“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Friday, May 6, 2011

Objek bulat itu tidak statik.

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Makin lama kami di bumi Poland, makin keliru kami dengan keadaan cuaca.
Tiba-tiba, bulan Mei boleh turun salji.
Pelik. Tapi itu lah kuasa Allah.
Dan segala alam ini hanya menurut perintahNya. Subhanallah.

Kadangkala, apabila cuba muhasabah diri, mesti kita sedar sesuatu.
Ya lah, nama pun muhasabah.
Kadang rasa sangat sedih apabila kita sedar, diri kita tak punya perubahan dari awal tahun hingga ke hujung tahun.
Sama.
Statik.
Ibarat air yang bertakung, yang lama kelamaan dikotori oleh debu-debu bertebangan.
Lebih parah jika mula dikotori kulat dan ehm...lain-lain.

Mungkin kita rasa ke-statik-an kita adalah disebabkan sitting usrah yang tidak lagi mengisi jiwa-jiwa kita yang kian hari kehausan sentuhan iman.
Mungkin kita rasa bi'ah (environment) kita kurang mengajak kita kearah kebaikan. Maka disitulah punca kita terus statik.
Atau mungkin kita rasa jumlah mad'u yang terlalu sedikit menyebabkan kita tidak mampu bergerak, mengalirkan fahaman-fahaman serta ilmu-ilmu yang terbuku di dada ke mana-mana.

Jika kita merasakan diri kita statik dek kerana sitting yang tidak menghilangkan dahaga jiwa kita, mari berhenti dan berintrospeksi sejenak.
Benarkah semata-mata sitting kita tiap-tiap minggu adalah untuk mengisi hati dan jiwa kita?
Benarkah sitting kita tidak mampu memberi sedikit pun sentuhan kepada hati kita?
Atau kita yang tidak membuka hati kita, membiarkan ia disentuh?
Atau kita yang tidak mahu memulakan pergerakan itu dari dalam, hanya menunggu dipaksa oleh naqibah baru kita hendak keluarkan diri dari kedudukan statik?
Ibarat Newton's 1st Law of Motion, hanya bergerak bila ada external force applied.

Jika kita merasakan bi'ah kita yang menyebabkan kita tidak mampu bergerak, jika kita merasakan bi'ah kita yang menyebabkan kita ibarat dipasung ke kerusi tanpa mampu bergerak, maka mari kita berhenti dan berintrospeksi sejenak.
Benarkah semata-mata bi'ah kita yang tidak mengajak kita kearah pembaikan diri?
Atau adakah kita yang tidak cuba membina satu bi'ah yang mampu mendorong kita ke arah yang pembaikan diri?
Maka jika benar bi'ah kita yang bersalah, perlulah kita kepada pengukuhan, kepada tarbiyah dzatiyah.

Jika kita merasakan diri kita statik dek kerana kekurangan mad'u, jika kita rasa diri kita statik dek kerana ketiadaan medan, maka mari berhenti dan berintrospeksi sejenak.
Benarkan kita kekurangan mad'u?
Benarkah kita ketiadaan medan?
Adakah kita sudah benar-benar mencari mad'u?
Adakah kita sudah benar-benar mencari medan?

Kadangkala kita terlalu fokuskan perkataan mad'u itu kepada adik-adik usrah. Maka dengan itu kita hanya memandang bahawa naqib dan naqibah sahaja yang melakukan kerja-kerja dakwah.
Sedang kita, tiada tempat untuk menyalurkan ilmu dan fahaman yang kita timba saban hari.

Kata seorang ustaz:
"Dakwah ni kita lah kan, kita nak beri pada orang. Adakah naqib naqibah sahaja yang nak kena cerita pasal Islam? Kita semua kena cerita pasal Islam."

Janganlah kita lupakan mereka yang berjalan seiring dengan kita, yang sama-sama ke kelas bersama kita. Mereka juga mad'u kita.

