“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Friday, November 26, 2010

Nafas baru

Salam 'alaikum. Salam buat semua :)

Bismillah.

Bangun pagi, buka mata. Apa yang menjengah mata kita?
Gelap?
Dunia penuh warna-warni?
Ok, kalau bangun pagi tu, nampak dunia warna-warni tu ada beberapa maksud. 1- bangun lambat, matahari dah naik. 2- Untuk ber-husn al-zhon, mungkin lampu lupa tutup masa tidur malam tadi. hehe.
Tapi yang paling penting untuk kita consider, itu tandanya mata masih boleh melihat. Photoreceptors masih berfungsi dengan cemerlang. Bayangkan kita bangun pagi2, kelabu je. Satu warna pun kita tak boleh nak bezakan. Betapa besarnya nikmat Allah, sampaikan cell kecik2 dalam mata tu pun mainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita.
Tapi still, kita guna mata kita ni untuk apa? Adakah kita gunakan mata kita ni sepenuhnya untuk Allah? Kata dah devote hidup sepenuhnya untuk Allah. Islam = menyerah diri.
So mata kita, kita serah ke pada Allah? Tunduk ke pandangan kita bila kita ternampak sesuatu yang tak sepatutnya? Tunduk ke pandangan kita bila ternampak jejaka2 poland yang kacak *ehem2*?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? <= sila sematkan ayat ni betul2 dalam hati setiap kita.

Ada seorang sahabat cakap kat saya.
"Cikgu sekian2 bila mengajar laju sangat sampai suara dia blend in dengan background noise. So memerlukan focus yang sangat tinggi untuk extract information tu."

Hurm. Bila sesuatu tu, frequency dia sama dengan yang lain, susah nak extract. Bila Islam itu, kita amalkan selari, se-level dengan jahiliyyah tu, maka tak dapatlah nak di-extract or even dilihat kehebatan yang ada pada Islam tu. Setuju?

So then, kalau kita, yang kita claim diri kita sebagai muslim dengan nama 'm' kecik, yang kita claim hidup kita devoted utk Allah semata-mata, yang kita claim pembawa risalah ni, tapi bergerak sama level dengan jahiliyyah, di mana kekuatan kita? Dimana kelebihan kita?

Ok fine, boleh kita kata Allah tak lihat pada natijah, Allah lihat pada usaha. So usaha kita, even feeble macam mana pun, Allah kira. Semoga Allah pandang perbuatan kita. Benar.
Tapi cuba kita fikir, adakah feeble attempt kita tu, yang terbaik kita boleh buat?
Kalau kita kata kita buat sesuatu tu kerana Allah, kenapa kita tak nak buat sehabis baik, sampai pengsan, sampai tak larat, sampai apa2 je lah?
Kalau kita terus-terus bergerak sama level dengan jahiliyyah, takut nanti kita pulak yang blend in dengan jahiliyyah, maka jadilah kita manusia robot, yang terkena virus apa? Virus wahnism. Pandaiii.

"Kenapa eh, pergerakan kita sama level dengan jahiliyyah?"
Haa. Kenapa?
Cuba kita muhasabah diri. Adakah masih ada sisa2 jahiliyyah yang masih berkarat dalam hati kita?

So jom kita bergerak dengan frequency dan amplitude yang lagi tinggi daripada jahiliyyah, dalam setiap aspek kehidupan kita. Dan menolak segala bentuk jahiliyyah, mengikis karat2 jahiliyyah dalam diri kita. Susun2 strategi. Kebenaran yang tidak tersusun itu dengan senang boleh dikalahkan oleh jahiliyyah yang teratur.


Kita orang beriman, bukan orang biasa. Kita luar biasa!

Thursday, November 11, 2010

jangan matikan jalan ini

Assalamualaikum semua...??
sihat..??hehe..
Alhamdulillah..Allah bagi kita kesempatan untuk bernafas lagi hari ini..
segala puji bagiNya yang masih memberi kita peluang untuk menggunakan sisa2 baki masa yang Dia berikan untuk mencari keredhaanNya..bekalan untuk kehidupan di kampung akhirat kelak..insyaAllah..

maka saudara2ku...
jangan berlengah lagi...
gerakkan jenteramu untuk berjuang di atas jalanNya..
kerana kita sendiri tidak tahu sedetik selepas ini akan masih menjadi milik kita atau tidak..

