“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Thursday, December 17, 2009

ashabul kahfi..=)

كل عام وأنتم بخير ..(n_n)..V!

alhamdulillah...thun bru pown dah tiba..setiap kali smpi j thun bru, mulalah keluarnye crita azam bru la, azam lpas ta buat lg la..n mcm2 ag r...ta kesahlah ap pown, yg pntng semoga thun ny (1431 h) dtng b'sama semngat n azam yg bru dalam mendekatkn lg diri kite ke arah keredhaan Allah...insyaAllah..=)

skunk tibela k kisah usrah kami yg ketiga....
kali ny usrah buat kt umah kami....tp tyme ny kak yana x d..(klu ta silap kak yana prepare tok exam)..tp kak ayu+kak sofia+kak mira ttp bsmngt menyambung pjuangan Hasan Al-Banna dalam membentuk golongan 3 percent...hehe...insyaAllah.=)

usrah kali ny dmulakan dgn crita yg amt menarek..yg dcritakan oleh Allah swt di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Kafh (18:1-30)..kisah mengenai beberapa org pemuda (tdak pasti jumlahnya antara 3, 5 atau 7 org jmlahnya) yg telah ditunjukkan oleh Allah swt tanda2 kekuasaanNya dan dcritakan kpd Nabi Muhammad saw yg ketika itu sedang b'duka cita dgn sikap kaum musyrikin..urm..yg menariknya..kesah ny trut diperkui oleh agama Kristian sendri dgan versi mereka yg tsendri iaitu kesah "the seven sleepers"...jom kite hayati versi sbnr crita "pemuda gua" ny............................



Alkesahnya b'mula ketika
paderi-paderi yahudi berhasrat untuk menguji Nabi Muhammad s.a.w. sama ada ia benar-benar seorang Nabi atau tidak. Lalu mereka menyuruh orang-orang musyrikin supaya menguji baginda dengan bertanyakan tiga kisah yang ajaib yang berlaku pada zaman dahulu iaitu;

1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabul Kahfi.
2. Kisah seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat) iaitulah Iskandar Zulkarnain.
3. Kisah tentang hakikat ruh.

Setelah beberapa hari Rasulullah s.a.w. menunggu, maka turunlah wahyu menceritakan ketiga-tiga kisah tersebut.

Allah memulakan penceritaan dengan membentangkan rasa takjub manusia tentang kisah ini walaupun sebenarnya mereka tidak perlu rasa takjub kerana ia datang dari kudrat Allah, bahkan di sana terdapat banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang lebih hebat dari peristiwa ini (seperti penciptaan langit dan bumi, penciptaan nabi Adam dan sebagainya). Firman Allah;

“Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut pendapat sesetengah para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda (tidak pasti sejauh mankah kesahihannya);

1. Maksalmina
2. Tamlikha
3. Martunus
4. Bainunus atau Nainunus
5. Sarbunus
6. Dzunuanus
7. Kasyfitatanunus

Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka.

Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.

Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)

Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh.

Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman. Firman Allah;

“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu.

Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah. Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua;

“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)


Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.

“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.

“Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)

Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak. Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;

“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)


Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah.

Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya. Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.

“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)

Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.

Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya.

Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;

“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)


haaa...amcam..??besh tak crita ny..??
..waktu 1st tyme bace surah ny...t'pkir gak r...."kenapa kesah ny yg dtrunkn oleh Allah utk djdikn panduan sepanjang zman...??..urm..mungkin kesah ny manyak pengajran kott"...biler dgr crita dri Kak Ayu..start r rs.."wahhhh..dasat2...kesah yg mungkin dsangka kecil tp dcritakn secara detail oleh Allah swt kpad Nabi Muhammad saw...utk membuktikan bhwa ajran Nabi Muhammad itu benar n membuktikan kekuasaanNya...Subhanallah..!!..Allahu Akbar...!!!...tp.....biler tibe2 t'teliti ayat 9 surah Al-Kafh ny..TERTEPEK...!!tkene kt muka sendri...


“Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan?...."""

