Makin lama kami di bumi Poland, makin keliru kami dengan keadaan cuaca.
Tiba-tiba, bulan Mei boleh turun salji.
Pelik. Tapi itu lah kuasa Allah.
Dan segala alam ini hanya menurut perintahNya. Subhanallah.
Kadangkala, apabila cuba muhasabah diri, mesti kita sedar sesuatu.
Ya lah, nama pun muhasabah.
Kadang rasa sangat sedih apabila kita sedar, diri kita tak punya perubahan dari awal tahun hingga ke hujung tahun.
Sama.
Statik.
Ibarat air yang bertakung, yang lama kelamaan dikotori oleh debu-debu bertebangan.
Lebih parah jika mula dikotori kulat dan ehm...lain-lain.
Mungkin kita rasa ke-statik-an kita adalah disebabkan sitting usrah yang tidak lagi mengisi jiwa-jiwa kita yang kian hari kehausan sentuhan iman.
Mungkin kita rasa bi'ah (environment) kita kurang mengajak kita kearah kebaikan. Maka disitulah punca kita terus statik.
Atau mungkin kita rasa jumlah mad'u yang terlalu sedikit menyebabkan kita tidak mampu bergerak, mengalirkan fahaman-fahaman serta ilmu-ilmu yang terbuku di dada ke mana-mana.
Jika kita merasakan diri kita statik dek kerana sitting yang tidak menghilangkan dahaga jiwa kita, mari berhenti dan berintrospeksi sejenak.
Benarkah semata-mata sitting kita tiap-tiap minggu adalah untuk mengisi hati dan jiwa kita?
Benarkah sitting kita tidak mampu memberi sedikit pun sentuhan kepada hati kita?
Atau kita yang tidak membuka hati kita, membiarkan ia disentuh?
Atau kita yang tidak mahu memulakan pergerakan itu dari dalam, hanya menunggu dipaksa oleh naqibah baru kita hendak keluarkan diri dari kedudukan statik?
Ibarat Newton's 1st Law of Motion, hanya bergerak bila ada external force applied.
Jika kita merasakan bi'ah kita yang menyebabkan kita tidak mampu bergerak, jika kita merasakan bi'ah kita yang menyebabkan kita ibarat dipasung ke kerusi tanpa mampu bergerak, maka mari kita berhenti dan berintrospeksi sejenak.
Benarkah semata-mata bi'ah kita yang tidak mengajak kita kearah pembaikan diri?
Atau adakah kita yang tidak cuba membina satu bi'ah yang mampu mendorong kita ke arah yang pembaikan diri?
Maka jika benar bi'ah kita yang bersalah, perlulah kita kepada pengukuhan, kepada tarbiyah dzatiyah.
Jika kita merasakan diri kita statik dek kerana kekurangan mad'u, jika kita rasa diri kita statik dek kerana ketiadaan medan, maka mari berhenti dan berintrospeksi sejenak.
Benarkan kita kekurangan mad'u?
Benarkah kita ketiadaan medan?
Adakah kita sudah benar-benar mencari mad'u?
Adakah kita sudah benar-benar mencari medan?
Kadangkala kita terlalu fokuskan perkataan mad'u itu kepada adik-adik usrah. Maka dengan itu kita hanya memandang bahawa naqib dan naqibah sahaja yang melakukan kerja-kerja dakwah.
Sedang kita, tiada tempat untuk menyalurkan ilmu dan fahaman yang kita timba saban hari.
Kata seorang ustaz:
"Dakwah ni kita lah kan, kita nak beri pada orang. Adakah naqib naqibah sahaja yang nak kena cerita pasal Islam? Kita semua kena cerita pasal Islam."
Janganlah kita lupakan mereka yang berjalan seiring dengan kita, yang sama-sama ke kelas bersama kita. Mereka juga mad'u kita.
Apakah lagi alasan yang boleh kita berikan untuk terus statik tanpa pergerakan, melainkan jawapan itu ada pada diri kita sendiri.
Allahu'alam bissawab.
Orang yang tiada apa-apa, dia tidak mampu memberi apa-apa.