“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (pada Allah)”

[Ali 'Imran (3) : 64]

Wednesday, January 12, 2011

Saturday, January 8, 2011

Wednesday, January 5, 2011

Di manakah kita?

Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah

Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Credits: Link

Thursday, December 30, 2010

hati ini menangis keranaMu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Rasulullah..
Andai engkau hadir bersama kita
Pasti deras airmata mu
Melihat manusia yang tenggelam dalam hiburan

Wahai Rasulullah
Nafsu kini seolah-olah menjadi Tuhan
Harta, Pangkat pula meraih segala tumpuan
Dilalaikan segala janji Ketuhanan & segala arahan al-Quran
Ibadah dirasa berat tidak tak tertahan,
hidup tidak lagi berpandukan al-Quran
Kasih dan Ketenteraman hilang dari perkahwinan
Membawa sengsara tidak berkesudahan
Suami dan Isteri curang, x puas yang halal, berfoya mencari hubungan haram

Wahai Rasulullah
Rohani kami pula semakin gersang dari solat juga zikir dan doa
Hanya Tarian,Lagu dan Hiburan melalaikan memenuhinya
Dosa kami ibarat pepasir di pantai
Namun ia dirasa ibarat renjisan
Taubat kami kurang kekesalan,tak ada penghayatan

Wahai Rasulullah
Hati kami terlalu berkarat ,dipenuhi hitaman dosa
Layakkah kami bersamaMu
layakkah kami mendapatkan syafaatMu

wahai Rasulullah
kami merindui kehidupan bersamaMu
Oleh itu...Inilah Janji kami kembali
Berusaha agar berada disisimu dipohon syafaatMu
Kami tidak mahu lupai jasa dan kesukaranMu
Akan kami Genggam Erat ajaranMu
Menjunjung HUKUM Tuhan dalam kehidupan
Akan kami tempuhi perlawanan nafsu
dan mengisi diri dengan ilmu sera iman
Dengan ini kami berdoa agar kuat menghadapi saat kematian

Terimalah kami sebagai umatmu Wahai Rasulullah
Walau airmatamu mengalir kerana kealpaan kami

Selawat dan Salam buat Junjungan Baginda SAW
SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH MENYAMPAIKAN BERITA BAIK DAN BALASAN AZAB

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kebenaran yang telah turun (kepada mereka)......" ( QS 57:16)

by : Muhammad Hasnan bin Daud @ Tinta Qudum

Wednesday, December 29, 2010

Tuesday, December 21, 2010

None of my business

Salam 'alaikum. Salam for all.

The true Muslim woman is wise and discerning; she does not interfere in that which does not concern her, nor does she concern herself with the private lives of the women around her. She does not poke her nose into their affairs or force herself on them in any way, because this could result in sin or blame on her part. By seeking to avoid interfering in that which does not concern her, she protects herself from vain and idle talk, as she is adhering to a sound Islamic principles that raises the Muslim above such foolishness. It furnishes him with the best of attitudes, and guides him towards the best way of dealing with others:

"A sign of a person's being a good Muslim is that he should leave alone which does not concern him" [Muslim]

Abu Hurayrah reported that the Prophet (SAW) said:

"Allah likes three things for you and dislikes three things. He likes for you to worship Him, not to associate anything with Him, and to hold fast, all together, by the Rope which He (stretches out for you), and not be divided among yourselves (cf. Aal 'Imraan 3: 103). And He dislikes for you to pass on stories and gossip, to ask too many questions, and to waste money." [Muslim]

The divinely-guided society which has been formed by Islam has no room for passing on stories and gossip, asking too many questions, or interfering in the private affairs of others, because the members of such a society are too busy with something much more important, which is establishing of the word of Allah on earth, taking the banner of Islam to the four corners of the earth, and spreading its values among mankind. Those who are engaged in such great missions do not have the time to indulge in such sins.

Al-Hashimi, Muhammad Ali; translated by Nasiruddin al-Khattab (2005), The Ideal Muslimah; The Muslim Woman and Her Community/ Society; She does not interfere in that which does not concern her; pp348-349 (Riyadh : IIPH)

Tuesday, December 14, 2010

saya tak nak belajar sebab tak ikhlas!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan hati untuk merasa dan berfikir, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, serta akal untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya..segala nikmat Allah yang tak terkira ini semoga menjadikan kita semua hamba yang sedaya upaya berusaha untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta..semestinya untuk mendapatkan keredhaan Allah swt...insyaAllah..