Apakah lagi alasan yang boleh kita berikan untuk terus statik tanpa pergerakan, melainkan jawapan itu ada pada diri kita sendiri.

Allahu'alam bissawab.



Orang yang tiada apa-apa, dia tidak mampu memberi apa-apa.

Monday, May 2, 2011

Keseimbangan- balance

Assalamualaikum folks (uhuk2)..

Sehat ke semua?

Once, my lecturer asked "Is GOD really is perfect? I mean, if we look at the world, it is created by GOD but it is not perfect.. So, is GOD really is perfect? *he then smiles*.."

Amboi, manyak cantik pak cik.. Dah tu sape kata dunia ni sempurna? Nikmat kat dunia ni setitik shj nak dibandingkan nikmat syurga yang berkekalan tu. Lagipun, dunia ni ada expiry date iaitu kiamat, so, tidak berkekalan ye.. Dalam Quran Allah ada berfirman:

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? (al-mulk; 3)

See, dunia ini seimbang ALLAH ciptakan. Keseimbangan dunia ni ada kat mana2.. Eg: Diri kita: We need to eat balance food to stay healthy.. too much of something or too lack of something leads to disorder.. right doctors? okay..move on~

Secondly, kita tengok Poland pulak. Bila time winter, GLOOMY habes. Black and white macam TV 60-an.. Orang dia pun join the scene, pakai baju and kot hitam je.. (Mula2 jejak Warsaw, rasa macam nak pergi berkabung je.. hehe) TAPI, bila SPRING je.. wallaaa... hidup semua.. burung out of nowhere berkicauan, bunga lalang pun nak cantik.. Dandelion merata-rata, melata-lata.. Tulip tumbuh mekar dan liar.. Itulah dia keseimbangan Poland, kesuraman winter diganti dengan kemeriahan SPRING yang berganda-ganda.. plus-minus, plus-minus, seimbang lah Poland.. Subhanallah...

Sebagai, manusia yang menyandang tugas khalifah.. it is our job to protect the balance..

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya dan berdo’alah kepada-Nya dengan rasa takut [tidak akan diterima] dan harapan [akan dikabulkan]. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (al-a'raf; 56)

Kalau kita tidak patuh tugas sbg kahalifah ni dgn betul jadilah seperti ayat ni,

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari [akibat] perbuatan mereka, agar mereka kembali [ke jalan yang benar]. (ar-rum; 41)

See, dunia ni adalah seimbang tapi tidak sempurna.. Kalau nak alam yang sempurna, ADA.. kat syurga nanti la eh.. sekarang ni, kita guna betul2 dunia yg senda-gurau ni untuk yang sempurna itu nanti.. insyaALLAH..

nak letak gambar bunga cantik2 tapi x reti, mnta tlg!

Wednesday, March 30, 2011

bitaufik wannajah..! ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Salam alaikum..salam kesejahteraan ke atas semua...=)


Berapakah umur kita sekarang..??

sedarkah kita bahawa setiap detik kita bernyawa dari awal kelahiran kita, setiap hembusan nafas yang kita lakukan ini, kita sedang diperhatikan oleh satu kuasa yang tiada tandingan..??

jika kita selama ini tachycardia (heart rate above normal) bila nak menjawab peperiksaan selama dua jam di university, sedarkah kita ada suatu ujian yang mana tempoh masanya adalah sepanjang jasad ini mampu bernafas..??

ujian apakah yang sebegitu lama itu...?? apakah yang bakal diuji..?? hartakah..?? ilmukah..?? kecekapankah..??

mahu tahu lebih lanjut..??

berikut diumumkan detail2 mengenai ujian tersebut...