Banyak sebenarnya tanda2 kekuasaan yg lbih dasat yg telah Allah turunkan kpd kite (mcm penciptaan langit, bumi b'putar pd pksinya...n mcm2 ag r)...tp kenapa kite ttp na tunggu kisah2 yg begini brulah terasa bhwa Allah itu Maha Besar n Maha Kuasa n bru tyme2 nyla na terasa "sah2...Al-Quran itu benar"..??..samalah seperti paderi2 Yahudi ketika itu yg telah jelas dtunjukkn tanda2 kekuasaan Allah ke ats mereka..malah dalam kitab mereka sendri ad menyatakan tentang kewujudan nabi akhir zaman...namun mereka ttp mahu menguji Allah swt ..n cuba menafikan kewujudan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah...nauzubillah..semoga kita semua x t'msuk dlam golongan2 yg demikian...

kesimpulannya...ad bnyak pengajran yg boleh kita dpt dri kisah ny...antaranya...

1.siapa j yg b'lindung kepada Allah, niscaya Allah swt melindunginya n mnjdikn mereka antara org2 yg mndpt hidayah, insyaAllah. Di sini, Allah swt tlh menyelamatkan iman n tubuh pemuda2 dari fitnah dan pembunuhan masyarakat mereka dgn menidurkn mereka beratus2 tahun lamanya. Allah menjadikan tidur ini sebagai tanda kekuasaanNya yang menunjukkan kesempurnaan kekuasaan Allah n berlimpahnya kebaikan-Nya. Juga agar hamba-hamba-Nya mengetahui bahwa janji Allah itu adlh suatu kebenaran.

2. Sahnya menunjuk wakil dlm jual beli, n sah pula kerjasama dlm masalah ini. Kerana adanya dalil dari ucapan mereka dlm ayat:

فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِيْنَة

“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota membawa wang perakmu ini.” (Al-Kahfi: 19)

3. Melalui kisah ini kita dianjurkan utk berhati-hati n mengasingkan diri atau menjauhi tempat-tempat yang dapat menimbulkan fitnah dlm agama. Kiranya seboley2nya jgn kita mendekatkn dri kita kpd p'kara2 yg akn mengundang kemurkaan Allah..yg mana mampu dielakkn..kite try elakkan..k..=)

4. Diterangkan dlm kisah ini betapa besar kecintaan para pemuda yang beriman itu terhadap ajaran agama mereka. Dan bagaimana mereka sampai melarikan diri, meninggalkan negeri mereka demi menyelamatkan diri n aqidah mereka dari segenap fitnah yang akan menimpa agama mereka, utk kembali pada Allah swt. Dan sesungguhnya jalan ini adalah jalan yang ditempuh kaum mukminin...jihad besar ny...menentang p'kra yg munkar...

5. Pembahasan yg berbelit-belit dan x bmanfaat adlh suatu hal yg x pantas utk ditekuni, berdasarkan firman Allah swt:

فَلاَ تُمَارِ فِيْهِمْ إلاَّ مِرَاءً ظَاهِرًا

“Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang keadaan mereka, kecuali pertengkaran lahir saja.” (Al-Kahfi: 22)

6. Faedah lain dari kisah ini bahwasanya b'tanya kepada yang tidak berilmu tentang suatu persoalan atau kpd org yg x dapat dipercaya, adalah perbuatan yg dilarang. Tkut2 ilmu yg dberi itu sesat n x d asas yg kukuh..Allah swt menyebutkan:

Boldوَلاَ تَسْتَفْتِ فِيْهِمْ مِنْهُمْ أَحَدًا

“Dan jangan pula bertanya mengenai mereka (para pemuda itu) kepada salah seorang di antara mereka itu.” (Al-Kahfi: 22)


Wallahu a’lam...(n_n)..




Wednesday, December 16, 2009

Beauty of Math!

..salam for all..cześć!

Beauty of Math!


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn’t it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this…


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here’s a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It’s the
Love of God that will put you over the top!


Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah: for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction. [ar-Ra'd (13) : 28]

Friday, December 11, 2009

Permulaan Perjalanan

..salam for all..cześć!

In the name of Allah,most Gracious,most Compassionate.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus bernafas dan meneruskan perjuangan yang masih lagi belum selesai di bumi Poland ni.
Subhanallah. Alhamdulillah. Astaghfirullah.

