“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Wednesday, August 25, 2010

Dua marhalah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
SEBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ASTAGHFIRULLAH...


"Kalaulah korang ingin mengajak seseorang ke arah Islam, dan dia tanya, apa keistimewaan Islam? apa yang korang nak jawab?"

Perkara pertama yang terbayang di fikiran saya...
LUASNYA PINTU TAUBAT ALLAH...

**********************************

Siapa yang tak pernah buat dosa..?? Angkat tangan!! (dengan perasaan rendah hatinya, tak ada siapa yang angkat tangan)..
Benar...tiada siapa yang terlepas daripada melakukan dosa..
malah Rasulullah sendiri pernah tersilap dan ditegur oleh Allah dan Surah 'Abasa..
namun sebaik-baik pembuat dosa adalah mereka yang menyesali dosa yang mereka lakukan dan berusaha untuk meninggalkan kejahilan tersebut...

saya yakin..sejahat2 pembuat jahat, pasti jauh disudut hati mereka masih terdetik untuk berubah dan berhenti daripada apa yang mereka lakukan..
cuma yang selalunya menghalang mereka untuk berubah adalah bi'ah (persekitaran) mahupun faktor sokongan..
walaupun kejahilan itu dilakukan secara istiqamah, masih lagi ada niat-niat ayam untuk berubah...
dan di sinilah letaknya bukti masih wujudnya keimanan dalam diri seseorang..
iman itu masih ada apabila mereka masih lagi tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu salah...
iman itu masih ada apabila mereka masih lagi malu untuk melakukan kejahilan secara terang-terangan...
iman itu masih ada apabila mereka masih lagi terdetik untuk berubah walaupun hanya untuk beberapa saat sahaja..

‘Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.
Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiKu (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.’

(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)


untuk menyatakan bahawa kita bertaubat memang mudah....namun untuk meninggalkan kejahilan itu sangat sukar...
kalau mudah, kenapa ada orang yang kembali hisap dadah even dia dah berjaya berhenti untuk beberapa bulan...kenapa masih ada yang nak mengumpat walaupun dari tadika cikgu dah pesan jangan mengumpat...
kalau perubahan itu mudah, masakan Allah menjanjikan pengampunanNya sebesar itu...
kerana Allah tahu kejahilan itu sangat sukar untuk ditinggalkan, atas sebab itulah Dia menawarkan kita pengampunan sebesar itu, supaya kita tak berputus asa padaNya....

kejahilan itu ibarat kerak hitam di bawah kuali....
sekali sental tak akan tanggal....
tapi kalau disental setiap hari, ditambah dengan pencuci yang berkesan,
akhirnya kerak itu bersih juga...

macam diri kita juga....
cubaan pertama untuk meninggalkan kejahilan mungkin kita akan menemui kegagalan...
cubaan kedua, ketiga mungkin juga begitu...
namun jangan pernah kita putus asa dari rahmatnya...
terus dan teruskan usaha untuk meninggalkannya...
guna "pencuci" yang sesuai untuk iman kita...(Al-Quran dan Sunnah)
akhirnya..insyaAllah kejahilan itu akan pergi jua...
jika memang ditakdirkan kita mati sebelum mendapat hidayahNya...
sekurang-kurangnya biarlah kita mati dalam pencarian rahmatNya...

dan di sinilah letaknya keindahan islam...

perhatikan perbualan manusia2 di bawah..

A : aku besarkan kau dari kecik sampai besar...pakai makan cukup aku bagi...dah besar ni yang kau buat kat aku ea..
B : bagila lagi satu peluang...saya janji akan berubah...
A : baikla...

tak lama lepas tu B buat perangai lagi

A : dah..cukup aku bagi kau peluang...nyah kau dari rumah aku...!!

(ok..perbualan di atas adalah rekaan semata-mata..tak ada kena mengena antara yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia)

tapi besarnya rahmat Allah pada umat Islam...
walau sebesar mana dosa yang sudah kita lakukan...
wlalau sekerap mana kita lakukan dosa secara berulang-ulang...
pintu taubatNya masih terbuka kepada kita selagi mana kita tak mensyirikkanNya...
terpulang pada kita sahaja sama ada kita yang nak memasukinya atupun kita still nak berkeliaran diluar sehinggalah pintu itu tertutup...
jika yang kedua itu pilihan kita, maka sesungguhnya kita termasuk dalam golongan orang2 yang rugi...

*******************************



hidup kita sebuah perjalanan..
semakin lama kita hidup, semakin jauh kita berjalan, semakin banyak yang bakal kita lihat dan tempuhi...
perjalanan ke arah kebaikan ibarat musafir pada perjalanan dua marhalahnya...
memang jauh...banyak ranjau yang perlu ditempuhi...
namun jangan mengeluh dan jangan pernah putus asa wahai sahabat...
kerana akhirnya musafir yang berjaya akan tiba ke destinasi iaitu syurga yang hakiki...

Allahu ta'ala a'lam...

Saturday, August 21, 2010

Andaikata....