Pengarah : Allah SWT

Tenaga Pengajar : Nabi-nabi dan Rasul-rasul

Pengawas Peperiksaan : Raqib dan A'tib

Calon Peperiksaan : Umat manusia

Dewan Peperiksaan : Pentas Dunia

Masa : Saat dilahirkan hingga saat kematian

Rujukan Utama/Modul : Al-Quran dan As-Sunnah


Tugasan Penting (Wajib) :

1. Dua Kalimah Syahadah

2.Solat lima waktu

3.Puasa di Bulan Ramadhan

4. Melaksanakan Zakat

5.Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan


Fikrah :

1. Percaya kepada Allah SWT

2. Percaya kepada Nabi dan Rasul

3. Percaya kepada Malaikat

4. Percaya kepada kitab

5. Percaya kepada hari Kiamat

6. Percaya kepada Qada dan Qadar


Tempat pengumuman Peperiksaan : Padang Mahsyar

Masa : Selepas tiupan sangkakala malaikat Israfil


Gred Peperiksaan : Mengikut amal masing-masing

: Lulus & Cemerlang : Syurga (Insyallah)

: Gagal : Neraka (Nauzubillah)


Tips-tips Untuk Cemerlang :

1. Amalkan sifat-sifat mahmudah

2. Jauhi daripada hasutan syaitan

3. Taat perintah dan undang-undang Allah SWT

4. Mesti jauhi perkara-perkara mungkar

5. Segera bertaubat jika melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan

mengulangi kesalahan tersebut


Semoga kita berjaya di dalam peperiksaan ini (mudah-mudahan) jadi buatlah persediaan supaya kita tidak gagal..!


Allahu taala a'lam.


p/s : detail peperiksaan diambil dari FB seorang rakan..^^

Sunday, March 27, 2011

Friday, March 25, 2011

Saturday, March 19, 2011

setitik dalam belanga

Dengan nama Allah aku berlindung dari syaitan yang direjam..

Jalan dakwah ini tak akan pernah mati..
walau macam mana cuba pun kita untuk mematikannya, ianya akan tetap subur..
Allah pemegang hati-hati manusia, Allah jualah yang menghidupkan jiwa-jiwa mereka..
maka tidak mustahil yang koma itu untuk bangkit hidup seperti sedia kala..
insyaAllah..berusaha untuk menghidupkan kembali blog ini..
selagi mana lilin harapan tidak pernah padam, selagi itu istilah "jalan ini sudah mati" tidak akan tiba.

apa yang menjadi berat menjadi muslim abad 20-an ini..??
ya..kerana kita asing...kita sangat asing..
islam itu sangat masyur pada bibirnya, namun sangat asing pada amalnya..
dan kerana keterasingan ini, kita diperhatikan...
kerana mereka rasa kita lain dari yang lain, maka setiap tidak tanduk kita menjadi penilaian mereka..
malah dengan sepatah kata kita akan dinilai..
perbuatan kita yang sedikit menggambarkan imej keseluruhan agama ini...
agama Al -Haq yang dibawa oleh Rasulullah saw..
jika baik kita, baiklah islam..jika buruk kita, buruklah islam itu dipandangan dunia..
maka disinilah letaknya tanggungjawab kita..
tanggungjawab menjaga maruah agama ini, menjauhkan agama ini daripada fitnah mereka2 yang enggan melihat kebangkitan islam kembali...
fitnah mereka yang cuba menjatuhkan islam..



kecewa..itu apa yang saya rasa...
islam itu terrorist..! naungan yang sudah terlalu biasa didengar...
sedangkan yang begitu hanya setitik, namun rosaknya satu belanga..
kesilapan kita yang sedikit dalam perjuangan merosakkan imej islam keseluruhannya..

tiada siapa yang kata salah untuk berjuang..
malah islam sangat menggalakkan semangat jihad, ingin berjuang dalam diri kita..
tapi melalui cara apakah yang perlu kita salurkan semangat kita, itulah persoalannya...
apakah consequence dari apa yang kita lakukan, itu yang perlu diamati sebetulnya..

kerana itu sepanjang perjuangan kita, kita perlu jelas dengan matlamat..
untuk apa kita berjuang..? di penghujungnya apa yang kita mahukan pada perjuangan ini..??
sudah tentulah redha Allah..the only reason mengapa kita nak kekal dan tetap berdiri pada jalan ini..
maka tetaplah bertanya pada diri kita, redhakah Allah dengan tindakan ku ini..??
adakah apabila aku lakukan itu dan ini, akan mendekatkan diriku ke syurgaNya atau ke jahannam?

