiri tanpa bantuan.
Mampu memadamkan sisa-sisa harapan yang ada jika tidak diberi perhatian.

Kalau dah namanya mukmin, pasti dia sedar.
Ujian dan kesukaran sentiasa mengejarnya ke mana sahaja perginya, ke mana sahaja larinya.
Namun, dia juga akur akan tarbiyyah yang turut dibawa bersama ujian yang kunjung tiba.
Lelah menghadapi, perit mengharungi, seakan-akan terbang pergi bersama angin lalu tatkala teringatkan kerehatan yang abadi kelak.
Tatkala mengingat dipan-dipan yang menanti.

Dan tentu sekali, jika dah namanya mukmin, pasti dia sentiasa berwaspada dengan penyakit futur.
Jika futur, tak dibiarkannya musuh utamanya menghiasi futurnya.
Jika futur, maka tahulah dia bahawa Dia mahu lebih banyak masa diluang untukNya.
Maka terus ditingkatkan amal, lebih dari amalnya sebelum diserang futur.

Kalau dah namanya da'ie, pasti akalnya ligat memikirkan cara menyampaikan apa yang ada di dalam "heart" nya.
Memberi komitmen tanpa keluhan walau sekecil sagu.
Tidak diberinya dedak beras kepada lembu. Kenapa? Kerana tahu, bukan itu makanannya.
Tidak ekstrem mahupun emosi dalam melontarkan teguran dan pandangan.

Ahh. Jangan kita jadi mukmin statik.
Yang hanya bergerak pabila disuruh. Yang hanya berfikir tatkala tersepit.
Jangan kita jadi da'ie statik.
Yang hanya menegur tanpa mahu menyentuh hati. Yang hanya menegur tanpa memahami.
Yang hanya menegur yang benar, tidak ditegur kesalahan.

Ahh. Jangan kita jadi robot statik itu!

“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
3:147

No comments:

Post a Comment