InsyaAllah, dalam post kali ni, saya akan gabungkan dua sesi usrah kami yang paling awal; Mengenali al-Quran dan Surah an-Nasr.

Sesi 1 - Mengenali al-Quran

Sesi usrah pertama diadakan di rumah kami, Łucka 20. Kak Yana sampai kat rumah kami seawal jam 9 pagi. Nasib baik semua dah bangun. hehe.
Soalan pertama yang ditanya oleh Kak Yana pada sesi usrah pertama kami, "Agama apa yang menyuruh penganutnya buat kejahatan?"
"Tak ada", jawab kami.
"Habis tu, macam mana awak boleh yakin yang Islam ni agama yang betul, kalau semua agama pun bawa pada kebaikan?"
1 saat. 2 saat. 3 saat berlalu. Senyap.
Ok, sekarang baru saya faham kenapa usrah ni sangat penting. hehe.
InsyaAllah, saya akan post setakat mana pemahaman saya.

Kalau nak bandingkan Islam dengan agama lain untuk jawab soalan tu, that would be comparative religion, which I am definitely not good at. And this will not be a Quran vs. Bible type of post.

1 - Semua pun dah tau, Allah tak turunkan melainkan 2 perkara untuk kita rujuk; al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad (saw). Selagi mana kita berpegang pada kedua perkara ni, kita tak akan sesat selama-lamanya.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. [al-A'raf (7) : 158]

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku". [HR Malik]

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." [al-Maidah (5) : 3]

2- Kesahihan ayat-ayat Quran tak perlu diragui lagi kerana janji Allah adalah untuk memeliharanya dari sebarang bentuk sabotaj.

"
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." [al-Hijr (15) :9]

3- Skrip asal al-Quran juga masih ada, dan setiap naskhah al-Quran pada hari ini dikeluarkan sama seperti skrip asal, unlike the Bible, where much of the original script is omitted. Kitab Taurat yang menjadi pengangan Yahudi pada masa kini pula bukanlah kitab asal Nabi Musa (a.s), tetapi yang dikarang oleh generasi Israel ratusan tahun selepas zaman Nabi Musa (a.s). (more info: http://www.freewebs.com/pieces_yamakasi/sejarahkitabtaurat.htm).
Skrip asal al-Quran yang dikumpul pada zaman Saidina Uthman (r.a) dijamin kesahihannya kerana Saidina Uthman (r.a) sangat teliti dalam mengumpulnya dan ramai saksi yang mengesahkah tiap-tiap ayat Quran daripada orang-orang yang menghafalnya.
Saidina Uthman apabila ditanya, beliau menjawab bermaksud: “Wahai anak saudaraku, aku tidak mengubah sesuatu dari tempatnya".

4- Rasulullah (saw) merupakan seorang yang ummi, ie. tak tahu baca dan tak tahu menulis. Ini dapat menyangkal pendapat sesetengah orang yang mengatakan bahawa Rasulullah mengambil ayat-ayat daripada Taurat dan Bible lalu Baginda menulis sendiri al-Quran daripadanya. Dalam Quran pun banyak ada cerita tentang perkara-perkara yang mustahil kita tau and mustahil kita boleh fikir dengan akal kita sediri. And then bila kita fikir, zaman Rasulullah (saw) mana ada technology hi-tech yg blh bantu Rasulullah (saw) buat research semua, then dari mana Rasulullah (saw) dapat ilmu utk cakap tentang perkara2 saintifik semua? Ya, tak lain, daripada Allah (swt).

5- Next point worth of consideration is the understanding of the religion itself. Ok, let's take it this way, kalau agama tu senang difahami, senang nak amal, orang pun tertarik, orang pun senang nak taat. Tak ada la cuma profressor, PhD holders je boleh faham kan. Aqidah Islam sangat senang nak faham. Masa zaman Rasulullah, dengan hanya mengajar seorang Arab Badwi 4 ayat daripada al-Kitab, orang tersebut mampu balik semula dan mengislamkan keseluruhan qabilahnya. Apa 4 ayat tu?