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Qs 3:102)

Allah mengurniakan kita hati..
yang mana hati itu perlu diisi dengan taqwa yang sebenar2 taqwa..
taqwa yang telah Allah gariskan..
taqwa yang ditunjuki oleh Rasullullah saw..
bukan taqwa sebarangan...
bukan taqwa buatan..
bukan taqwa2 ayam..
bukan taqwa tanpa tujuan dan rujukan yang jelas..

ianya adalah taqwa yang memimpin..
taqwa yang menunjukkan...
taqwa yang Haq..yang datang tulus dan pure dari Allah swt..!

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
(QS 91:8-10)

maka isilah hati kita dengan satu pemahaman islam yang sahih..
yang mana dengan pemahaman itu akan jelaslah segala ilham kefasikan dan ketaqwaan yang Allah kuniakan pada hati kita...
semoga dengan itu, yang bakal memandu perbuatan kita selepas ini hanyalah iman, bukan selainnya..

Allahu taala a'lam..

Hidup statik

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Hari semalam.
Hari ini.
Hari esok.
Dan masa pun terus berlalu.

Semalam telah pergi.
Hari ini perlu dijalani.
Esok penuh misteri.
Subhanallah.

Entah kenapa, pagi ini saya sekali lagi terpanggil untuk berbicara kisah sama. Kisah lama.
Tetapi tidak pernah malap. Sentiasa mampu bernyala sendiri tanpa bantuan.
Mampu memadamkan sisa-sisa harapan yang ada jika tidak diberi perhatian.

Kalau dah namanya mukmin, pasti dia sedar.
Ujian dan kesukaran sentiasa mengejarnya ke mana sahaja perginya, ke mana sahaja larinya.
Namun, dia juga akur akan tarbiyyah yang turut dibawa bersama ujian yang kunjung tiba.
Lelah menghadapi, perit mengharungi, seakan-akan terbang pergi bersama angin lalu tatkala teringatkan kerehatan yang abadi kelak.
Tatkala mengingat dipan-dipan yang menanti.

Dan tentu sekali, jika dah namanya mukmin, pasti dia sentiasa berwaspada dengan penyakit futur.
Jika futur, tak dibiarkannya musuh utamanya menghiasi futurnya.
Jika futur, maka tahulah dia bahawa Dia mahu lebih banyak masa diluang untukNya.
Maka terus ditingkatkan amal, lebih dari amalnya sebelum diserang futur.

Kalau dah namanya da'ie, pasti akalnya ligat memikirkan cara menyampaikan apa yang ada di dalam "heart" nya.
Memberi komitmen tanpa keluhan walau sekecil sagu.
Tidak diberinya dedak beras kepada lembu. Kenapa? Kerana tahu, bukan itu makanannya.
Tidak ekstrem mahupun emosi dalam melontarkan teguran dan pandangan.

Ahh. Jangan kita jadi mukmin statik.
Yang hanya bergerak pabila disuruh. Yang hanya berfikir tatkala tersepit.
Jangan kita jadi da'ie statik.
Yang hanya menegur tanpa mahu menyentuh hati. Yang hanya menegur tanpa memahami.
Yang hanya menegur yang benar, tidak ditegur kesalahan.

Ahh. Jangan kita jadi robot statik itu!

“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
3:147

Friday, March 4, 2011

Perang Cialo Ludzko

Salam 'alaikum. Salam buat semua.

Kadang terfikir, bila bangun pagi tu.
Apa yang perlu disyukurkan hari ini?
Sedang hari belum bermula, semalam baru berlalu, esok belum tentu.
Oh. Tidur malam pun suatu yang sangat perlu disyukuri.
Lena malam yang tak boleh dibeli dengan segala kekayaan di dunia ni.
Subhanallah.