“Haa Miim. Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling, tidak mau mendengarkan. Mereka berkata: "Hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu; sesungguhnya kami bekerja (pula)." (Qs. Fushshilat: 1-5)


islam akan menjadi ustiazatul alam...
bukan janji saya..tapi itulah janji ALLAH..!!
Tuhan YANG MAHA MENGETAHUI...
maka sejauh mana kita rasa benda itu mustahil,sejauh mana kita rasa benda itu tak akan berlaku...
hakikatnya itulah JANJI ALLAH...
YA..JANJI TUHAN YANG TELAH MENCIPTAKAN SEKELIAN ALAM...

maka persoalannya..adakah kita mahu mempunyai saham atas kebangkitan islam yang dijanjikan ALLAH itu atau tidak..?

dan saham ini bukan saham biasa...
saham ini adalah satu saham yang sangat tinggi harganya,
yang tidak akan jatuh harganya sampailah dunia ini dibinasakan,
saham yang tak akan dimiliki melainkan orang yang yakin dengan janji ALLAH bahawa islam akan menjadi ustiazatul alam dan mereka bergerak untuk mencapai matlamat itu..
kerana penjamin mereka bukan lagi manusia, tetapi ALLAH..!!
YA..ALLAH..!!
lalu mereka bergerak..walaupun dengan langkah yang perlahan...
kerana mereka mahu menyumbang walaupun sedikit..
kerana mereka tahu langkah yang kecil inilah yang merapatkan kita dengan cita-cita yang besar itu...

maka persoalannya..MAHUKAH KITA MENJADI SALAH SEORANG DARI ORANG YANG BERJUANG ITU..??

BERJUANG.
ramai orang masih mencari2 jalan untuk berjuang..
ada yang tahu bercakap, maka medan dakwahnya dalam menyampaikan melalui usrah atau majlis keilmuan..
ada yang tahu menulis, maka medan dakwahnya dalam bidang penulisan..
ada yang tahu memasak dan menangkap gambar, maka di situlah letakknya medan dakwahnya..

dengar macam mudah bukan..??
namun hakikatnya, masih ramai lagi yang tercari2...
medan manakah yang harus mereka tempuhi..
masih ramai lagi yang belum diberi kekuatan untuk menggunakan segala apa anugerah yang Allah berikan kepadanya untuk mempertegakkan agama ini..
realitinya, masih ramai lagi yang tergapai-gapai di luar sana...
yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjihad namun masih belum diberi kesempatan..

Alhamdulillah...
Allah tunjukkan jalan kita...
Allah beri kita jalan di blog ini..
jalan yang nampak macam tak ada apa2..
jalan yang kita sendiri tak tahu sama ada orang dapat atau tidak apa yang nak kita sampaikan..

namun hakikatnya inilah jalan kita..
jalan yang nampak seolah-olah tidak boleh membantu islam dalam mencapai ustiazatul alam..
seolah-olah ustiazatul alam itu terlalu jauh malah seakan-akan mustahil..
namun jalan kecil inilah yang mungkin menjadi saham kita..
yang sekurang-kurangnya membantu agama ini daripada duduk tak buat apa-apa..
inilah jalannya..

maka saudaraku..JANGAN MATIKAN JALAN INI...
kerana hakikatnya kita orang terpilih...
yang telah Allah pilih untuk menyampaikan WALAUPUN SEDIKIT melalui blog ini..
kitalah orang yang bukan sahaja Allah tunjukkan jalan, malah Allah permudahkan lagi jalan kita...
ya..kitalah orang yang terpilih itu..

JADI, JIKA ALLAH DAH BANTU KITA, MENGAPA TIDAK KITA MEMBANTU DIRI KITA UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH INI?

mungkin sudah tiba masanya untuk kita berhenti dari terus beralasan lagi....
dan sudah tiba saatnya untuk kita berhenti mengatakan "TIDAK"...
dan inilah ketikanya untuk kita mula bergerak..

hakikatnya cita-cita itu bukan ilusi...
itulah janji yang sudah ditetapka Illahi...


"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan
sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat
duduknya dari neraka."

(Riwayat Bukhari)


Allahu ta'ala a'alam..=)