Bila habis exam, banyak benda yang saya nak tulis..
sebab minggu exam adalah minggu yang luar biasa...
kalau diamati betul2..minggu exam ini banyak ibrah@pengajaran boleh kita dapat..
macam2 ada...dari yang tak cukup tidur...kepada yang tak cukup makan..semua ada...
tu belum lagi yang mutabaah lintang pukang kan...
nak solat sunat tak tenang..nak hafal Quran jadi resah gelisah..
risau otak penuh la katakan..haha..macam2..

bila semua benda di atas terjadi...
maka timbullah persoalan, ikhlas ke kita belajar...??
betul ke kita belajar tu kerana Allah kalau mutabaah amal kita lintang pukang time exam..??
haa..macam mana ni..kalau rajin sangat belajar, takut nampak macam tak kerana Allah (aka nampak macam terlalu kejar dunia)...
tapi kalau tak belajar, Allah tak suka hambaNya yang hanya doa dan tak berusaha...
nak belajar betul2 rasa bersalah..tak belajar pun rasa bersalah..
hmmm..macam mana ni..?? (sambil menggaru2 dagu dan dahi berkerut..tiru aksi ini kalau nak feel..=P)

ok..jom kita define maksud ikhlas dulu..
ikhlas dari segi bahasa...erkkk..perlu ke..??
ok..nak diringkaskan cerita..
ikhlas itu adalah semuanya dilakukan kerana Allah...kita merasa sangat pleasure buat benda tu sampai kita tak boleh nak ungkit apa2 pun pasal benda tu.....
kira macam kita serahkan segalanya pada Allah, kita buat tanpa ada perasaan keterpaksaan pun dalam diri kita..
contoh2 :

1. belajar : hari2 kita belajar dua jam time malam..tapi tiba2 semalam kita terexcited baca 4 jam..so, kita pun ungkit, semalam kita belajar 4 jam, so hari ini tak nak belajarla..tu maknanya tak ikhlas blaja semalam..hee...

2. tidur : semalam tidur 4 jam je..so hari ni kena tidur 12 jam la...tu maknanya tak ikhlas tidur semalam sebab kita mengungkit2..(erkk..boleh ke contoh ni..??)

3. maaf : bila kita maafkan orang, kita tak boleh ungkit pun kesalahan dia..nak teringat2 itu normal..kita kan ada memory system kat brain kita..hehe..(cikgu physiologi kata, bila kita rasa sesuatu yang menyakitkan, amygdala akan hantar signal pada hippocampus yang menyebabkan sesuatu memory itu disimpan lebih lama..sebab itu kita ini ada perasaan dendam kan..hee..)..tapi bila dia buat hal lagi..kita tak boleh ungkit pun yang kita dah maafkan dia..cth "menyesal aku berbaik dengan dia..asyik buat hal je..." etc..etc..

4. pemberian : bila kita dah bagi kat orang, kalau boleh lupakan terus yang kita pernah memberi..even kat dalam hati pun, jangan pernah ingat yang kita dah pernah bagi something kat orang...sebab even kalau kita termengungkit dalam hati sekali pun, boleh diragui keikhlasan kita..


haaa..itulah ikhlas..ikhlas ni tak semestinya time sedekah, solat dan belajar je...seluruh kehidupan kita adalah ibadah dan setiap ibadah ada kaitan dengan keikhlasan..termasuk ikhlas makan..ikhlas tidur..ikhlas mandi...ikhlas shopping..ehem..($-$)

so, bila kita kata kita ikhlas belajar aka belajar kerana Allah..
maka kita akan belajar bersungguh2..kita akan buat sampai pengsan...bila sedar usaha lagi sampai pengsan balik..
sebab kita tahu Allah suka akan kesungguhan..