Saya suka dua kuliah immunology yang dah berlalu ni.
Rasa macam mode lecture Aula A bertukar menjadi mode medan perang.
Extremist betul.

Meh saya bg lecture immuno kat hgpa.
Hah, boring? Kisah apa.

Cikgu cakap, tujuan immune system (baca: iman) adalah untuk protect kita (baca: hati kita) daripada microorganism (mo) yang tengah menyerang. (baca: masalah utama hati kita)
Dah menjadi macam satu kekuatan yang ada pada pasukan tentera microorganism ni yang dia akan berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir. Jap. Mo ada darah ke? Biarlah.
Yang penting, dia akan berjuang menentang kita sampai mati.
Maka bagi dia yang ada cumalah menang atau syahid. Oh.
Tabiat (nature) tentera mo ni yang lain ialah "fearless". Mereka tak takut.
Tak takut mati? Ye la, kalau mati, syahid. -_-"
Ok2. The point being, serangan oleh tentera mo adalah sangat dahsyat, lebih dahsyat daripada serangan musuh terhadap Lilliput yang menyebabkan mereka kehilangan negara mereka.
Maka di sinilah datangnya fungsi immune system kita.

Tentera immune kita, bila diserang, akan buat whatever it takes untuk menyelamatkan diri kita dari terkena tempias serangan mo. Usaha menegakkan panji2 tentera immune.
Kadang2 punyalah sangat kuat tentera immune kita bekerja, sampai system overdrive, overload. Maka pada masa itu, kita pun mula sakit.

Bagi sesetengah orang, dia akan mula kemurungan, kesedihan, nak bunuh diri, keluar hukum rekaan, bla3.

Bagi sesetengah lagi, dia akan redha je dengan apa berlaku, dengan harapan tentera immune dia cukup kuat untuk melawan tentera mo tanpa bantuan luar.

Bagi sesetengah yang lain pula, dia akan cuba sedaya upaya menghantar tentera tambahan berupa ubat-ubatan disamping doa tidak putus, untuk membantu tentera immune dia melawan tentera mo. Sedang dia tahu, serangan tentera mo tidak lain, bertujuan untuk meningkatkan kekuatan tentera immune dia.

Sebab, cikgu cakap, tentera immune kita ni, dia akan aktif kalau ada serangan.
Tanpa musuh sebenar, tentera immune kita akan mula leka dan bila dia boring dia menyerang sel-sel badan kita. Kira autoimmune la. Bahaya juga kalau tentera immune kita dah terlalu dalam comfort ye. Leka2, lepas tu bila ada serangan, mulalah kalut berlari cari senapang.

Cikgu tanya pula. Mo ni betul2 jahat ke? Kalau dia betul2 jahat, kenapa ada je mo dalam badan kita yang kita ternak? Buat kawan ke? Nak sembelih buat dinner?
Lepas tu cikgu jawab sendiri (bila semua jawapan yang kami bagi tak memuaskan), sebabnya dalam badan kita ada mucous.
Mucous pada temperature 36.7degree memang sangatlah best lagi optimum bagi tumbesaran mo.
Maka kekosongan yang ada pasa mucous kita perlulah diisi dengan mo baik supaya tak diganggu oleh clan tentera mo jahat. Kira nak biar penduduk mo baik conquer tempat tu laa. So perjanjian pun dibuatlah dengan penduduk mo baik tu, yang dia kena bayar jizyah (cth: tolong digestion), dan kena bantu serang tentera mo jahat kalau diserang, sementara menunggu kedatang tentera immune.
Kan mutualism tu.

Maka, pada saat ini, tentera immune pun sedang galak membuat rondaan dalam diri kita untuk memastikan keadaan terkawal.
All-hail our immune system!

I dedicate this song to our immune system! (baca: iman pun bolehh)

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
[3:191]

Wednesday, January 12, 2011

Saturday, January 8, 2011

Wednesday, January 5, 2011

Di manakah kita?

Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah

Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Credits: Link