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. [al-Ikhlas (112) : 1-4]

Simple. Allah itu Maha Esa; translation: Say : He is Allah , the One!
Allah itu hanya satu, bukan banyak. Allah itu tempat kita meminta. Allah itu tak ada parents, tak ada anak. Siapa2 pun tak sama dengan Allah.
Bandingkan pula dengan ayat ni,

In the beginning was the Word, and the Word was with God, and the Word was God. The same was in the beginning with God. All things were made through him. Without him was not anything made that has been made. In him was life, and the life was the light of men. The light shines in the darkness, and the darkness hasn't overcome it. There came a man, sent from God, whose name was John.
pastu sambungan lagi: But as many as received him, to them he gave the right to become God's children, to those who believe in his name: who were born not of blood, nor of the will of thenor of the will of man, but of God. The Word became flesh, and lived among us. [John : The Word Became Flesh]

Siapa faham? Angka tangan!
1 saat. 2 saat. 3 saat. Senyap.
I thought so. =D

Sekali pandang, macam, 'err..apa ni?'..huhu
Ada perkataan yg jadi tuhan, atau tuhan yang jadi perkataan?
Akhirnya perkataan, atau tuhan tu sendiri menjadi seketul daging, tanpa bapa.
Dan diberi peluang untuk menjadi anak tuhan?

Jika mengikut tafsiran mereka, maksud phrase tu ialah tentang kekuasaan tuhan mencipta bumi dan kewujudan 'word' tersebut sebelum permulaan dunia. Itu yang dimaksudkan dengan 'and the word was god'.
Bila word tu jd 'flesh' word tu adalah Jesus.
Conclusion yg saya dpt induce is:

if word = god
and word -> flesh = Jesus
therefore Jesus = god
but at the same time Jesus = son of god
thus god = son of god?

kita blh nampak betapa complicated nak faham aqidah mereka.
Aqidah ni sepatutnya perkara paling senang sekali. Tak perlu disusah-susahkan. Aqidah Islam sendiri pun jadi susah bila ditambah dengan ilmu falsafah Greek. Sedangkan aqidah Islam sangat senang, cuma dengan 4 ayat, semua org blh faham aqidah Islam.
Kalau aqidah itu sendiri pun susah nak faham, macam mana umat amalkan?
Nak faham aqidah ambil masa bertahun2, nak belajar fekah, lagi la lama.
Habis sementara nak fhm aqidah, habis amal semua tak buat.
See the logic?
Agama yg benar tak kan menyusah-nyusahkan umatnya.

Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
[al-Baqarah (2) : 185]

Kenapa Islam? Sebab saya dilahirkan dalam keluarga muslim.
Awak yakin Islam tu agama yang benar? Ya, saya yakin.
Macam mana awak boleh yakin? Sebab saya yakinlah. That's religion. It's all about faith.

Adakah jawapan tersebut cukup untuk memuaskan diri kita sendiri?
Muhasabah diri =)


Sesi 2 - Surah an-Nasr

Sesi usrah kedua ni kami adakan di rumah Kak Yana. Best!
Thanks Kak Yana!
oh ya, sesi usrah kali gak Kak Ayu join. Thanks Kak Ayu!

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. [ an-Nasr (110) : 1-3]

Sebab penurunan ayat ni sangatlah panjang, kerana terdapat banyak versi, tapi yang paling valid is yang mengatakan kemenangan bermaksud pembukaan kota Mekah, kerana selepas berlakunya peristiwa Fathul Mekah, ramai orang memeluk agama Islam, tidak lama sebelum kewafatan Rasulullah (saw).

Dalam surah ini, Allah menyuruh Rasulullah (saw) dan umat Islam supaya bertasbih, bertahmid dan beristighfar apabila mendapat pertolongan Allah dan kemenangan (note that it is pertolongan Allah tiba sebelum tibanya kemenangan, dan pertolongan itu datangnya dari Allah).

Kalau dalam buku anatomy ada clinical application pd hujung topic, setiap surah pn ada gak application, dalam kehidupan.