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (QS94 : 5-8)


so, jangan rasa serba salah untuk berusaha time nak exam ea kawan2..^^
tapi rasa "serbasalah" lah bila kita dah malas nak berusaha lepas exam...
kerana percaya atau tidak, keikhlasan kita belajar time exam itu akan ditentukan selepas kita exam..bukan time sebelum exam..
kira kalau dalam bahasa skema dia "penilaian selepas peperiksaan"..
bermakna, hati kita hanya akan tahu kita ikhlas tak belajar time minggu peperiksaan bila selepas peperiksaan itu sendiri..
macam mana tu..?? hurmmm..

kalau kita teruskan berusaha even selepas exam selesai, bermakna insyaAllah kita betul2 ikhlas time exam..maknanya apa yang kita usahakan itu bukan semata2 kerana exam, tapi kerana kita nak kan keredhaan Allah..kita nak Allah sayangkan kita..
tapi.........kalau lepas exam itu, kita punya level study jatuh sampai ke kerak bumi, check balik niat kita, betul tak kita belajar time nak exam itu kerana Allah..
saya tak akan kata kita tak ikhlas..sebab bagi saya benda itu Allah yang nilai..
cuma apa yang saya boleh kata, kemungkinan besar keikhlasan kita boleh diragui..hehe..^^
dan kita try la untuk ikhlaskan diri kita kan..sebab rugi je la kalau kita hidup kat dunia ini tanpa keikhlasan..
sebab kita tak buat kerana Allah..rugi kan..?? ke tak.??

macam mana pulak dengan mutabaah amal..??
ea..!! mutabaah amal hanya dapat maintain kalau kita ikhlas...!!
kalau kita maintain cara kita study, sebelum dan selepas exam..secara tak langsung kita dapat sesuaikan mutabaah amal kita dengan masa2 seharian kita..
kita dapat bahagikan masa kita sebaiknya untuk belajar dan hal2 lain..
jadi kita still dapat buat mutabaah amal kita sebelum atau selepas exam..
dalam erti kata lain, mutabaah amal kita akan maintain everyday, 24/7 tak kiralah apa aral yang melintang pun..betul tak..??

kalau tak boleh maintain jugak mutabaah amal dan study..??
urm..apa kata kita masukkan study tu as mutabaah amal kita..??hehe..
bermakna..kita buat macam, everyday aku mesti study 3 jam kat rumah as one of our mutabaah amal...
so kita tick, berjaya tak kita study 3 jam kat rumah..
hehe..lagi senang kan..bermakna tak perlulah kita beralasan time selepas exam untuk tak study kan..kan...=D

haa..macam mana pulak kalau kita tak rasa ikhlas..?? tak yah buat ke..??
saya tak nak study sebab saya rasa saya tak ikhlas study..adey..
jangan ea kawan2..pernah dengar tak quote "dari keterpaksaan lahirnya keikhlasan"..pernah tak..??
nak cakap yang ada certain benda dalam hidup kita ini kita kena paksa...
cth sebelum belajar kita paksa hati kita niat "ok, focus..nak belajar kerana Allah.."
nampak macam tak ikhlas kan sebab kena paksa hati niat..
tapi lama2 insyaAllah automatic lahir ikhlas itu dalam diri..
lama2 automatic kita akan duduk kat kerusi study itu selama 3 jam tanpa kita sedar..(bestnyeee)
tapi perlu diingatkan : terpaksa tak sama dengan ikhlas..!!
cuma keterpaksaan itu akhirnya akan membawa diri kepada keikhlasan..

sama macam solat time kecik2 dulu..
kalau tak solat mak rotan..so terpaksala solat...
lama2 kita solat sendiri, tak yah orang suruh pun..
sendiri2 ingat...rasa tak tenang kalau tak solat..
sampaila sekarang ni, nak tinggalkan solat pula yang perlukan keterpaksaan..hee..(jangan tiru aksi ini bukan sahaja di rumah, tapi di semua tempat, kat ceruk dunia mana pun ok..?)

basically..itulah keikhlasan..
macam saya kata awal2 tadi..
banyak benda time exam ni yang boleh kita perhatikan dan ambil pengajaran..hee~
apa2 pun, sama ada keikhlasan kita itu dikira ikhlas atau tidak, semuanya hanya dalam pengetahuan Allah..
kita hanya mampu berusaha untuk membuat seluruh kehidupan kita ikhlas..
the rest biar Allah yang nilai...
semoga semua amalan kita di dunia ini diterima Allah hendaknya..

Allahu taala alam..=)

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui" (QS 29: 64).