“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Sunday, April 25, 2010

Kesedapannya masih terasa :D

Bismillahhirrahmannirrahim…..


Tahu tak apa itu gochujang dan bibimbap? Saya tahu, bunyiknya agak pelik. Kalau nak tahu, gochujang dan bibimbap adalah makanan Korea. Ini dia!



Siapa kata makanan Korea boleh dijumpa di Korea sahaja? Di Poland pun boleh jumpa tau. Hahaha. Sedap lagi halal! Tak tipu! Kesedapannya masih terasa..~~


Ceritanya, ada seorang ahli rumah baklawa, yang minat makanan Korea. Dia selalu bercerita betapa dia minat Korea. Dan kata-katanya bukan sekadar kata-kata. Infact, she is a person of action. Kalau nak impian tercapai, kenalah berusaha. Lalu seluruh Warsaw dia pusing untuk mencari bahan-bahan untuk membuat makan-makanan Korea itu. Akhirnya, kami semua merasai bibimbap yang halal lagi sedap hasil usaha dia.


Semua orang boleh berkata-kata. Tapi berapa ramai yang sanggup meletakkan kata-kata mereka dalam tindakan? Muslims out there, be a person of action! Don’t just talk..!

***

“Apakah gelaran Saidina Uthman Al-Affan selain ‘zunnurain’?”

“Aaa….,” gagal kami jawab.

“Kenapa Uthman tak hadiri perang badar?”

“Aaa…..,” gagal lagi.

“Ok, soalan senang. Puteri nabi yang mana yang dinikahkan dengan Uthman?”

“……..,” terbukti, kami memang buta sirah…..

We know very little about the companions, yet we’re talking about taking them as examples. This starts to sound funny....


Macam mana lah nak contohi para sahabat kalau kita tak kenali mereka. Macam mana lah nak cintai mereka yang kita sendiri tak kenal. Banyak lagi perlu diperbaiki nampaknya...Itu gunanya usrah. Saling ingat-mengingati=)


Oh. Nak tahu jawapan soalan diatas? Klik sini dan baca. Usaha sedikit ya. :D


Zaman khalifah ar-rasyidin sudah lama kita tinggalkan. Kini kita hidup di zaman yang dikatan zaman moden pula. Perkembangan di Malaysia di zaman moden ini sangat membimbangkan. Kes jenayah semacam sudah tidak asing lagi. Anak pukul ibu, suami tikam isteri, pelajar isap dadah, pelajar dirogol rakan, buang anak, dan pelbagai lagi bentuk jenayah yang tak berperikemanusiaan. Sungguh menakutkan apabila difikir kembali, semua ini berlaku di tanah tumpah darah tercinta sendiri.


Tahu tak apa itu masyarakat jahiliyyah??


Secara umum, masyarakat jahiliyyah ditafsirkan sebagai satu masyarakat yang hidup sebelum kedatangan Rasulallah s.a.w. Dan keadaan hidup mereka teruk kerana tidak dipandu oleh peraturan yang digariskan oleh Sang Pencipta mereka.


Mari kita teliti satu persatu ciri masyarakat yang hidup secara jahiliyyah

1. Jahil/bodoh/tak berpengetahuan

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (33:72)


2. Hina

“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),” (95:4-5)



3. Lemah

“…. dan manusia dijadikan bersifat lemah.”(4:28)



4. Berpecah-belah

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara….. “(3:103)



Sedar tak sedar, masyarakat jahiliyah yang kita sering cerita dalam usrah kita sebenarnya wujud depan mata kita sendiri. Saya ingin ketengahkan satu sifir mudah yang agak kontroversi;


masyarakat kini = masyarakat jahiliyyah


Betul tak…?


Masyarakat kita hidup dalam kejahilan. Cuba tanya rakyat Malaysia, berapa orang yang tak tahu solat? Solat itu perkara asas bergama. Solat itu tiang agama. Tapi hakikatnya ramai rakyat Malaysia jahil tentang solat. Jika tiang agama tidak dijaga, tak hairan jenayah lain boleh berlaku.


Itu belum kira perpecahan yang berlaku. Berapa banyak perniagaan Bumiputera gagal disebabkan hasad dan kedengkian pesaing mereka. Perniagaan baru nak maju, datanglah seekor jin buat kacau. Masyarakat Melayu memang terkenal dengan perkara ini. Betul tak?


Apabila kita bodoh, kita menjadi hina. Apabila berpecah-belah, kita jadi lemah.


Kenapa boleh terjadi kes anak pukul ibu, suami tikam isteri, pelajar isap dadah, pelajar dirogol rakan, buang anak, dan pelbagai lagi bentuk jenayah yang tak berperikemanusiaan? Sebab masyarakat kita hari ini hidup dalam keadaan jahiliyyah..!


Sudah tentu kita tak mahu hidup dalam masyarakat jahiliyyah. Tarbiyyah perlu diperkemas. Perubahan perlu dilakukan. Semua orang boleh berkata mengenai perubahan, tapi berapa ramai yang sanggup meletakkan kata-kata mereka dalam tindakan? Muslims out there, be a person of action! Don’t just talk..!


p/s: Nak tahu resipi bibimbap mengeluarkan diri dari kejahilan? Kenalah tunggu usrah akan datang. InsyaAllah =)

1 comment:

  1. setuju.. kne hidup cam drama korea.. full of word and action~

    ReplyDelete