1.
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan,

Bila kita berjaya, kita kena ingat, kejayaan tu tiba sebab adanya pertolongan daripada Allah. Bukan lah tujuan Allah bg kejayaan kat kita supaya kita boleh riak. Taaakkkk.. ('tak' bahasa melayu ye)

2.
maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya

ayat ini mengajar kita macam mana nak terima kejayaan
yg Allah kurniakan kpd kita, iaitu; bertasbih, bertahmid dan beristighfar kepadaNya. Agar hati kita sentiasa 'basah' dan kita tak lupa diri. Sebab Allah berfirman:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [al-Hasyr (59) :19]

3.
sesungguhnya Dia amat menerima taubat

Kenapa kita kena bertaubat? Kan memang setiap masa pun kita kena bertaubat. Sebab sama ada kita sedar atau pun tak, kita selalu je buat dosa. Cuma in this case, particularly sebab kadang2, mungkin tanpa kita sedar, terdetik dalam hati kita perasaan syak
terhadap takdir Allah. Mungkin perasaan riak tu tiba2 je muncul. Kadang2 tu kita lak tak boleh terima apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. So, kena la bertaubat, sebab Allah itu amat menerima taubat.

Ada banyak lagi cara untuk terima kemenangan, antaranya ialah seperti cara Nabi Yusuf (a.s), dalam surah Yusuf [12 : 100 - 101], dan Nabi Sulaiman (a.s), dalam surah an-Naml [27 : 40], menerima kemenangan mereka.

Ya, kemenangan itu adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kita sebagai hambaNya bersyukur.
Wallahu'alam

Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah) [Ali 'Imran (3) : 64]

Tuesday, December 8, 2009

Salam Ta'aruf

..salam for all..cześć!

In the name of Allah,most Gracious,most Compassionate..

pertama sekali, bila baru berjumpa, mesti kena ada ta'aruf kan?

==> who are we?
we are the Baklawa!
ok..Baklawa ni sebenarnya merupakan nama kepada kumpulan usrah kami..

==>hah, Baklawa?..apa tu?
baklawa atau baklava (and of course,pronounced "baklava",with a 'v') adalah sejenis manisan..baklawa mengandungi lapisan demi lapisan pastri lembut dan diisi dengan kacang..with favourite topping; honey..
in certain countries, like Bosnia-Herzegovina, baklawa is eaten only on special occasion, like in Ramadhan..baklawa ni asal dia makanan during the Ottoman empire, atau pun Kerajaan Turki Uthmaniyyah..serius sedap..hehe..

==> then, why baklawa?
is it that we love eating Baklawa so much?..definitely!
but that's NOT the main reason we choose that particular name..
sure Baklawa is delicious and all..but that's not the main point..
the taste of baklawa is natural..it is unique to its taster..it is undescribable (macam durian laa kan, dah makan baru tau!..hehe)
tapi, dalam kemanisan baklawa, banyak terkandung khasiat..kenapa?
topping baklawa is very sweet, AND it is not man-made..it is natural..
madu, memang tak boleh disangkal lagi, banyak khasiatnya..

Firman Allah (SWT):
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [an-Nahl (16) : 68-69]

baklawa ni, as said, rasanya manis..manis disini bukanlah macam manis teh-o atau manis apple juice..tapi manis madu..
bila rasanya manis, tak semua orang boleh tahan..kalau makan pun,slow2..tak larat nak makan cepat2,banyak2..(serius ni)..
masa mula2 try,tak tahan gak rasa dia..sampai pening dibuatnya manis tu..tapi lepas tu, teringin nak lagi dan lagi..in the end, suka pulak..
sesetengah orang tu, memang tak suka langsung rasa baklawa ni..tapi since kita suka makan baklawa ni, kita tak kisah apa orang kata, kita telan je la kan..

sama la juga dalam perjuangan..tak semua orang boleh tahan..
perjuangan pun kena slow2..tak boleh gelojoh..sedangkan Rasulullah pun berdawah secara berperingkat..kenapa?..untuk dapatkan apa kawan2?..ya..3%..hehe..serius ni..
and perjuangan kita pun tak semestinya semua orang suka kan..
tapi kita tau kita suka berjuang, kita teruskan..
kata orang 'perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis'..

aa..setakat ni saje lah pengenalan saya yang tak seberapa ni..
semoga segala perbuatan dan perjuangan kita diredhaiNya..semoga kita terus kuat dalam berjuang..insyaAllah..
Wallahu'alam..

Al-Qana’ah bil-Qaleel