Andaikata negara kamu dijajah. Hak kamu dinafikan. Rakan-rakan kamu dibunuh sewenang-wenangnya.


Dahulu semasa zaman datuk nenek kamu, tanah ini sebuah tanah yang merdeka. Semua rakyat hidup aman permai. Bumi bertuah itu subur. Datuk dan nenek kamu dengan bahagia bercucuk tanam.


Sehingga sekumpulan manusia yang tak berperikemanusiaan datang. Mereka ceroboh rumah datuk nenek kamu. Mereka tembak sesiapa yang mereka mahu. Mereka belah perut ibu mengandung. Mereka bakar kebun yang datuk nenek kamu usahakan.


Semua penduduk takut, lalu mereka larikan diri. Mereka jadi pelarian, merempat di tanah sendiri. Pengganas yang tak berperikemanusiaan itu pula yang menjadi penduduk tanah kamu sekarang. Kamu sangka penduduk dunia akan membela nasib kamu, sebaliknya penduduk dunia berkata memang manusia-manusia tak berperikemanusiaan itu mempunyai hak atas tanah kamu. Memang mereka berhak menghalau kamu. Memang tidak menjadi kesalahan kalau mereka menembak sesiapa yang mereka mahu, atau membelah perut mana-mana ibu mengandung, atau membakar kebun kamu.


APA INI??

Inikah kemanusiaan???

Memang mereka tak tahu kah nak bezakan siapa mangsa, siapa pengganas??

Apakah penduduk dunia ini memang tak cerdik otaknya???


Datuk nenek kamu bingung memikirkan hal ini. Sampai tak tahu nak buat apa. Lalu kamu pun dilahirkan dalam keadaan negara kamu dijajah. Tak pernah sedetik pun kamu merasai apa itu kemerdekaan.


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Walaupun kamu dijajah, kamu takkan biarkan pemikiran kamu turut sekali dijajah. Kamu hendak solat di berjemaah masjid. Kata ayah kamu, solat berjemaah, besar pahalanya. Di masjid juga kamu dapat memupuk perpaduan dikalangan pnduduk tanah kamu yang dijajah. Dan setiap langkah yang kamu ambil ke masjid, semuanya diberi pahala.


Apabila tiba di masjid, kamu nampak api marak. Ya Allah, Masjid sedang dibakar!!




Kamu lari ke pondok telefon lalu menelefon bomba. Malangnya bomba kata mereka malas hendak memadamkan api.

Bagai tak percaya telinga kamu mendengar jawapan bomba itu. Biar betul bomba malas!!

Keadaan kalut. Jemaah masjid nekad hendak memadamkan api tanpa bantuan bomba. Mereka buka paip air yang terdapat disekeliling masjid, namun semuanya tak mengeluarkan air. Apa ini?? Biar betul semua ini terjadi???

Terpaksa kamu dan jemaah masjid cari air di tempat lain. Menggunakan baldi sahaja. Akhirnya berkat kerjasama jemaah masjid, api berjaya dipadamkan. Hampa, sebahagian besar masjid sudah menjadi arang. Namun penjenayah yang membakar masjid itu berjaya ditangkap. Huh, rupanya lelaki ini seorang intelektual. Ah tak peduli. Intelektual atau tidak, kamu bersama jemaah masjid menghantarnya ke muka pengadilan.

Kamu pulang ke rumah. Keesokan harinya kamu baca surat khabar. Diberitakan bahawa penjenayah itu terlepas daripada sebarang pertuduhan dan hukuman kerana dia tidak siuman. Haah?? Apakah??

Biar betul semua ini!!
Manamungkin dia tidak siuman!!
Dia seorang INTELEKTUAL!!

Kamu bertambah bingung memikirkan semua ini. Semuanya serba tak kena. Kali ini seorang pemimpin dari sebuah negara Islam bangun untuk membela bangsa kamu. Lalu dia isytiharkan, 21 Ogos sebagai hari memperingati tanah tertindas kamu. 21 Ogos sebagai Hti Memperingati al-Aqsa katanya!

Hati kamu sedikit terubat. Ada yang prihatin dengan nasib kamu rupanya.

Hari berganti hati lagi, bulan berganti bulan lagi, tahun berganti tahun lagi. Kamu teringin hendak melihat bagaimana rakyat negara yang mempunyai pemerintah yang prihatin itu menyambut 21 Ogos.

Kamu berjalan-jalan. Hampa, sekeping poster al-Aqsa pun tak kelihatan. Lagu-lagu yang dipasang di pusat beli belah pun tak menunjukkan mereka ingat akan al-Aqsa. Menitis air mata kamu kesedihan. Kamu sangka mereka peduli, rupanya tidak.

Ya Allah, hamba-Mu ini dalam kesedihan. Hamba-Mu ini dalam kesakitan. Ya Allah, mereka yang kusangka saudara ini tak ingat langsung penderitaanku. Ya Allah, kepada-Mu sahajalah aku berserah!

21th of August: Remembrance of Al-Quds Day....